Anda di halaman 1dari 19

1

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

PENGENALAN

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah terbahagi kepada empat pendekatan


iaitu program perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis. Perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling ini penting bagi murid murid sekolah kerana perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling dapat memantau dan memastikan murid tidak terlibat atau menghadapi
sebarang masalah sosial mahupun psikologi. Pada semester ini, para guru pelatih semester
7 dikehendaki untuk merancang dan melaksanakan satu program bimbingan di sekolah
praktikum masing masing berdasarkan salah satu pendekatan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling bagi menyiapkan tugasan untuk subjek EDU 3107 Bimbingan Dan kaunseling
Untuk Kanak-kanak.

Dipetik daripada buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak oleh Akbar Pardi dan
Shamsina Shamsudin, menurut Shertzer (1976) mendefinasikan bahawa bimbingan
sebagai satu proses membantu individu untuk memahami dirinya dan dunianya (halaman
7).

Secara amnya, program bimbingan yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk

membantu murid dalam mengenali diri mereka sendiri dan menyelesaikan masalah mereka.
Dipetik daripada buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak oleh Akbar Pardi dan
Shamsina Shamsudin, menurut Krumboltz (George & Kristianni, 1990) menjelaskan bahawa
kaunseling sebagai aktiviti-aktiviti beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha
membantu klien melibakan diri dengan jenis tingkah laku yang akan menghasilkan
penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh klien (halaman 10).

Pendekatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dipilih adalah pendekatan


perkembangan dan program bimbingan yang dilakukan adalah Program Sayangi Keluarga.
Tujuan khusus program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid
tahun 5 tentang kepentingan hidup berkeluarga dan menghargai jasa ibu bapa. Pendekatan
ini dipilih oleh kerana keadaan persekitaran dan budaya murid yang bebas di sekolah ini dan
murid memerlukan pengisian dan pengetahuan mengenai kepentingan hidup brkeluarga
agar mereka tidak menjadi remaja liar pada masa hadapan. Akbar Pardi dan Shamsina
Shamsudin (2013) menyatakan bahawa pendekatan perkembangan merupakan satu usaha

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

untuk mengenalpasti keperluan murid di sekolah supaya mereka dapat diperlengkap dengan
pengetahuan, kemahiran dan akhlak mulia.

Ini bertujuan untuk membolehkan murid

tersebut menghadapi kehidupan dalam dunia sebenar.

Murid diberi peluang untuk

mengenali diri mereka dan persekitaran terlebih dahulu sebelum menghadapi masalah yang
mungkin akan timbul dalam kehidupan mereka (halaman 28).

ANALISIS DAPATAN PENILAIAN MURID

Jumlah klien yang menyertai program ini adalah seramai 45 orang terdiri daripada
murid-murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Seri Tasik. Berdasarkan program yang telah
dijalankan, murid yang menyertai program ini telah diberikan borang penilaian untuk
mengetahui tahap pencapaian dan keberkesanan program yang telah dijalankan. Secara
ringkasnya instrumen yang digunakan untuk menilai program ini iaitu borang penilaian
mengandungi senarai semak perkara-perkara yang ingin dinilai dan setiap satu perkara
dalam seranai semak ini akan diberikan pilihan skala untuk murid menilai program ini.

ANALISA KESELURUHAN DAPATAN PENILAIAN MURID

Berdasarkan data yang diperolehi daripada borang penilaian program, didapati


bahawa hampir keseluruhan murid berpuas hati dengan program ini. Merujuk kepada jadual
1 bagi analisis keseluruhan bilangan murid yang memberikan gred dan peratusan skala
yang diberikan oleh murid membuktikan bahawa setiap perkara

perkara yang terdapat

dalam borang penilaian, skala yang terendah diberikan oleh murid adalah gred 3
(memuaskan).

Secara puratanya kebanyakan murid memberikan gred 4 (sangat

memuaskan) untuk kebanyakan perkara di dalam senarai semak.


daripada borang penilaian adalah seperti berikut :

Hasil dapatan penilaian

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

Bil

Tidak

Kurang

Memuaskan

Sangat

Item

memuaskan

memuaskan

1
2
3
4
5
6
7

(skala 1)
0
0
0
0
0
0
0

(skala 2)
(skala 3)
(skala 4)
0
15
20
0
0
25
0
0
6
0
0
13
0
26
14
0
29
12
0
0
5
JADUAL 1 : ANALISA KESELURUHAN

Cemerlang

memuaskan
(skala 5)
10
20
39
32
5
4
40

ANALISA ITEM 1

25
20
15
10
5
0

Graf 1 : analisis item 1

Graf 1 menunjukkan analisis item 1 iaitu adakah tahap proses pendaftaran murid.
Merujuk kepada graf di atas, hasil daripada maklum balas murid didapati bahawa majoriti
murid memberikan skala 4 (sangat memuaskan) dengan bilangan seramai 20 daripada 45

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

orang yang membawa peratusan sebanyak 44.4 % bagi proses pendaftaran program. Hal
ini demikian kerana proses pendaftaran yang dilakukan adalah secara sistematik dimana
murid tidak perlu untuk menguruskan diri mereka sendiri kerana guru telah mengambil murid
dan membawa mereka untuk terus pergi ke bilik media. Murid hanya perlu menandakan
nama untuk masuk ke dalam bilik media. Faktor kelancaran untuk mendaftarkan diri ini
telah membuatkan kebanyakan murid berpuas hati.

ANALISA ITEM 2

30
25
20
15
10
5
0

Graf 2 : analisa item 2

Item kedua yang dinilai bagi program ini adalah daripada segi bahan yang digunakan
untuk menyampaikan ceramah dan program.

Bahan utama yang digunakan dalam

proogram ini adalah paparan multimedia Power Point. Secara keseluruhannya, seramai 25
orang murid (55.6%) memberikan skala
(44.4%) memberikan skala 5 (cemerlang).

4 (sangat memuaskan) dan 20 orang murid


Pemberian gred yang tinggi daripada murid

terhadap bahan yang digunakan untuk pelaksanaan program ini adalah disebabkan faktor
paparan Power Point yang digunakan menarik dan alternatif. Hal ini dapat dilihat apabila

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

paparan Power Point yang digunakan mengandungi muzik video dan animasi yang dapat
menarik perhatian murid untuk terus fokus mengikuti program.

Rangsangan pelbagai

seperti muzik dan visual yang terdapat dalam bahan yang digunakan telah membuatkan
murid lebih menumpukan perhatian terhadap ceramah yang diberikan.

ANALISA ITEM 3

45
40
35
30
25
20
15
10
5
0

Graf 3 : analisa item 3

Item ketiga yang dinilai bagi program ini adalah keberkesanan penyampaian
penceramah.

Berdasarkan graf diatas mendapati bahawa penyampaian ceramah telah

dapat menarik minat murid untuk memahami isi ceramah yang ingin disampaikan. Hal ini
demikian kerana seramai 39 orang murid memberikan gred 5 (cemerlang) dengan
peratusan sebanyak 86.7 % dan selebihnya memberikan gred 4 (sangat memuaskan)
dengan bilangan murid sebanyak 6 orang (13.3 %). Secara dasarnya, gaya penyampaian
penceramah merupakan antara kekuatan bagi program ini kerana majoriti murid
memberikan gred yang paling tinggi bagi aspek ini. Hal ini demikian kerana penceramah
yang memberikan ceramah adalah para guru pelatih sendiri yang mana mereka baru sahaja

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

mempelajari keadah-keadah melaksanakan proses bimbingan. Atas faktor ini, para guru
pelatih telah melakukan pesiapan yang rapi untuk memberikan ceramah. Persiapan rapi
dalam menyampaikan ceramah ini membuatkan program ini dapat dijalankan dengan lancar.

