Anda di halaman 1dari 1

Samsung tawar tv digital mampu milik

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menyaksikan lonjakan permintaan set televisyen


digital dalam tempoh dua tahun akan datang susulan peralihan sepenuhnya siaran
televisyen analog kepada digital. Ketua Audio Visual (AV), Unit Perniagaan AV
Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Jason Foo Hsiang Hian, berkata ia
berdasarkan corak yang sama disaksikan di beberapa negara lain seperti Indonesia,
New Zealand dan Singapura ketika proses peralihan siaran digital berlangsung.
Justeru, katanya, Samsung sudah memulakan inisiatif digital sejak tahun lalu
menerusi model televisyen digital paling rendah berharga RM999 (Siri J) dan tahun
ini diteruskan dengan model Siri K, yang turut dilengkapi penalaan siaran digital.
"Malaysia mempunyai kira-kira 31 juta penduduk dan sekitar 15 juta isi rumah,
namun langkah menukar set televisyen ini sebenarnya penting kepada isi rumah di
luar bandar berbanding penduduk bandar yang menggunakan siaran satelit. "Sejak
Mac tahun lalu kami sudah mulakan kempen kesedaran kepada penduduk di luar
bandar. Mungkin menjelang awal tahun depan lebih banyak pengguna menukar set
televisyen kepada digital," katanya selepas pengenalan ruang Samsung di Pameran
AV Antarabangsa, di sini, hari ini. Menerusi pameran tiga hari sehingga Ahad ini,
Samsung mengetengahkan kecanggihan teknologi paparan Quantum dot pada Siri
Televisyen terbaharunya SUHD TV, yang dipertingkat dengan sistem teater
kediaman termajunya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/176041

Anda mungkin juga menyukai