Anda di halaman 1dari 5

4.

0 KARAKTERISTIK PEMBUNGKUS

Hasil kajian kami, sebuah pembungkus makanan dan minuman mempunyai dua sifat
utama iaitu yang pertama menyimpan makanan atau minuman dan yang kedua ialah
mampu berkomunikasi dengan pengguna. Daripada dua sifat utama ini, kami menghuraikan
karakteristik pembungkus yang kami reka kepada lapan elemen yang penting.
1. Mampu melindungi produk
Kualiti bahan pembungkusan yang dicadangkan iaitu plastik tahan lasak yang
mampu menerima tekanan daripada luar yang bersesuaian. Ketahanan bahan
pembungkus yang tinggi turut mengelakkan bungkusan rosak sewaktu proses
penyimpanan, pemindahan, dan pengedaran. Hal ini amat penting untuk melindungi
makanan/minuman

yang

berada

di

dalam

bungkusan

serta

mengelakkan

pencerobohan bendasing serta kemasukan bakteria dan kuman yang mampu


merosakkan makanan.
2. Sesuai dengan kelajuan pemprosesan makanan
Dengan menggunakan saiz bukaan bungkusan yang sejajar dengan kelajuan
pemprosesan makanan memboleh produk masuk ke dalam bungkusan dengan
lancar lantas produktiviti kilang dapat ditingkatkan. Saiz bungkusan yang tidak terlalu
panjang dan tidak terlalu pendek iaitu bersesuaian turut mengelakkan produktiviti
kilang pemprosesan makanan terganggu.

3. Mampu mengkomersialkan produk


Untuk mengkomersialkan produk, kami mementingkan aspek rekaan corak
bungkusan. Bungkusan yang direka menampakkan saiz produk yang dijual kelihatan
besar melalui penggunaan teknik pandangan daripada dimensi terbaik. Untuk
meningkat keyakinan pembeli terhadap produk, kami mementing nilai estetika dalam
mereka corak dan grafik pada paparan bungkusan. Nilai estetika yang digunakan
turut disokong dengan penggunaan grafik kartun yang mampu menimbulkan
perasaan lapar dan dahaga yang mampu menarik pembeli untuk memilih produk ini.
Selain itu, penggunaan huruf yang mempunyai reka bentuk dan saiz yang jelas dan
menarik untuk memaparkan jenama produk turut dititikberatkan. Hal ini demikian
kerana aspek ini mampu memberi keyakinan pembeli terhadap jenama di samping
menarik pembeli untuk memilih produk ini
4. Boleh disimpan dengan mudah

Reka bentuk bungkusan yang sesuai dan efisien membolehkan proses penyimpanan
produk dilakukan dengan mudah. Penyimpanan produk termasuklah sewaktu berada
di kedai dan di rumah. Reka bentuk yang diketengahkan di samping memudahkan
proses penyimpanan turut membolehkan proses penyusunan dikedai berlaku dengan
teratur lantas menampakkan susunan yang cantik. Elemen ini berkaitan dengan
psikologi pembeli yang cenderung bergerak ke rak yang kelihatan lebih teratur dan
cantik susunan produknya. Reka bentuk yang diketengah berbentuk kuboid untuk
bungkusan minuman dan kuboid bersisi cembung memudah penyusunan di kedai
dan penyimpanan dirumah, dan penghantaran daripada kilang.
5. Membantu pembeli menggunakan produk.
Reka bentuk bungkusan yang dicadangkan membolehkan pengguna membuka
bungkusan dengan mudah. Cadangan pembungkusan yang dicadangkan boleh
dibuka dengan menggunakan kudrat yang rendah lantas membolehkan pembeli
memakan atau meminum produk yang dibeli. Di samping itu reka bentuk bungkusan
yang dicadangkan mempunyai bentuk yang memudahkan pengguna memegang
bungkusan tersebut. Dengan memudahkan pembeli menggunakan produk yang
dibeli, secara tidak langsung pembeli sudah tertarik dengan produk yang dijual dan
berpotensi untuk mengulangi pembelian. Reka bentuk bungkusan minuman yang
memisahkan bahagian cebisan pisang dan susu sebelum digunakan membolehkan
pembeli sendiri mencampurkan kedua-dua bahan sebelum meminumnya. Manakala
rekaan bungkusan makanan yang boleh digunakan untuk pemanasan ketuhar
gelombang mikro turut memudahkan proses kepenggunaan oleh pembeli.
6. Memberi nilai penggunaan/kitar semula kepada pembeli
Dalam era ini, para pembeli merupakan golongan terpelajar. Kebanyakannya
daripada pembeli cenderung memilih produk yang mampu memberi kemudahan
kepada dalam jangka masa panjang. Dengan penggunaan plastik tahan lasak untuk
bungkusan yang digunakan, para pembeli akan dapat mengguna semula bungkusan
produk untuk kegunaan lain dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, menurut
soal selidik yang dijalankan, hampir 75% daripada para pengguna pada masa kini
cenderung memilih produk yang boleh dikitar semula. Oleh yang demikian kami
mengetengah bungkusan makanan yang bersifat boleh dikitar semula dalam kertas
cadangan ini.
Hasil soal selidik boleh dirujuk di lampiran D . Contoh borang soal selidik di lampiran
E.
7. Memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Label-label yang terletak pada paparan bungkusan dicetak dengan jelas dan teratur
untuk memudahkan pembeli mendapatkan maklumat daripada label-label tersebut.
Label-label yang dicetak termasuklah nama produk, nama pemproses dan tempat
pemprosesan, kuantiti, jumlah dan saiz hidangan, maklumat nutrisi, dan jumlah
kalori. Paparan label-label bungkusan produk yang jelas dan menarik meningkatkan
lagi keyakinan pembeli terhadap produk serta meningkatkan imej jenama.
8. Kos penghasilan bungkusan yang rendah
Kami sedia maklum berkenaan kos penghasilan bungkusan hendaklah diletakkan
pada jumlah yang minimum untuk meningkatkan keuntungan syarikat namun pada
masa yang sama memenuhi kriteria tujuh elemen yang kami nyatakan sebelum ini.
Dengan penyusunan dan perancangan yang teratur dan rapi, kami menghasilkan
suatu reka bentuk bungkusan yang mampu memenuhi kesemua tujuh elemen yang
dinyatakan sebelum ini namun pada masa yang sama boleh dihasilkan pada kos
yang rendah dari aspek bahan mentah dan kos penghasilan.