ANALISA ITEM 4

35
30
25
20
15
10
5
0

Graf 4 : analisa item 4

Item keempat yang dinilai dalam program ini adalah pengisian program. Bagi
pengisian program, seramai 32 orang murid memberikan item 5 (cemerlang) yang
membawa peratusan sebanyak 71.1 % dan 13 orang murid memberikan item 4 (sangat
memuaskan) dengan peratusan sebanyak 28.9 %. Hal ini demikian kerana kandungan isi
program yang digunakan dipenuhi dengan nilai-nilai murni dan pengajaran tentang
menghormati keluarga. Dengan dasar program yang ingin menerapkan murid dengan nilai
murni terhadap keluarga membuatkan pengisian program yang dilakukan berkualiti kerana
murid secara majoritinya memilih untuk memberikan skala yang tinggi bagi item ini. Hal ini
membuktikan bahawa pengisian program ini memberikan kesan kepada murid.

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

ANALISIS ITEM 5

30
25
20
15
10
5
0

Graf 5 : analisa item 5

Item seterusnya yang dinilai bagi program ini adalah keselesaan tempat program.
Berdasarkan graf 5 menunjukkan seramai 26 orang telah memberikan skala 3 (memuaskan)
dengan membawa peratusan sebanyak 57.8%, 14 orang memberikan skala 4 (sangat
memuaskan) dengan peratusan sebanyak 26.7% dan 5 orang memberikan skala 5
(cemerlang) dengan peratusan sebanyak 11.1%. Pada dasarnya, lokasi bagi program ini
dilakukan adalah di Bilik Media. Bilik media di sekolah ini telah tersedia penghawa dingin.
Oleh kerana faktor keselesaan dititikberatkan, bilik media telah dipilih sebagai lokasi atau
tempat program ingin dijalankan.

Kan tetapi majoriti murid memberikan skala 3

(memuaskan) atas faktor cuaca yang sangat panas pada ketika itu.

Walaupun bilik

disediakan dengan penghawa dingin, akan tetapi penghawa dingin itu tidak dapat
memberikan keselesaan maksima kepada murid dan hanya memberikan tahap yang
memuaskan sahaja kepada murid.

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

ANALISA ITEM 6

35
30
25
20
15
10
5
0

Graf 6 : analisa item 6

Item yang dinilai bagi program ini adalah pengetahuan baru yang diperoleh.
Berdasarkan graf 6, majoriti murid memberikan skala 3 (memuaskan) bagi item ini dengan
bilangan seramai 29 orang yang membawa peratusan sebanyak 64.4%, 12 orang
memberikan skala 4 (sangat memuaskan) dengan peratusan sebanyak 26.7% dan 4 orang
murid memberikan skala 5 (cemerlang) dengan peratusan sebanyak 8.9%. Secara amnya,
tidak banyak pengetahuan baru yang diterapkan dalam program yang dijalankan kerana
jenis atau konsep program ini adalah tentang kekeluargaan.

Berdasarkan konsep ini,

sepastinya murid sudah mempunyai pngetahuan sedia ada. Akan tetapi terdapat sedikit
elemen pengetahuan baru yang diterapkan dalam program in, iaitu penceramah
menayangkan video bagaimana seorang ibu melahirkan anak melalui cara pembedahan.
Dengan penayangan video itu telah memberikan murid sedikit pengetahuan tentang realiti
kesusahan sorang ibu yang ingin melahirkan seorang anak.
ANALISA ITEM 7

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

45
40
35
30
25
20
15
10
5
0

Graf 7 : analisa item 7

Item terakhir yang dinilai bagi program ini adalah kesedaran diri selepas mengikuti
program ini.

