Anda di halaman 1dari 5

Pejamkanlah mata kalian hilangkan segala kekusutan yang ada dalam

diri tarik nafas dalam-dalam hembuskan dengan perlahan tarik


nafas sekali lagi hembuskannya

bayangkanlah kalian berjalan di persisiran pantai berjalan memijak


butiran-butiran pasir halus gulungan-gulungan ombak berlari-lari
menyentuh jari jemari kaki damainya rasa hati di sebalik rimbunan
pepohon yang menghijau unggas-unggas terbang berkicauan di langit
biru yang terbentang luas indah sungguh indah

Tahukah kalian betapa bertuahnya kamu dapat menikmatinya


beruntungnya kamu di lahirkan untuk menikmati hidup di dunia yang
indah seperti ini

Semuanya kerana kasih dan sayang ayah dan ibu betapa besarnya
kasih sayang ayah dan ibu kepada kamu semua pernahkah kamu
melihat gembiranya wajah mereka tatkala mendapat berita bahawa
mereka akan menimang cahaya mata kasih sayangnya bermula
walaupun kamu hanya segumpal daging dalam dinding rahim seorang
ibu kamu tidak akan tahu semua itu kerana kamu belum dilahirkan
walau peritnya mencengkam cinta mereka pada anak yang bakal
dilahirkan tidak pernah padam terlalu banyak rintangan yang
ditempuh hanya kerana kamu yang bergelar anak

Dalam keriangan ingin menyambut kelahiran seorang anak ayah dan ibu
tetap terus berusaha bersengkang mata mengerah kudrat
melakukan pelbagai kerja selagi terdaya agar anak yang bakal
dilahirkan tidak merasai keperitan hidup yang penuh pancaroba

Bayangkanlah ayah tetap masuk ke sawah, ladang dan kebun dengan


luka pada kakinya mencari sumber rezeki untuk dibuat jualan sedang
ibu melakukan kerja sambilan menambah pendapatan keluarga
walaupun kala itu kamu sudah berusia 7 bulan dalam kandungan

Saat yang dinanti telah tiba ibu bertarung nyawa untuk melahirkan
ayah dalam resah menghantar ke hospital hampir saja beberapa meter
dari pintu masuk hospital ibu dengan tiba-tiba terjatuh betapa
peritnya rasa yang mencengkam sehingga ibu tidak mampu bertahan
sehingga ayah berlari mendapatkan isteri tercinta ayah mengendong
ibu sehingga ke wad kecemasan mengendong ibu dengan lelahnya
tercungap-cungap ayah

Dan kamu selamat dilahirkan ayah yang menunggu dengan penuh


debar di luar tersenyum gembira bersyukur setelah mengetahui kamu
selamat dilahirkan ke dunia ini Air mata gembira menitis membasahi
pipi melihat anak yang telah dilahirkan menangis di pangkuan....

Selepas saat itu kamu ditatang bagaikan minyak yang penuh seekor
nyamuk pun tidak dibenarkan menghampiri kamu kamu kian
membesar hidup kamu memang tidak mewah dengan harta makan
minum serba kekurangan ada ketikanya kamu sekeluarga terpaksa
makan dikongsi satu keluarga sebagai anak yang masih kecil.. kamu
sering merungut. Tapi ibu segera memujuk. Ketika makan ibu sering
memberikan bahagian nasinya kepada kamu sambil memindahkan
nasinya ke pinggan kamu dia berkata

Makanlah nak ibu tak lapar

Kamu tahu ibu berbohong kerana kamu nampak ibu berkongsi nasi
dengan ayah tapi kamu tetap tidak peduli asalkan perut kamu terisi
asalkan kamu mendapat apa yang kamu mahukan selepas selesai

makan terus kamu turun untuk bermain dengan kawan-kawan


meninggalkan pinggan dan nasi yang bersepah untuk ibu kemaskan

Saat kamu riang bermain datang seorang kawan membawa permainan


barunya katanya hadiah dari ayahnya kamu rasa teruja kamu pun
mahukan permainan dari ayah kamu kamu berlari pulang ke rumah
merengek-rengek minta dibelikan permainan baru

Esoknya ayah dengan lelahnya yang semakin teruk tetap turun pada
awal pagi ke sawah, ladang dan kebun mencari sumber rezeki untuk
dibuat jualan hasilnya dapatlah digunakan untuk membeli permainan
baru kamu sedang kamu, terus bersuka ria bermain dengan kawankawan

Tahukah kamu, andainya ayahmu meninggal dunia buat selamanya ketika


berjuang mencari rezeki untuk keluarga.

