Anda di halaman 1dari 9

a) Jabir bin Salim r.a.

menceritakan;

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memasuki Mekah dengan memakai serban berwarna hitam. (Riwayat Imam Muslim, Abu
Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah).
Berkata Ibnu Hajar; Warna hitam di sini seakan-akan menunjukkan fungsi kepimpinan Rasulullah s.a.w. pada hari yang
bersejarah ini dan boleh jadi juga warna hitam di sini bukan satu perkara yang menjadi matlamat (yakni hanya kebetulan
sahaja). Berkata Ahmad Abdul Jawad ad-Dumi dalam mengulas hadis ini; Hadis ini menunjukkan bahawa pemakaian serban
adalah lebih utama berbanding pakaian yang lain.
Berkata Imam Nawawi; Memakai warna putih adalah lebih utama dan serban putih adalah lebih sesuai sebagai perhiasan para
ulamak pada zaman ini. Saranan Imam Nawawi ini menepati hadis Rasulullah s.a.w.;
:


Dari Samurah bin Jundab r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia
lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu.
(Sunan at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad)

b) Nafi meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. menceritakan;


: : .
Adalah Nabi s.a.w. apabila memakai serban, baginda melepaskan ekor serbannya di antara dua bahunya. Berkata Nafi; Ibnu
Umar apabila memakai serban, beliau melepas ekor serbannya antara dua bahunya (yakni kerana mengikuti perbuatan Nabi
s.a.w.).
(Riwayat Imam at-Tirmizi dengan sanad yang hasan)
Berkata Imam asy-Syaukani ketika mengulas hadis ini; Hadis ini menunjukkan bahawa sunat memakai serban..dan sunat
pula menjuntaikan ekor serban di antara kedua bahu.
Berdasarkan kenyataan beliau itu, maka kita dapat menyimpulkan bahawa pada pandangan Imam as-Syaukani, pemakaian
serban adalah sunat.
c) Diriwayatkan oleh Jaafar bin Amru bin Harith dari bapanya yang menceritakan;

Aku telah melihat Nabi s.a.w. di atas mimbar dengan memakai serban hitam di mana ia telah melepaskan ekornya di antara
dua bahunya.
(Riwayat Imam Muslim, at-Tirmizi, Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah)
d) Ibnu Adiyy meriwayatkan dari Jabir r.a. yang menceritakan;

Bahawa bagi Nabi s.a.w. serban hitam yang dipakainya pada hari raya dan baginda menjuntaikan ekornya ke belakangnya.
(Riwayat Ibnu Adiyy)
Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa memakai serban menjadi kelaziman Nabi s.a.w. di mana baginda memakainya ketika
membaca khutbah, pada hari raya, ketika peperangan termasuklah ketika pembukaan kota Mekah. Malah terdapat hadis
menceritakan baginda tidak menanggalnya sekalipun ketika mengambil wudhuk.
Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. yang menceritakan;

- - .
Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. mengambil wudhuk dalam keadaan berserban di mana baginda memasukkan tangannya
ke bawah serbannya lalu menyapu hadapan kepalanya. Baginda tidak menanggalkan serbannya. (Riwayat Imam Abu Daud)
Nabi s.a.w. mengajar sahabat memakai serban
Selain hadis-hadis yang menceritakan tentang serban Nabi s.a.w., di sana terdapat juga hadis yang menceritakan tentang
baginda memakaikan serban kepada sahabatnya atau mengajar mereka bagaimana cara yang sepatutnya berserban.
Imam at-Thabrani meriwayatkan di dalam al-Ausat ( )dari Abdullah bin Umar r.a. yang menceritakan;
:
Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakaikan serban kepada Abdur-Rahman bin Auf r.a, di mana baginda melepaskan ekor serban
itu ke belakangnya sepanjang empat jari atau seumpamanya, kemudian baginda berkata; Beginilah memakai serban.
Sesungguhnya ia lebih kemas dan lebih cantik.
(Hadis ini menurut Imam as-Suyuti adalah hasan. Hadis ini menunjukkan bahawa berserban adalah sunat).
Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abdur-Rahman bin Auf r.a. yang menceritakan;

Rasulullah s.a.w. telah memakaikan serban kepadaku.....
Imam at-Tabrani meriwayatkan dari Abdullah bin Yasir yang menceritakan;

Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Saidina Ali bin Abi Thalib ke Khaibar, lalu baginda memakaikan serban kepadanya
dengan serban berwarna hitam. (Hadis ini menurut Imam as-Suyuti adalah hasan)
Hadis-hadis tentang fadhilat serban
a) Diriwayatkan dari Rukanah bin Abd Yazid al-Hasyimi r.a. yang menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda;


Perbezaan antara kita dan orang-orang Musyrikin ialah memakai serban di atas kopiah.
(Riwayat Imam at-Tirmizi, Abu Daud dan al-Baihaqi. Menurut Imam as-Suyuti dalam al-Jami as-Saghier (hadis no. 5849);
hadis ini dhaif)
b) Dari Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda;

Dua rakaat solat dengan berserban lebih baik dari 70 rakaat tanpa serban. (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad alFirdaus. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah dhaif. Lihat; al-Jami as-Saghier, hadis no. 4468)
c) Dari Ibnu Umar r.a. menceritakan sabda Nabi s.a.w.;

Melakukan solat sunat atau fardhu dengan memakai serban adalah menyamai pahalanya dua puluh lima darjat tanpa serban.
Solat Jumaat tanpa serban menyamai 70 Jumaat tanpa serban.
(Riwayat Ibnu Asakir dari Ibnu Umar r.a.. Menurut Imam as-Suyuti dalam al-Jami as-Saghier (hadis no. 5101); hadis ini
adalah soheh. Namun ada ulamak berpandangan hadis ini lemah sebagaimana dijelaskan dalam Faidhul-Qadier oleh Imam alMinawi)
d) Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda;

Berserbanlah kamu, nercaya akan bertambah sifat hilm (kesabaran) pada diri kamu.
(Riwayat Imam at-Tabrani dan al-Hakim. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Begitu juga Imam as-Suyuti dalam alJami as-Saghier (hadis no. 1142) menyatakannya sebagai soheh. Namun ada juga ulamak yang menyatakannya sebagai dhaif
seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier).
e) Dari Usamah bin Umair r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

Pakailah serban, nescaya akan bertambah sifat hilm (kesabaran) pada diri kamu. Serban itu adalah mahkota orang-orang

Arab. (Riwayat Ibnu al-Adiy dan al-Baihaqi. Menurut as-Suyuti; hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami as-Saghier, hadis no. 1143).
Kedudukan darjat hadis-hadis tentang serban
Dengan meneliti hadis-hadis tentang serban sebagaimana yang dibentangkan tadi, kita akan mendapati bahawa hadis-hadis
tersebut berada dalam dua kategori;
Pertama; hadis-hadis yang menceritakan dan menerangkan bahawa Nabi s.a.w. pernah berserban. Hadis-hadis dalam kategori
ini bertaraf soheh kerana diriwayatkan oleh Imam Muslim di samping Imam-Imam yang lain seperti Abu Daud, at-Tirmizi, anNasai dan Ibnu Majah. (Sila perhati kembali tajuk Hadis-hadis berkenaan serban Nabi s.a.w. tadi).
Kedua; Hadis-hadis yang menyuruh berserban dan yang menyebutkan fadhilat memakainya. Hadis-hadis yang dalam kategori
ini menurut penilaian muhaddithin adalah bertaraf dhaif.
Berdasarkan analisa di atas, maka kenyataan setengah pihak bahawa hadis-hadis tentang serban adalah dhaif belaka,
kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak berhati-hati. Ia boleh mengelirukan orang awam kerana mereka akan
menganggap semua hadis tentang serban adalah lemah dan tidak bernilai, walhal hadis-hadis tentang Nabi berserban adalah
soheh. Yang dhaif hanyalah hadis-hadis yang berupa suruhan atau galakan berserban. Adapun hadis-hadis yang berupa
pernyataan atau pemberitahuan bahawa Nabi berserban adalah soheh dan dapat dijadikan hujah.
Mungkin ada yang mempersoalkan; apa gunanya hadis yang hanya berupa pernyataan atau pemberitahuan itu bagi amalan
berserban pada zaman hari ini? Jawapan kita ialah; Walaupun hadis soheh tentang serban hanya berbentuk memberitahu,
bukan dalam bentuk menyuruh, akan tetapi berdasarkan kepada kedudukan Nabi sebagai uswah dan teladan yang paling baik,
maka memakai serban dengan niat meniru baginda ada kebaikan dan pahalanya. Dalam pengertian yang lain dapat kita
simpulkan bahawa; Sekalipun tiada suruhan secara Tasyri agar kita berserban, namun dengan niat ikhlas untuk mencontohi
dan meneladani apa yang pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., para sahabat, tabiin dan ulamak serta diiringi pula oleh niat baik
untuk menghias diri, maka insyaAllah kita akan dikurniakan pahala oleh Allah.
Tambahan pula, pemakaian serban itu diperkukuhkan pula oleh hadis-hadis yang menyebutkan fadhilatnya sekalipun bertaraf
dhaif kerana jumhur ulamak berpandangan hadis dhaif harus di amalkan dalam fadhilat amalan dengan syarat-syarat berikut;
1. Ia tidak terlalu dhaif
2. Amalannya telah sabit dengan dalil yang sahih. Adapun hadis dhaif hanya bersifat sampingan yang mensabitkan fadhilatnya

