Anda di halaman 1dari 2

Sebelum memulakan entry, saya ingin memohon jutaan maaf, andainya entry ini

bakal mencalar hati dan merobek perasaan sahabat. Jujur, bukan itu niat saya.
Dan,kalau diikutkan hati, saya tidak ingin berbicara isu ini, apatah lagi saya telah
berbicara tentangnya secara umum dalam entry yang lepas.Boleh sahaja sahabat
menganggap bicara saya kali ini, sebagai episod kedua tentang kesesatan Rahsia
Tarikh Lahir. Cuma, kali ini ia hanya berfokus kepada kesesatan Kitab Tajul Muluk.
Saya terpaksa berbicara tentang isu ini, kerana kesesatan dan kesyirikannya sedang
disebarluaskan dengan rancaknya.
ADA APA DENGAN KITAB TAJUL MULUK. Ia merupakan sebuah kitab yang
digunapakai oleh orang melayu zaman silam. Antara kandungan kitab ini ialah
menyatakan ubat-ubatan tradisional bagi mengubati berbagai-bagai penyakit,
suratan azimat dan rajah dan juga bacaan doa, jampi serapah dan hal-hal berkaitan
nujum, jin dan sebagainya.
Sebenarnya kitab ini sudah lama dipinggirkan dan layak dianggap sebagai klasik.
Kefahaman dalam beragama dan kesedaran tentang pentingnya akidah
mengakibatkan kitab Tajul Muluk semakin pupus. Tapi, harapan para pencinta agama
agar kitab Tajul Muluk yang mengarut ini menjadi pupus seperti dinosaur, ruparupanya tidak kesampaian. Entah dari mana datangnya sekumpulan manusia
yang begitu gigih mempromosikan kesesatan kitab Tajul Muluk.Perkembangan
teknologi maklumat dieksploitasi dengan begitu hebat untuk mengikis dan menghakis
akidah. Lihat sahaja kat Facebook, betapa hebatnya sambutan terhadap aplikasi
Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk . .

(Kitab Tajul Muluk Versi Klasik)

Binggung dan sungguh binggung apabila melihat keghairahan segelintir pengguna


facebook yang begitu berselera dengan aplikasi Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk.
Ada yang begitu teruja kerana sebahagian sifat-sifat yang dinyatakan menepati
dirinya. Ada juga yang beralasan sekadar suka-suka sahaja. Namun harus diingat,
suka-suka tu termasuk dalam bab redha meredhai dan restu merestui. Tidak wajar
dan tidak waras untuk kita meredhai dan merestui segala bentuk kesesatan. Saya
teringat kata-kata seorang rakan lebih baik upload gambar bogel kat facebook
daripada letakkan rahsia tarikh lahir dan sikap wanita mengikut tajul muluk.
Sekurang-kurangya gambar bogel ni tak bawa syirik. Walaupun sekadar jenaka, tapi
saya yakin, ia lahir dari hati yang memberontak terhadap penyebaran virus sesat
yang kian rancak di facebook.
Sebelum melanjutkan bicara, eloklah kita rujuk dahulu, penjelasan dari JAKIM
tentang status kitab Tajul Muluk. Sebenarnya, sejak tahun 2007 lagi JAKIM telah
mengharamkan kitab ini. Antara fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM ialah:
Kita boleh mempelajari Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh
mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah
S.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat
90 yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor
(keji) dari perbuatan syaitan,oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga
kamu berjaya".
Oleh itu , hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf
oleh pihak berkuasa agama dan kitab-kitab yang muktabar supaya ilmu-ilmu
tersebut memberi manfaat kepada diri di dunia dan di akhirat.
Sila klik JAKIM untuk info ini.

Anda mungkin juga menyukai