Berdasarkan graf 7 menunjukkan bahawa seramai 40 orang murid telah

memberikan skala 5 (cemerlang) bagi item ini yang membawa peratusan sebanyak 88.9%
dan selebihnya memberikan skala 4 (sangat memuaskan) dengan peratusan sebanyak
11.1%. Mengikut dapatan data yang diperolehi ini telah membuktikan bahawa majoriti murid
mendapat kesedaran selepas mengikuti program ini.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas

apabila ada dikalangan murid yang menangis apabila guru memainkan muzik sedih sambil
bercerita mengenai kesusahan ibu bapa untuk membesarkan mereka.

Secara keseluruhannya, setiap item yang dinilai adalah berdasarkan perkara yang
ingin

dilihat

keberkesanannya.

Berdasarkan

dapatan

yang

diperolehi

secara

keseluruhannya, didapati bahawa tiada murid yang tidak berpuas hati terhadap program
yang dijalankan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila peratusan murid yang tinggi
memberikan skala yang paling sedikit iaitu skala 3 (memuaskan). Kesimpulan bagi dapatan
penilaian program ini dapat dilihat pada graf 8.

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

10

100%
90%
80%
70%
cemerlang

60%

sangat memuaskan

50%

memuaskan
kurang memuaskan

40%

tidak memuaskan

30%
20%
10%
0%
item 1 item 2 item 3 item 4 item 5 item 6 item 7

Graf 8 : dapatan penilaian keseluruhan mengikut peratusan

KEKUATAN PROGRAM

Setelah menyelesaikan progran ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat


dikenalpasti. Program ini telah dijayakan oleh 5 orang rakan guru pelatih yang bersamasama dengan saya berpraktikum di sekolah ini. Sebelum program ini dijalankan, kami telah
berjumpa dan berbincang dengan guru kaunselor di sekolah ini. Hasil daripada perjumpaan
itu, guru kaunselor tersebut telah bersetuju untuk membantu kami dalam melakukan
persediaan melaksanakan program ini daripada segi bahan dan latihan kemahiran untuk
mengendalikan program.

Masa yang diambil untuk melakukan persiapan program ini

adalah selama seminggu.

Kekuatan pertama yang dapat dikenalpasti bagi program ini adalah kerjasama yang
erat antara para guru pelatih dan pihak sekolah dalam melaksanakan program ini. Atas
dasar keselesaan bekerja, saya dapati bahawa setiap urusan untuk melaksanakan program
ini dapat dilakukan dengan sempurna kerana saya bersama-sama rakan saya sudah selesa
bekerjasama dan melakukan kerja-kerja pengurusan program. Hal ini demikian kerana kami

11

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

sudah mempunyai pengalaman bekerja bersam-sama ketika menjayakan Program Bina


Insan Guru dan juga perkhemahan Pendidikan Luar.

Oleh itu tidak timbul isu dimana

diantara kami berlima tidak melakukan tgas masing-masing kerana kami menghormati
antara satu sama lain.

Kelebihan program lain yang dapat dikenalpasti adalah penggunaan multimedia


dalam melaksanakan program ini. Kami telah menggunakan tayangan Power Point sebagai
bahan utama melaksanakan program ini.

Penggunaan tayangan Power Point dapat

menarik minat murid untuk mengikuti program ini dengan lebih fokus dan memahaminya.
Hal ini demikian kerana rangsangan yang pelbagai seperti rangsangan audio dan visual
daripada tayangan Power Point ini telah merangsang murid dengan berkesan sekali. Hal ini
dapat dilihat melalui situasi dimana murid teruja untuk melihat paparan yang ditunjukkan.

Selain daripada itu juga, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan 1 bahagian
ceramah dimana saya memaparkan video-video untuk menyentuh perasaan murid. Saya
telah memilih untuk memaparkan video bagaimana seorang ibu melahirkan anak melalu
cara pembedahan.