Dan ketika kamu mendapat tahu berita itu kamu bukan menangis
kerana pemergiaannya seorang ayah kamu menangis bukan kerana
menyesal tetapi kamu menangis kerana ayah pergi tanpa sempat
memberikan kamu sebarang permainan itulah kamu itu kamu
kamu

Kemudian hari permulaan kamu di sekolah rendah bermula sungguhpun


kehidupan kamu tidak semewah mana ibu masih mampu untuk
membayar belanja persekolahan kamu kamu dihantar ke kelas ibu
pula setia menemani di luar ketika loceng menandakan waktu rehat
telah habis ibu pun ingin berganjak pulang kamu menangis
menangis kerana takut ditinggalkan namun seperti biasa ibu cepat
memujuk kamu untuk tinggal di sekolah dan belajar sehingga menjadi
orang yang berjaya supaya besar boleh menjadi harapan keluarga

kamu akur kamu mulakan sesi pembelajaran kamu sehingga kamu


beroleh ramai kawan dan sering mendapat pujian dari guru-guru

Hari demi hari berlalu bulan silih berganti kini tiba saat kamu
menduduki peperiksaan kamu sering lupa dan alpa mengulangkaji
pelajaran sehingga akhirnya kamu terlena dalam dakapan buku-buku

Tika dinihari berbekalkan keputusan yang sederhana itu kamu


meneruskan pembelajaran kamu di sekolah menengah masa kian belalu
pergi kamu mula berjinak dengan dunia luar belajar melakukan
sesuatu mengikut kata hati kawan merokok kamu pun ikut sama
merokok! Kamu mula melawan cakap ibu bapa yang bertanyakan hal
kamu! Kamu mula liar! Resah hati ibu melihat kamu berubah pun
begitu hati kecil seorang ibu tetap memahami mungkin kamu baru
hendak mengenali dunia luar dan ibu terus berdoa... lindungilah anakku
dari segala macam bahaya yang ada berkatilah ilmu di dada anakku
agar dia menjadi orang yang berguna suatu masa kelak
Tidak setanding rasanya pengorbanan seorang ibu untuk anak yang
menderhaka seperti kamu! Kamu hancurkan hatinya entah kenapa
ajaib sekali ibu tidak pernah menyalahi kamu ibu menyalahi dirinya
sendiri ibu kata pada dirinya bahawa anaknya sudah dewasa sudah
pandai menjaga diri namun malang datang lagi setelah keputusan
peperiksaan kamu ternyata mendukacitakan sedangkan rakan-rakan
lain terus cemerlang dalam hidup mereka begitu pun sekali lagi ibu
tidak menyalahi kamu pada ibu mungkin kamu belum bersedia lagi

Hidup ini terlalu mengasyikkan kerana itu kamu terus-terusan enjoy dan
enjoy tanpa menghiraukan pelajaran kamu tanpa menghiraukan ibu
yang mengharapkan perubahan dari kamu sehinggalah kamu
meningkat naik ke tingkatan 5 masa yang akan menentukan ke mana
hala tuju kamu di mana masa depan kamu setiap hari adalah hari
yang mendebarkan bagi ibu dalam pada itu segala kemahuan
kehendak kamu ibu turuti dengan harapan dapat menaikkan semangat
kamu untuk belajar

kamu bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah kamu masih
boleh memeluk dan mencium mereka masih boleh mengadu, dan
bergurau senda

Ayah ibu
Diri ini adalah anakmu
Dengan ini berjanji!
Sesungguhnya
Aku akan ingat dan genggam amanahmu
Biar pahit yang harus ditelan
Aku akan cuba sedaya upaya
Menjadi manusia yang berjaya
Di dunia dan di akhirat
Aku berjanji!
Kerana aku adalah juaramu, ayah, ibu

Moga-moga ikrar ini sentiasa mekar dan subur di hati kamu bayangkan
wajah ibu dan ayah yang jauh dari mata pohonlah kemaafan pada
mereka andai ada keterlanjuran kamu dalam bersuara andai ada
kekasaran kamu dalam tingkah laku ingatlah bahawa syurga itu
ditelapak kaki seorang ibu pohonlah kemaafan kepada mereka agar
hati kamu akan tenang sentiasa

Anda mungkin juga menyukai