Anda di halaman 1dari 2

Yang Berbahagia Iman Nazrul Izwan Bin_____________________

Yang dihormati :
Barisan Ahli Jawatankuasa HELWA Masjid Syed Alwi Batu Anam,
Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Tunggal Segamat,
Tuan-Tuan,Puan=Puan dann hadirat sekalian.
Alhamdulillah, setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana pada pagi ini
kita dapat mengadakan satu program yang dinamakan Program Ihya
Ramadan yang setiap tahun diadakan.Pada kali ini,saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Imam Muda Ustaz Nazrul Izwan kerana sudi menerima
undangan pihak kami.SAya juga mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran semua hadirin yang berusaha melapangkan untuk menjayakan
majlis pada pagi ini.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahuntahun sebelumnya.In Syaa Allah

Hadirin dan Hadirat Sekalian ,


Program Ihya' Ramadhan adalah merupakan satu program yang penting untuk
mengimarahkan bulan Ramadhan al-Mubarak 1436H bagi diingati oleh semua individu
dan ahli masyarakat khususnya dan umat islam umumnya. Ia merupakan satu usaha
kearah memantapkan diri agar menjadi insan yang sejati.

Di antara objektif Program ini ialah :


1)Memastikan setiap orang Islam mendalami ibadah puasa Ramadhan dengan
sebaiknya berlandaskan amalan sebenar.
2)Menanamkan rasa cinta untuk mendalami ibadah puasa Ramadhan untuk dijadikan
ikhtibar di dalam kehidupan.
3)Menyelaraskan semua aktiviti Ihya' Ramadhan dalamdiri, keluarga dan masyarakat
serta Untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.
Akhir kata,marilah kita berdoa semoga kita dapat meningkatkan amalan dan
ketaqwaan,diberikan kesihatan yang baik untuk melakukan Ibadah dalam
bulan Ramadhan ini.Saya juga ingin memohon kemaafan andaikata terdapat
kesalahan dan kesilapan saya disepanjang saya menjalankan tugas-tugas
saya .Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat
menjalani Ibadat Puasa..
Wabillahittaufiqwalhidayah

Anda mungkin juga menyukai