Melalui peerhatian yang dibuat, didapati video ini dapat menyentuh

perasaan murid apabila sebilangan besar murid menangis apabila melihat bagaimana perut
seorang itu itu dibelah dengan pisau untuk melahirkan seorang anak. Ditambah lagi dengan
sedikit provokasi mempersoalkan apakah yang mereka telah lakukan untuk ibu bapa
mereka, murid dilihat merasa sedih dan terkedu. Hal ini telah manjadi kekuatan dalam
mencapai objektif program iaitu memberikan kesedaran kepada murid jasa ibu bapa
mereka.

Kelebihan terakhir yang dapat dinyatakan bagi program ini adalah pengurusan masa.
Pengurusan masa yang tepat telah membuatkan program ini berjalan lancar.

Bagi

memastikan ketepatan waktu program ini, kami telah mengambil insientif dengan mengambil
murid 15 minit lebih awal di kelas untuk dibawa ke bilik media. Tindakan yang dilakukan ini
telah membuatkan program telah dijalankan tepat pada masanya. Ketepatan masa program
ini seterusnya dapat dilihat apabila setiap slot ceramah telah dijalankan mengikut waktu
yang ditetapkan. Insientif yang diambil untuk memastikan ketepatan peruntukan waktu bagi
setiap slot adalah dengan seorang daripada rakan saya akan menjaga masa dan
mengingatkan penceramah yang mengendalikan slot mengenai masa yang tinggal untuk

12

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

menyampaikan ceramah. Tindakan ini telah membuatkan ketepatan masa menjadi salah
satu kekuatan program ini.

KELEMAHAN PROGRAM

Sepanjang menjalankan program ini, terdapat juga kelemahan yang dapat


dikenalpasti.

Antara kelemahan ketara yang dapat dikenalpasti adalah ruang tempat

program dijalankan adalah tidak begitu kondusif. Hal ini demikian kerana walaupun bilik
media mempunyai penghawa dingin untuk memastikan keselesaan murid, akan tetapi aspek
kondusif tempat program agak tidak memuaskan. Hal ini demikian kerana ruang bilik media
yang agak kecil tidak mampu untuk menampung bilangan murid yang menyertai program ini
iaitu seramai 45 orang.
sangat rapat.

Atas keterbatasan ini, ruang antara kedudukan murid menjadi

Ruang yang rapat antara murid agak tidak sesuai bagi melaksanakan

program yang berskala agak besar ini kerana murid memerlukan ruang yang secukupnya
untuk menghayati isi program yang dijalankan. Ruang yang sempit membuatkan murid
akan sering berbual bersama rakan.

Kelemahan lain yang dapat dikenalpasti bagi program ini adalah variasi aktiviti yang
terhad.

Sumber utama yang digunakan bagi program ini hanya tayangan Power Point

sahaja. Oleh hal yang demikian aktiviti yang dapat dijalankan hanya terhad kepada satu
aktiviti sahaja iaitu ceramah.

Selain daripada itu juga, aktiviti yang dijalankan hanya

berpusat kepada penceramah.

Situasi ini menunjukkan bahawa aktiviti yang dilakukan

hanya satu hala sahaja. Maka murid hanya menerima input yang diberikan sahaja dan tidak
melakukan aktiviti yang membuatkan mereka berfikir sndiri seperti masa konsep Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi seperti mana yang diinginkan oleh Kementrian Pelajaran Malaysia yang
menginginkan setiap aktiviti atau pembelajaran yang dilakukan kepada murid mempunyai
aktviti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

13

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

Berdasarkan kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam menjalankan program ini,


antar penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan memilih lokasi atau tempat
program yang lebih kondusif dimana tempat atau lokasi program dijalankan mestilah
mempunyai ruang yang sesuai dengan bilangan murid yang akan menyertai program yang
akan dijalankan. Penggunaan dewan tertutup boleh menambahbaik program bagi aspek ini
kerana dewan tertutup mempunyai ruang yang lebih besar daripada bilik media. Dengan
penggunaan dewan tertutup murid akan mendapat ruang yang lebih besar dan selesa. Hal
ini akan mmbuatkan murid menjadi lebih fokus kepada intipati program yang ingin
dijalankan.