sahaja.
3. Hendaklah beramal dengan iktiqad bahawa ia tidak sabit dari Rasulullah s.a.w.. iaitu beramal atas dasar ihtiyat sahaja.
Berkata Imam an-Nawawi; Para ulamak di kalangan muhaddithin dan fuqahak mengharuskan malah menyukai beramal
dengan hadis dhaif dalam fadhilat-fadhilat, targhib (memberi dorongan) dan tarhib (memberi ancaman) selagi ia tidak
maudhu (yakni bukan hadis palsu). Adapun dalam masalah hukum-hakam seperti halal dan haram, nikah-kahwin, talak dan
sebagainya maka tidak amalkan melainkan dengan hadis soheh atau hasan..
Ulasan Syeikh Rasyid Redha
Syeikh Muhammad Rasyid Redha pernah ditanya adakah memakai serban itu sunnah Rasulullah dan adakah orang yang
memakai serban itu mendapat pahala? Untuk menjawab soalan ini, beliau memberikan jawapan seperti berikut;
Telah sabit dalam hadis bahawa Nabi s.a.w. terkadang;
1. Memakai serban di atas kopiah dan inilah yang sering berlaku.
2. Memakai serban tanpa kopiah
3. Memakai kopiah tanpa serban.
Walau bagaimana pun tidak warid perintah yang kuat supaya memakai serban atas dasar sebagai salah satu hukum agama dan
Syariat. Maka sesiapa berserban berdasarkan niat menyerupai dalam hal berpakain Nabi s.a.w. kerana sebagai salah satu tanda
cinta kasih kepada baginda, tentulah niat seperti ini mendapat ganjaran pahala. Begitulah juga halnya dengan perkara-perkara
lain dalam mencontohi kebiasaan-kebiasaan baginda s.a.w..
Ulasan Syeikh Ali Nasif dalam at-Tajul-Jami
Syeikh Ali Nasif dalam kitabnya At-Tajul-Jami Lil-Usul Fi Ahadith ar-Rasul di bawah tajuk al-Imamah (Serban) membuat
ulasan; Terdapat segolongan orang Islam meninggalkan serban dengan hujjah bahawa ia hanyalah adat atau kebiasaan sama
seperti makan, minum dan sebagainya dan bukan dari agama. Selalunya yang mendorong mereka berpandangan demikian
adalah sikap suka meniru bangsa lain. Walhal jika kita meletakkan berserban itu sebagai adat sekalipun, ia merupakan
semulia-mulia adat kerana ia adalah adat Nabi s.a.w. di mana baginda adalah semulia-mulia makhluk pada pandangan sekelian
kaum muslimin. Pepatah Arab ada menyebutkan; Adat orang-orang besar adalah setinggi-tinggi adat. Namun apa yang
sebenarnya ialah; berserban adalah tergolong dalam agama melihat kepada nas-nas. Ia adalah sunnah para Nabi dan Rasul.
Memadai (untuk menunjukkan kemuliaannya kepada kita) dengan Malaikat Jibril sendiri berserban ketika turun berjumpa
Nabi s.a.w.. Begitu juga, Nabi s.a.w. telah bersabda kepada Abdur-Rahman tatkala memakaikannya serban;