5.0 REKAAN BUNGKUSAN PRODUK

Rekaan bungkusan untuk produk yang dikeluarkan oleh syarikat dapat dirujuk pada
Lampiran A.

6.0 POTENSI PEMASARAN

Dari segi potensi pemasaran kami menekankan dua aspek utama iaitu kumpulan
sasaran dan kekuatan produk syarikat pesaing. Menurut kajian yang dilakukan, kumpulan
umur yang paling sesuai dijadikan sasaran ialah antara 5-40 tahun. Hal ini demikian kerana
kumpulan umur yang berada di bawah umur 5 tahun masih belum mampu membuat
keputusan yang jelas dan seringkali membuat keputusan secara rawak. Manakala kumpulan
umur yang berada di atas 40 tahun cenderung untuk mengelak daripada membeli makanan
yang diproses. Dengan mengambil kira aspek kumpulan umur yang menjadi sasaran,
rekaan bungkusan yang dicadangkan adalah amat sesuai dan diyakini mampu menarik
kumpulan sasaran ini untuk memilih produk dijual oleh syarikat ini.
Aspek kedua yang ditekankan ialah kekuatan produk syarikat pesaing. Setelah
melakukan tinjauan secara menyeluruh dan teliti, kami telah mengambil catatan dan telah

melakukan kajian dengan rapi berkenaan bungkusan yang digunakan oleh produk-produk
syarikat pesaing. Setelah meneliti kekuatan dan kelemahan yang dipunyai oleh bungkusan
yang digunakan oleh syarikat pesaing, kami telah merekacipat bungkusan yang diyakini
mampu mengatasi kekuatan produk syarikat pesaing. Antara kekuatan yang dimiliki oleh
bungkusan yang direka apabila dibandingkan dengan bungkusan syarikat pesaing ialah
kebolehan produk disimpan dengan mudah, penggunaan produk yang senang, dan nilai
komersial pada reka bentuk yang tinggi.
Analisis berkenaan pembelian produk yang diproses mengikut kumpulan umur boleh dirujuk
pada Lampiran B manakala analisis berkenaan kekuatan dan kelemahan bungkusan produk
syarikat-syarikat pesaing boleh dirujuk pada Lampiran C.

7.0 KOS PENGHASILAN PEMBUNGKUS

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, rekaan bungkusan yang kami cadangkan
mempunyai kos penghasilan pembungkus yang minimum namun pada masa yang sama
memenuhi kriteria lapan elemen karakteristik pembungkus. Ini bermatlamat untuk
melipatgandakan keuntungan yang diperoleh oleh syarikat namun pada masa yang sama
kualiti pembungkusan yang terjamin dan kebajikan pengguna terjaga.
Hasil pengiraan yang teliti dan cermat menunjukkan kos untuk penghasilan 100 000
unit bungkusan ialah :
BIL
1
2
3

BAHAN
Kotak bungkusan minuman
Kotak bungkusan makanan
Plastik dalam bungkusan makanan

KOS
RM2500.00
RM1800.00
RM300.00

8.0 FAEDAH PENGGUNAAN PEMBUNGKUS

Faedah penggunaan pembungkus yang dicadangkan meliputi faedah jangka pendek


panjang dan faedah jangka masa panjang.

Faedah jangka masa pendek:


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Peningkatan jumlah hasil jualan produk meningkat secara mendadak


Keuntungan syarikat bakal berlipatganda.
Nilai komersial produk akan meningkat
Kumpulan umur pembeli dapat dikuasai.
Kualiti produk yang dihasilkan meningkat.
Penyimpanan dan pengedaran produk ke kedai-kedai dapat dilakukan dengan lebih

mudah.
7. Produk yang dihasilkan dapat dilindungi dengan lebih baik.
Faedah jangka masa panjang:
1. Imej syarikat akan meningkat lalu syarikat lebih ternama berbanding syarikat lain.
2. Jenama yang dikeluarkan oleh syarikat menjadi jenama pilihan utama pembeli.
3. Produk yang dihasilkan mendapat kepercayaan yang kuat dalam kalangan para
pembeli
4. Syarikat memperoleh pembeli tetap untuk jenama yang dikeluarkan.
9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya diharapkan agar syarikat tuan menerima cadangan pembungkus


makanan dan minuman yang sediakan ini. Hal ini demikian kerana kami yakin dan percaya,
setelah melakukan kajian yang menyeluruh dan rapi, cadangan rekaan pembungkus yang
kami hasilkan ini merupakan rekaan yang terbaik dan paling sesuai untuk memajukan lagi
syarikat tuan. Namun begitu kami tetap mengakui rekaan yang kami hasil tetap mempunyai
kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Oleh yang demikian segala kerjasama dan
pertimbangan daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai