Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF


JURNAL REFLEKTIF
MINGGU PERTAMA
(11 JULAI-15 JULAI 2016)

1. MASALAH
Pada minggu pertama saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
dalam matapelajaran Sejarah di kelas 4I, saya berpendapat bahawa kebanyakan murid
kurang memberi perhatian terhadap pelajaran. Ada di kalangan murid yang tidak
mengendahkan arahan guru, membuat bising dan berbual dengan rakan disebelah dan
membuat hal sendiri. Masalah ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri
dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru,
saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang
bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi
berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid
terhadap pelajaran.

2. ANALISIS MASALAH
Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku
dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjah
yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan
bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan
pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Tempat yang saya menjalankan
PdP itu kurang memberi suasana untuk diajar. Walaubagaimanapun, kelas perlu
dijalankan di tempat tersebut disebabkan kekurangan bilik darjah. Bilik darjah itu, terlalu
terbuka dan semasa murid lain melalu bilik itu, ia menarik perhatian murid yang saya
ajar. Muird lain yang dari kelas lain juga menganggu murid kelas saya semasa PdP
dijalankan. Mereka sengaja melalu kelas saya untuk mengharapkan perhatian saya.
Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid
sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Sebenarnya, kekurangan minat belajar pun
boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai

pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Corak


kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak interaksi guru
dengan murid. Secara tidak sengaja saya mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik
di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi
peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di
antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.

3.CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI


Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang
dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan oleh guru lain. Corak kepimpinan guru ketika berada di dalam
bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada
berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan
meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.
a. Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas terhadap
aktiviti pengajaran guru.
b. Saya harus menggalakkan interaksi di antara murid dengan murid. Murid-murid akan
melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam bilik
darjah.
c. Saya wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran berkomunikasi
berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik
d. Saya perlu bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga,
tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang
efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang
berkomunikasi.
e. Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, saya juga
harus merancang dan melaksanakan aktiviti PdP bercorak permainan.
f. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.
g. Saya juga perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid
untuk belajar.

h. Saya perlu bergurau dan berkongsi pengalaman yang manis untuk menarik perhatian
murid-murid.

4. TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini sepanjang seminggu.

4. TINDAKAN SUSULAN
Saya akan memastikan kelas yang seterusnya dapat menarik minat murid. Saya
percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan PdP
dengan berkesan. Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai
teknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana PdP yang bakal berlaku di dalam
kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan
perubahan

dari

semasa

ke

semasa.

Maka,

sebagai

guru,

adalah

menjadi

tanggungjawabnya untuk sentiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses


PdP berkesan.

5. PENILAIAN KEJAYAAN
Penilaian kejayaan ini akan dilihat melalui setiap penulisan refleksi pdp.

Anda mungkin juga menyukai