Beginilah memakai serban. Sesungguhnya ia lebih kemas dan lebih cantik.
Hikmah serban ialah menjaga tubuh-badan di mana di negara panas ia memelihara dari sinaran matahari, adapun di negeri
sejuk ia menjaga dari kesejukanSelain itu, hikmah serban juga ialah untuk perhiasan dan keelokan (dalam berpakaian).
Pandangan dan sikap sahabat terhadap amalan kebiasaan Nabi s.a.w..
Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan di dalam bukunya al-Madkhal li-Dirasati as-Sunnah an-Nabawiyyah; Di kalangan sahabat
terdapat mereka yang mengikuti Nabi s.a.w. dalam segala perbuatannya sekalipun tidak nampak pada perbuatan tersebut
bentuk qurbah (tujuan mendekatkan diri kepada Allah), semata-mata kerana sempurnanya kasih-sayang mereka kepada
baginda dan keinginan yang bersangatan untuk mengikuti baginda dalam setiap urusan hidupnya. Di antara mereka ialah Ibnu
Umar r.a..
Imam Mujahid menceritakan; Kami mengikuti Ibnu Umar r.a. dalam satu perjalanan. Lalu apabila ia sampai di satu tempat,
ia melencung darinya (yakni mengambil jalan ke arah kanan atau ke kiri). Lalu kami bertanya kepadanya; Kenapa kamu
melakukan demikian?. Ia menjawab; Aku telah melihat Rasulullah melakukan sedemikian, maka aku pun turut
melakukannya. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).
Zaid bin Aslam menceritakan; Aku telah melihat Ibnu Umar r.a. menunaikan sembahyang dalam keadaan terbuka kancingkancing bajunya. Lalu aku bertanya beliau tentang perbuatannya itu. Maka ia menjawab; Aku telah melihat Rasulullah telah
melakukannya. (Riwayat Ibnu Khuzaimah dalam Sohehnya dan Imam al-Baihaqi dalam Sunannya)
Dalam riwayat yang lain; Ibnu Umar r.a. apabila ia melintasi sebuah pokok antara Mekah dan Madinah, ia akan berhenti dan
berehat di bawahnya. Apabila ditanya kenapa? Ia menjawab; Kerana dia melihat Rasulullah telah melakukannya. (Riwayat
Imam Ibnu al-Bazzar dengan sanad yang dapat diterima)
Selain Ibnu Umar, seorang sahabat yang lain yang mengambil sikap serupa ialah Muawiyah bin Qurrah. Urwah bin Abdillah
bin Qusyair menceritakan dari Muawiyah yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; Aku Ia telah datang kepada
Nabi s.a.w. dalam satu rombongan, lalu aku bersama kumpulan itu berbaiah dengan Nabi s.a.w.. Sesungguhnya butang-butang
baju Nabi s.a.w. (ketika itu) dalam keadaan terbuka (yakni tidak dikancingkan oleh baginda). Urwah menceritakan; Aku tidak
pernah melihat Muawiyah dan begitu juga anaknya sama ada di musim sejuk atau musim panas melainkan kancing-kancing

baju mereka dalam keadaan terbuka (kerana meniru Nabi s.a.w.). (Riwayat Imam Ibnu Majah)
Serban menjadi pakaian ulamak silam dan hari ini
Ahli Sejarah Islam terkenal iaitu Ibnu Asakir (meninggal tahun 571 Hijrah) meriwayatkan Tarikhnya dari Imam Malik yang
berkata;

