Anda di halaman 1dari 1

JAKARTA: Kejadian hujan turun hanya pada sebuah rumah berlaku Sabtu

lepas dan satu fenomena alam jarang berlaku di dunia.

Media atas talian hari ini memetik Ketua Pusat Informasi Meteorologi
Publik Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG) Mulyono
Prabowo berkata, fenomena alam itu sememangnya susah berlaku.

Fenomena yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Tebet Barat Dalam 1,


Jakarta Selatan itu sesuatu yang agak ganjil kerana hujan kira-kira 6 jam
hanya turun pada sebuah rumah berukuran 55 meter.

Rakaman video kejadian tersebut tular di media sosial di Indonesia


kerana kejadian berlaku ketika cuaca di kawasan tersebut panas dan
kering malah rumah di sekelilingnya tidak ditimpa walau setitik hujan
pun.

Mulyono berkata, ketinggian awan pada musim kemarau menjadikan


hujan seperti di Tebet itu sangat sukar berlaku dan hasil kajian pihaknya
mendapati ketinggian awan ketika itu sekitar 700 meter hingga 1
kilometer.

Hujan eksklusif itu menarik perhatian penduduk kawasan berkenaan


sehingga ada yang bermandi air hujan itu dan menadah dengan bekas
untuk menyimpannya.

Pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Muzakir berkata, ketika kejadian
berlaku semasa dia bermain catur dengan seorang jiran pada 6.30
petang.

Mereka pada mulanya menyangka hujan turun di seluruh kawasan itu.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila terlihat kanak-kanak bermain


hujan dan menjerit kegembiraan kerana hujan hanya berlaku di
rumahnya.

Setelah melihat sekeliling, dia mendapati sememangnya hujan hanya


turun di rumahnya dan berterusan hingga tengah malam.

Muzakir berkata, beliau bagaimanapun tidak membuat sebarang tafsiran


mengenai fenomena itu dan membiarkan semua penduduk di situ datang
menyaksikan dan merakam kejadian aneh tersebut. Bernama

Anda mungkin juga menyukai