Anda di halaman 1dari 1

KISAH ABU BAKAR DICERCA

Dikeluarkan oleh Ahmad dan At-Tabarani dari Abu Hurairah r.a. bahawa
seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a. Ketika itu, Rasulullah SAW juga
sedang duduk di sana. Baginda SAW tersenyum dan keheranan melihatkan
keadaan lelaki tersebut. ketika lelaki itu mula bersikap kurang ajar terhadap
dirinya, Abu Bakar r.a. pun membalas beberapa kata lelaki tersebut. Dengan
yang demikian, Rasulullah SAW menjadi marah lalu bangun dan dibuntuti oleh
Abu Bakar r.a.. Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: "Lelaki itu
bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh kerana itu aku membalasnya.
Ketika aku mulai membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu".
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu tidak membalas kata-katanya,
terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun
apabila kami mulai membalas kata-kata kasarnya itu syetan mula mengambil
tempat dan duduk di antara kamu. yang demikian itu aku tidak mau duduk
bersama-sama dengan syaitan".
Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: "Ya Abu Bakar ! Terdapat tiga
perkara yang benar yaitu:
1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu kezaliman, maka dia
meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah akan
menguatkan dan membantunya.
2) Apabila seseorang itu membuka pintu kedermawannannya dan memberi
hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.
3) Apabila seseorang itu mula meminta-minta untuk menambahkan
kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.

Anda mungkin juga menyukai