Anda di halaman 1dari 2

Langkah Langkah Untuk Tetapan Modem D-Link

Sila pasang modem anda yang baru sehingga lengkap dan betul (tidak diajar)

Sila turn on modem anda dan pastikan lampu menyala (semua lampu yang
berkaitan)

Buka browser pilihan anda (Chrome/Firefox/Internet Explorer) dan taipkan


192.168.1.1

Anda akan diminta username dan password D-Link. Sila gunakan admin untuk
kedua dua

Sila tekan Setup Wizard dan tekan next dan tekan next sekali lagi

Anda diminta untuk mengisi;

Country : Malaysia

ISP : Streamyx (Telecom Malaysia PPP0E)

Protocol : PPP0E

Encapsulation Mode : LLC

VPI : 0

VCI : 35

Search Available PVC : Scan (Sila pastikan maklumat betul dan baru tekan
scan)

Internet Service Provider (ISP) Untuk Username dan Password Username dan
Password selalunya perlu anda ketahui. Ini anda dapat semasa mula mula anda
memasang talian internet streamyx anda. Username selalunya adalah seperti ini
nama_anda@streamyx.

Jika anda tidak tahu, sila membuat panggilan kepada TM Service Center iaitu 1
300 888 123. Sila bercakap dengan perunding TM dan katakan anda mahu
meminta maklumat berkenaan Username dan Password untuk pemasangan
modem baru anda. Pihak TM akan membuat semakan latar belakang anda dan jika
betul, mereka akan berikan maklumat tersebut. Sila masukkan maklumat tersebut
dan tekan next

Wireless Network Name (SSID) Masukkan nama WIFI yang anda mahukan

Security Mode/Level Sila pilih WPA-PSK

WPA Pre-Shared Key Masukkan password yang anda mahukan. Password ini
adalah untuk WIFI. Jangan lupa. Selepas siap sila tekan next.

Anda akan diminta untuk menukar password D-Link. Sila isikan yang baru jika
mahu dan jika tidak, sila tekan skip. Saya memilih skip.

Setup Summary Bahagian ini adalah paparan setting SEMUA yang anda
lakukan sebelum ini. Sila lihat dan check betul betul. Jika ada salah sila edit
semula dan jika betul sila tekan Apply.

Anda akan dibawa ke halaman terakhir (set in. please wait for the process) dan
ini akan men- setting, mengesan dan akan membuatkan talian internet anda untuk
online dan talian internet anda sudah berjaya di sambung. Untuk lebih faham, sila
lihat video yang saya siapkan untuk anda dibawah ini tentang langkah langkah
untuk Setting Modem D-Link.

Anda mungkin juga menyukai