Anda di halaman 1dari 2

AIR

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air
penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput
Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air,
dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia
telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana
baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam
kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil
kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada
hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi
dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul
air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas
(dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan
menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa
molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari
sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun
cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya
mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor
bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua
senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu
adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya
sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang
termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau
tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk
molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experimen bagaimanakah yang
dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin
dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer
bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin,
nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang
dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka
nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz
disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah
diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita
mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :

sama-sama

"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka
masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia
kepadanya".

Anda mungkin juga menyukai