Sekiranya perkara ini boleh dilaksanakan, program ini akan manjadi lebih

kondusif dan selesa sekaligus akan membuatkan murid mendapat kesan atau hasil
perubahan diri selari dengan objektif program yang dijalankan selepas program
dilaksanakan.

Penambahbaikan lain yang boleh dilakukan adalah daripada aspek variasi sumber
yang digunakan untuk menjadi tunjang kepada program. Kepelbagaian variasi sumber yang
digunakan akan mempelbagaikan aktiviti ayang akan dilakukan.

Aktiviti yang dilakukan

seharusnya mempunyai 2 pendekatan iaitu pendekatan penyampaian input satu hala dan
dua hala dimana murid hanya menerima input daripada penceramah dan murid
bekerjasama dengan rakan untuk melakukan aktiviti berfikir berdasarkan tugasan atau
rangsangan yang diberikan. Sebagai contoh selain daripada tayangan Power Point, sesuatu
program bimbingan itu seharusnya mempunyai aktiviti berkumpulan dimana murid
bekerjasama bersama rakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan seperti membina
replika hadiah kepada ibu dan bapa ataupun murid diberikan tugasan secara individu untuk
membuat satu aku janji kepada ibu bapa. Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, murid
akan menerima lebih rangsangan dan akan berfikir untuk melakukan sesuatu terhadap ibu
bapa sekaligus membuatkan implikasi tau kesan yang akan diterima oleh murid itu menjadi
lebih besar.

14

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)
Secara keseluruhanya, program ini dapat dijalankan dengan lancar dan tidak

memnghadapi sebarang ganguan atau masalah yang besar.

Selain daripada itu juga,

objektif atau tujuan program ini dapat dicapai dengan jayanya iaitu memberi kesedaran
kepada murid tentang kepentingan menjaga hubangan kekeluargaan.

15

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

GAMBAR PROGRAM SAYANGI KELUARGA SK SERI TASIK

16

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

17

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

RUJUKAN

18

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

Akhiar Pardi,Shamsina Shamsuddin. (2013). Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-kanak.


Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.
Atikah Aiza. (2013, Jun 13). Nota EDU 3107. Dilayari pada 12 Februari 2014 daripada
http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/06/nota-edu-3107-proses-bimbingan-dan.html
Choong Lean Keow (2010), Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak, Kumpulan Budiman,
Subang Jaya.
Cik Sara. (2010, Septembar 16). EDU 3107 Bimbingan Dan Kaunseling. Dilayari pada 9
Januari

2014,

from

http://cikgusara.weebly.com/edu-3107-bimbingan-dan-

kaunseling.html
Malek Muhamat Said. (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah. Kuala
Lumpur: PTS Professional Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang (2010), Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Mohamed

Sharif

Mustaffa,Mohd

Fadzli

Abu

Bakar.

(2009).

Kes

Kaunseling

Proses&Rawatan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.


Mohammed

Sharif

Mustaffa,Roslee

Ahmad,Jamaludin

Ramli.

(2007).

Kaunseling&Psikoterapi. Johor: Penerbit UTM Press.


Mohd Aziz Shah Mohd Arip,Mohd Nasir Bistaman,Ahmad Jazimin Jusoh,Syed Sofian Syed
Salim,Md Noor Saper. (2009). Kemahiran Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Mohd Shahrul. (2012, Januari 16). Nota Padat Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-kanak
(EDU 3107) Oleh Cikgu Mohd Ridzuan Al Kindly dilayari pada 29 Januari
2014,daripada http://piweeteacher.blogspot.com/2012/01/nota-padat-bimbingan-dankaunseling.html
Muhd.Mansur Abdullah,S.Nordinar Mohd.Tamin. (2003). Proses Kaunseling (Edisi Kedua).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rahil Mahyuddin,Habibah Elias. (2003). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn.Bhd.

19

EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


KANAK-KANAK)

Anda mungkin juga menyukai