Tidak sepatutnya ditinggalkan/diabaikan amalan memakai serban. Sesungguhnya saya memakai serban sejak belum tumbuh
rambut di wajah saya (yakni belum bermisai dan berjanggut).
Imam al-Baihaqi dalam kitabnya Manaqib asy-Syafiie menyebutkan antara lainnya; Rabi bin Sulaiman pernah ditanya orang
tentang cara berpakaian dan jenis pakaian Imam Syafiie. Rabi menerangkan; Pakaiannya adalah sederhana, tidak memakai
jenis pakaian yang mahal, ia hanya memakai kain yang diperbuat dari kapas dan tenunan Baghdadi, terkadang ia memakai
kopiah dan tidak berlebih-lebihan dan ia lebih sering memakai serban..
Dari keterangan Rabi yang dinaqalkan oleh Imam al-Baihaqi itu jelas membuktikan bahawa Imam as-Syafiie adalah salah
seorang ulamak mujtahid yang memakai serban.
Pada zaman Khalifah Abi Jafar al-Mansur (tahun 135-158H/752-774M) , apabila beliau mengasaskan Baitul-Hikmah yang
kemudiannya berfungsi sebagai pusat buku-buku, penterjemahan dan institusi ilmu di kota Baghdad, serban telah dijadikan
satu pakaian istimewa khasnya di kalangan para penuntutnya dan para ulamak. Serban berwarna hitam telah dijadikan sebagai
satu pakain rasmi yang mesti dipakai oleh para guru, pelajar dan graduan Baitul-Hikmah dengan tujuan untuk membezakan
antara golongan terpelajar dengan orang-orang lain. Dan cadangan pakaian serban hitam ini bagi penuntut dan graduan
Baitul-Hikmah serta bagi ulamak-ulamaknya terbit dari cadangan Imam Abu Yusuf sebagaimana yang disebutkan oleh Dr.
Khidir Athaullah setelah membuat kajian tentangnya. Katanya; Pada zaman itu para ulamak dan guru-guru mempunyai
pakaian khas. Maka Abu Yusuf adalah orang yang mula-mula sekali membuat perubahan terhadap pakain para ulamak. Dan ia
telah mencadangkan bagi penuntut-penuntut golongan Baitul-Hikmah supaya memakai serban hitam dan jubah.Dan
semenjak zaman itu, jadilah serban hitam dan jubah ini pakain yang lazim dipakai para guru dan ulamak fikih.
Kemudian dengan jatuhnya kota Baghdad pada tahun 656H/1258M ke tangan Mongol, pengamalan memakai serban ini
mengalami perubahan. Akibat kejam dan bengisnya bangsa Mongol terhadap penyokong-penyokong Abbasiyah dan para
ulamak pada ketika itu, maka ramailah yang mula melepaskan serban dari kepala kerana takut menjadi perhatian penguasa

baru yang bukan lagi berbangsa Arab dan belum lagi memeluk Islam.
Ibnu Batutah (703-779H) yang membuat pengembaraan ke pelbagai pelusuk dunia di abad ke 7 Hijrah, ketika mencatatkan
semula apa yang dilihat dan disaksikannya dalam pengembaraannya tentang tradisi penduduk kota suci Mekah, menerangkan
bahawa khatib pada hari Jumaat di Masjid Mekah memakai serban hitam. Katanya; Di antara tradisi penduduk kota suci
Mekah pada hari jumaat ialah merapatkan mimbar berhampiran ke Kaabah al-Musyarrafah di antara rukun Hajarul Aswad
dengan rukun Iraqi dan khatib akan mengadap ke arah maqam Ibrahim. Kemudian apabila khatib muncul, ia keluar dengan
memakai pakaian serba hitam; serban hitam dan jubah hitam.
Apa yang dicatatkan oleh Ibnu Batutah itu berdasarkan apa yang dilihatnya sendiri di kota suci Mekah memberi makna bahawa
pakaian serban hitam merupakan pakaian rasmi khatib di Masjidil Haram pada abad yang ke-8 Hijrah.
Di Mesir, serban masih kekal hingga ke hari ini menjadi lambang para ulamak dan penuntut lepasan al-Azhar. Para ulamak alAzhar majoritinya adalah berjubah dan berserban. Syeikhul al-Azhar dan juga Mufti Mesir hingga ke hari masih mengekalkan
identiti berserban dan berjubah sebagai pakaian rasmi mereka. Begitu juga, khatib-khatib di serata Masjid di seluruh pelusuk
Mesir, mereka berjubah dan berserban khususnya pada hari jumaat.
Al-Marhum Syeikh Muhammad al-Ghazali salah seorang ulamak al-Azhar yang terkenal-, pernah suatu ketika beliau melawat
ke satu negeri di Eropah. Semasa dalam keretapi, ada seorang menegur beliau; Tidak bolehkah engkau menanggalkan serban
dan jubah engkau dan engkau memakai kot sepertimana orang di sini biasa memakainya. Beliau menjawab; Apa salahnya
aku memakai pakaian yang biasa dipakai oleh ulama-ulama al-Azhar. Jika seorang anggota tentera, anggota polis dan
sebagainya berbangga dengan uniform tentera dan polisnya, maka aku juga berbangga dengan uniform al-Azharku (yakni
berserban dan berjubah).

Anda mungkin juga menyukai