Anda di halaman 1dari 7

KERATAN AKHBAR YANG PERTAMA

Surat akhbar

Sinar

16/03/2016

Harian
Tarikh
Halaman

Berdasarkan kepada keratan akhbar di atas, keadaan cuaca yang kering boleh
menyebabkan berlakunya kebakaran yang mana akhirnya situasi jerebu di negara ini menjadi
bertambah buruk dalam tempoh 3 bulan ini. Maka itu, bagi mengatasi masalah ini, adalah
penting untuk Malaysia menghantar pasukan bomba dan penyelamat dan sukarelawan untuk
membantu kerajaan Indonesia memadamkan api yang masih belum dapat dipadamkan
terutamanya di Riau Indonesia.
Tindakan ini secara tidak langsung juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara 2
negara dan seterusnya dapat memudahkan kedua-dua negara ini mengatasi berbagai-bagai
masalah dan bukan hanya masalah jerebu sahaja.
Selain itu juga, sukarelawan yang ada di negara ini perlu diberikan latihan dan
pendedahan bagaimana untuk mengatasi sekiranya berlakunya kebakaran hutan dan ini secara
tidak langsung dapat membantu serta meringankan tugas anggota bomba dan penyelamat
yang mana bilangan anggotanya yang cukup terhad.

KERATAN AKHBAR KE DUA


Surat akhbar :

Utusan Malaysia

Tarikh

11/03/2016

Halaman

Melalui maklumat dari keratan akhbar di atas menunjukkan bahawa punca jerebu
yang berlaku di Malaysia adalah daripada kebakaran hutan, pembakaran terbuka, asap
kenderaan dan lain-lain. Kesan jerebu ini akan menjadi lebih buruk sekiranya aktiviti
pembakaran hutan secara terbuka yang berlaku di Riau Indonesia berpanjangan. Kebakaran
hutan disebabkan oleh keadaan cuaca yang kering dan kekurangan hujan di samping
kehadiran fenomena El Nino juga merupakan faktor berlakunya jerebu.
Maka itu, bagi mengatasi masalah ini, penguatkuasaan undang-undang mudah perlu
dilakukan seperti pemantauan yang berterusan dari pihak yang bertanggungjawab agar
masalah jerebu in dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Sekiranya masalah ini membabitkan
negara lain, ia perlu diuruskan secara diplomatik supaya tidak berlaku perselisihan faham
antara negara.

KERATAN
AKHBAR
TIGA

KE

Surat akhbar :

Utusan Malaysia

Tarikh

04/04/2016

Halaman

Melalui keratan akhbar di atas, kesan daripada jerebu mengakibatkan 77 buah sekolah
di Sabah terpaksa ditutup. Ini mengakibatkan beberapa masalah timbul seperti aktiviti harian
menjadi terbatas atau terjejas. Namun begitu, penutupan sekolah sekolah ini adalah
bertujuan untuk menjaga tahap kesihatan kanak-kanak tetap terpelihara.
Kesan jerebu juga mengakibatkan jarak pemandangan menjadi semakin kurang. Ini
secara tidak langsung boleh meningkatkan risiko kecederaan ketika kanak-kanak bermain
mahupun melakukan sebarang aktiviti luar darjah. Malah bagi pengguna jalanraya khususnya,
ia boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya.
Penutupan sekolah-sekolah ini adalah berdasarkan kepada IPU yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Alam Sekitar di mana sekiranya bacaan IPU tinggi, ia boleh menjejaskan
kesihatan penduduk terutamanya kanak-kanak

IPU yang tinggi jejas kesihatan penduduk terutama kanak2 merah mata, asma,
batuk, selesema
Jarak pemandangan yang semakin kurang meningkatkan kemalangan jalan raya

KERATAN AKHBAR KEEMPAT

Surat akhbar :

Kosmo

Tarikh

11/03/2016

Halaman

18

Cara kurangkan jerebu:


-

Hujan secara semula jadi


Hujan buatan jabatan kaji cuaca pembenihan awan hujan tiruan kawasan yang
kering / kurang hujan
Partikel debu yang ada di udara larut bersama hujan yang turun kurang jerebu
Lagi kerap hujan semakin kurang jerebu

KERATAN AKHBAR KE LIMA

Surat akhbar : Utusan Online


Tarikh

: 23/04/2016

Berdasarkan kepada keratan akhbar di atas, jerebu yang mula melanda negara pada
tarikh tersebut adalah berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlaku di
beberapa kawasan tengah Semenanjung seperti di Selangor dan Pahang. Selain itu, ia juga
disumbangkan juga oleh pelepasan asap daripada kenderaan dan industri terutamanya di
Lembah Klang. Manakala jerebu yang berlaku di Sarawak terutamanya di Miri adalah
disebabkan pembakaran hutan di Bekenu dan Marudi. Peningkatan berlakunya pembakaran
ini adalah akibat cuaca panaas dan kering ekoran ElNino.
Pada pandangan saya, bagi mengatasi masalah ini, kerajaan perlu mewajibkan kilangkilang memasang insenerator untuk melupuskan bahan buangan kilang sebelum melepaskan
asap ke udara. Manakala bagi kenderaan pula, kerajaan haruslah mewajibkan penapis asap
pada ekzos kenderaannya. Berkaitan pembakaran hutan yang dilakukan secara berleluasa
pada masa kini, penguatkuasaan undang- undang perlu dilaksanakan dengan lebih ketat lagi
seperti meningkatkan nilai kompaun yang dikenakan. Pasukan renjer hutan juga perlu
membuat pemantauan yang lebih kerap supaya pihak yang tidak bertanggungjawab akan
lebih berhati-hati sebelum melakukan pembakaran secara tidak berhemah.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mengingatkan semua pihak supaya tidak
melakukan pembakaran terbuka ataupun membiarkan tanah atau premis mereka diceroboh
masuk dan menyebabkan pembakaran terbuka dilakukan oleh individu yang tidak
bertanggungjawab di mana perbuatan ini boleh ditahan mengikut Seksyen 29(A), Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau
denda maksimumRM 500,000 atau kedua-duanya.
Tindakan yang boleh dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar
-

Kempen kesedaran alam sekitar kepada masyarakat bagi tujuan elak pembakaran
terbuka
Galakkan kitar semula di seluruh pelosok negara termasuk kampung dan pekan kecil,
bukan hanya di bandar-bandar besar
Menggalakkan berkongsi kereta ke tempat kerja kurangkan pelepasan asap kereta
ke udara

Kempen kesedaran kepada petani tidak membuat pembakaran terbuka contoh


kawasan penanaman padi inovasi terkini jerami boleh jadi batu bata
meningkatkan ekonomi petani kurangkan pencemaran alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai