Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN 1

i.
ii.

Nama intervensi yang dipilih: Terapi Bermain


Cara melaksanakan intervensi:
Aktiviti 1: (Straw Azimat)
a. Guru mengarahkan pelajar membentuk kumpulan.
b. Guru meminta kumpulan 1 dan kumpulan 2 untuk memulakan
permainan dahulu dan bermula di bahagian belakang kelas manakala
kumpulan 3,4 dan 5 untuk menunggu giliran mereka yang akan bermula
selepas kumpulan 1 dan 2 selesai.
c. Guru memberikan arahan bagaimana permainan akan dimainkan:
i. Pelajar harus duduk bersemuka antara satu sama lain.
ii. Pelajar harus mengeluarkan jari telunjuk mereka

dan

meletakkannya beriringan dengan rakan yang lain.


iii. Guru akan memberikan satu straw bagi setiap kumpulan. Straw
tersebut perlu dibawa hanya dengan menggunakan jari telunjuk
pelajar secara berkumpulan.
iv. Pelajar perlu memikirkan cara bagaimana untuk membawa straw
tersebut agar tidak jatuh apabila tiba di garisan penamat.

d. Pelajar perlu berjalan dari stesen A ke stesen B yang ditanda dengan


pelekat kartun dan pelajar diingatkan supaya tidak mengambil laluan
kumpulan lain.
e. Permainan dimulakan apabila guru memberikan arahan start kepada
pelajar.

f. Guru berbincang dengan pelajar berhubung aktiviti yang dijalankan dan


mengaitkan aktiviti tersebut dengan sikap pelajar yang positif dan
negatif. Kata-kata motivasi juga diselitkan dalam rumusan yang dibuat
oleh guru.
Aktiviti 2: (Kerusi Nasib)
a. Guru membuat rumusan terhadap aktiviti 1 dan menyatakan beberapa
sifat negatif yang ditunjukkan oleh pelajar semasa menjalankan aktiviti
1.
b. Guru meminta pelajar mengambil kerusi dan membuat bulatan di
bahagian tengah kelas.
c. Beberapa keping kertas

berwarna

yang

mempunyai

perkataan

perbuatan baik dan buruk (contoh: rajin dan malas) telah dilekatkan di
bahagian hadapan kerusi.
d. Guru memberikan arahan bagaimana permainan akan dimainkan:
i. Pelajar akan berjalan mengelilingi kerusi semasa muzik dibunyikan
seperti permainan Kerusi Muzik.

ii.

Apabila muzik dihentikan, pelajar akan duduk di kerusi yang berada

iii.

di sebelahnya.
Guru akan menyatakan warna kertas yang guru inginkan. Pelajar
yang duduk di kerusi yang mempunyai warna kertas yang disebut

akan berdiri dan menyatakan perkataan perbuatan yang baik dan


buruk yang terdapat pada kertas.

iv.

Pelajar yang mendapat perkataan buruk akan terkeluar daripada

v.

permainan dan berada di satu kawasan di luar kelompok permainan.


Kertas perkataan perbuatan baik akan dilekatkan kembali di kerusi
manakala kad perkataan buruk akan dilekatkan pada kertas di
papan putih.

vi.

Permainan berlangsung sehingga semua perkataan perbuatan baik

dan buruk disebut.


e. Guru berbincang dengan pelajar berhubung aktiviti yang dijalankan dan
mengaitkan dengan sikap-sikap pelajar yang positif dan negatif.
f. Guru menyatakan sebab mengapa perkataan perbuatan baik masih berada
di kerusi dan pelajar yang menyebut perkataan perbuatan baik berada di
kerusi manakala perkataan perbuatan buruk berada di papan putih dan
pelajar yang menyebut perkataan perbuatan buruk tersingkir dan berada di
luar kelompok permainan.
g. Guru membuat rumusan berhubung aktiviti yang dijalankan dan meminta
pandangan pelajar.
Aktiviti 3: (Gerabak Keretapi)
a. Guru membuat rumusan terhadap aktiviti 2 dan bertanyakan mengenai
perasaan pelajar mengenai aktiviti yang dijalankan.

b. Guru memberikan arahan bagaimana permainan akan dimainkan:


i. Guru akan memberikan tiket kepada setiap pelajar.
ii. Tiket ini mengandungi perkataan perbuatan negatif dan positif.
iii.
Pelajar akan berjalan dalam satu barisan seperti gerabak keretapi dan
akan berhenti apabila sampai di stesen 1 dan muzik diberhentikan.
Pergerakan pelajar perlu mengikut rentak muzik.

iv.

Apabila pelajar berhenti di stesen 1, pelajar perlu mengoyakkan tiket


yang

mengandungi

perkataan

perbuatan

buruk

dan

perlu

membuangnya.

v.

Permainan diteruskan dan pelajar akan berhenti di stesen 2 pula untuk

vi.

mengoyakkan tiket yang selebihnya.


Apabila sampai di stesen 3, pelajar yang tidak mengoyakkan tiket yang

tidak diingini akan terkeluar daripada gerabak keretapi.


c. Guru berbincang dengan pelajar berhubung aktiviti yang dijalankan dan
mengaitkan dengan sikap-sikap pelajar yang positif dan negatif.
d. Guru membuat rumusan berhubung aktiviti yang dijalankan dan meminta
pandangan pelajar.

iii.

Faktor kesesuaian kes dengan intervensi yang dipilih.


Menurut Hidayat, 2008 dalam Proposal Terapi Bermain Menyusun dan

Menempel oleh Dita Puspita et. al.,


Bermain merupakan kebutuhan anak seperti halnya kasih sayang, makanan,
perawatan dan

lain-lainnya,

karena

dapat memberi

kesenangan dan

pengalaman hidup yang nyata. Bermain juga merupakan unsur penting untuk
perkembangan anak baik fisik, emosi, mental, sosial, kreativitas serta
intelektual. Oleh karena itu bermain merupakan stimulasi untuk tumbuh
kembang anak.
Pernyataan di atas menyatakan bahawa bermain merupakan satu keperluan
bagi kanak-kanak sama seperti keperluan mereka terhadap kasih-sayang, makanan,
penjagaan kesihatan dan lain-lain. Bermain juga merupakan salah satu unsur penting
dalam perkembangan setiap anak daripada segi emosi, mental, sosial, kreativiti dan
intelektual. Hal ini bertepatan dengan teori yang diasaskan oleh Maslow iaitu Teori
Hierarki Keperluan Maslow. Teori ini merupakan pendekatan humanistik yang melihat
kepada nilai-nilai kemanusiaan dalam memperkembangkan potensi seseorang
individu. Dalam teori ini, keperluan seseorang mempunyai beberapa peringkat dan
terdiri daripada lima keperluan asas iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan,
keperluan

kasih

sayang,

keperluan

penghargaan

kendiri

dan

keperluan

kesempurnaan kendiri.
Bermain merupakan satu medium untuk kanak-kanak meluahkan
perasaan. Apabila kanak-kanak telah berjaya meluahkan perasaannya, kanak-kanak
ini secara tidak langsung telah memenuhi keperluan penghargaan kendirinya.
Keperluan

penghargaan

kendiri

merupakan

keperluan

untuk

mendapatkan

pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatan dari orang lain, rasa dikenali dan
mendapat kejayaan sosial. Dalam aktiviti bermain, kesemua aspek ini dapat
dirangkum dalam satu permainan. Aktiviti bermain dapat menyediakan satu
perkembangan yang responsif yang bermakna untuk mengekspresikan perasaan dan
pemikiran,

penerokaan

kepada

perhubungan,

menyediakan

ruang

untuk

pengalaman, menyempurnakan hajat dan dapat membina strategi. Apabila dilihat


daripada perspektif yang berbeza, alatan permainan digunakan sebagai perkataan

kepada kanak-kanak manakala bermain merupakan bahasa bagi mereka (Garry,


2012)
Oleh sebab itu, teknik bermain ini merupakan satu stimulasi untuk
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
Play is therapeutic. In everyday life, the child needs some release from the
tensions that the restrictions imposed on him by his environment give rise to. Play
serves this purpose by helping him to express his emotions. (Millichamp, 1953).
Melalui pernyataan yang dinyatakan oleh Millichamp dalam bukunya Another Look At
Play, aktiviti bermain merupakan satu terapi kepada kanak-kanak. Dalam kehidupan
seharian, kanak-kanak memerlukan ruang untuk melepaskan diri mereka daripada
ketegangan yang terjadi yang disebabkan oleh persekitaran. Ketegangan ini terjadi
daripada pelbagai sumber iaitu keluarga, rakan sebaya, guru, persekitaran sekolah
dan

masa.

Apabila

ketegangan

ini

berlaku,

kanak-kanak

tidak

dapat

mengekspresikan diri mereka dengan baik kerana pemikiran yang masih belum
matang dan seterusnya menyebabkan mereka meluahkan perasaan kepada perkara
yang lebih negatif. Hal ini dapat dilihat melalui kes yang berlaku pada kelas 6 Mawar
yang menunjukkan tingkahlaku bermasalah seperti ponteng kelas, tidak menyiapkan
kerja rumah, menganggu pelajar lain dan sebagainya. Melalui aktiviti bermain, pelajar
dapat membantu diri mereka untuk mengekspresikan emosi yang dihadapi dalam diri
dengan cara yang betul dan tidak menimbulkan tingkahlaku bermasalah yang lain.
Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Malaysia yang menggariskan
keseimbangan daripada sudut emosi iaitu seseorang pelajar harus mempunyai emosi
yang matang dan stabil, memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang dan
mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.
Terapi bermain juga dapat membantu pelajar untuk mengurangkan rasa
ketidakpuasan hati dalam diri mereka. Kebanyakan keperluan dan kehendak yang
tidak dapat dipenuhi dalam kehidupan seharian pelajar dapat dipenuhi dalam aktiviti
bermain. Hal ini sejajar seperti pernyataan dalam buku Child Development oleh
Elizabeth B. Hurlock iaitu many of the needs and desires which cannot be met in
daily life are met in play, and thus the frustrations of daily life are lessened for the
child. Through his play, the child is often able to formulate and carry out plans which
help him to solve problems that are of great importance to him in his private life.

Apabila penyingkiran terhadap rasa ketidakpuasan hati ini berlaku melalui aktiviti
bermain, perasaan stress atau tekanan akan berkurangan dan kanak-kanak akan
bersifat lebih terbuka serta positif dalam menghadapi sesuatu situasi atau teguran
yang berlaku kepada diri mereka. Sebagai contohnya melalui terapi yang dilakukan,
apabila aktiviti bermain dijalankan, kanak-kanak akan berasa lebih seronok dan
gembira dalam menjalankan aktiviti serta mereka merasa diri dihargai oleh guru yang
menjalankan aktiviti dan seterusnya teguran serta motivasi yang diselitkan dalam
permainan dapat diterima secara tidak langsung oleh mereka.

Aktiviti bermain juga merupakan satu alat komunikasi bagi kanak-kanak. Jika
percakapan adalah satu alat komunikasi bagi orang dewasa, kanak-kanak
menggunakan aktiviti bermain ini sebagai satu cara untuk mereka meluahkan
segalanya seperti perasaan mereka apabila permainan berlangsung.

TUGASAN 2
Justifikasi kelas 6 Mawar berkelakuan sedemikian.
Masalah tingkahlaku yang dilakukan oleh pelajar kelas 6 Mawar ialah sering
ponteng kelas, tidak menyiapkan kerja rumah, mengganggu pelajar lain, tidak
mendengar arahan, nakal dan sebagainya. Masalah ini bermula disebabkan pelajar
terdorong oleh beberapa faktor luaran yang mempengaruhi mereka. Antara faktor
yang mempengaruhi pelajar ialah institusi keluarga, persekitaran masyarakat, pihak
sekolah, rakan sebaya dan pengaruh media massa.
Faktor insitusi keluarga berpunca daripada masalah keluarga seseorang
murid itu sendiri. Apabila timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa keluarga
seseorang murid, kebajikan anak-anak akan terabai dan tidak diuruskan dengan baik.
Segala perilaku anak-anak tidak kira di rumah, di luar rumah dan di sekolah tidak
diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang
pelajar yang datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba
ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah juga berlaku apabila ibu bapa sentiasa
bekerja di luar dari awal pagi hingga ke tengah malam menyebabkan masa bersama
dengan anak-anak berkurangan sehingga kurang interaksi yang berlaku dan hal ini
menjadikan anak tidak dapat meluahkan perasaan kepada ibu bapa mereka. Lama
kelamaan, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti
ponteng sekolah kerana mereka fikir mereka akan berjaya mendapat perhatian
daripada ibu bapa.
Seterusnya,

taraf

ekonomi

keluarga

pelajar

yang

rendah

juga

menyebabkan pelajar malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan di sekolah.


Mereka malu untuk berhadapan dengan rakan yang lain yang lebih tinggi taraf
ekonomi keluarga daripada mereka. Mereka juga tidak mahu diejek oleh rakan
mengenai pekerjaan yang dilakukan oleh ibu bapa. Oleh kerana kedudukan ekonomi
keluarga yang rendah, maka ibu bapa terpaksa untuk mencari pendapatan yang lebih
demi menampung kehidupan dan perbelanjaan keluarga yang menyebabkan mereka
sibuk dan tiada masa untuk anak-anak. Hal ini akan menyebabkan anak-anak terabai
dan tidak diberikan kasih sayang yang secukupnya yang menyebabkan anak-anak
rasa tidak dihargai oleh ibu bapa. Pendapatan keluarga yang rendah juga
menyebabkan sesetengah pelajar bertindak untuk membantu keluarganya terutama

anak pertama dengan cara bekerja sambilan atau menolong ibu bapa dalam mencari
rezeki. Apabila perkara ini berlaku, pelajar yang berada dalam situasi ini akan selalu
keletihan dan tidak bermaya ketika berada di dalam kelas kerana bangun awal pagi
atau tidur terlalu lewat. Hal ini menyebabkan fokus pelajar ketika di dalam kelas
mudah hilang dan mengakibatkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.
Hasil daripada dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Azizi Yahaya dan
rakan dalam kajian Faktor-faktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Dikalangan
Pelajar Sekolah Menengah Johor telah menunjukkan bahawa rakan sebaya
merupakan faktor yang paling penting dalam mempengaruhi gejala ponteng yang
berlaku. Ajakan daripada rakan sebaya yang terdiri daripada rakan sekelas atau
kenalan rapat di sekolah juga mempengaruhi pelajar untuk bertindak sedemikian.
Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi
minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut
segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakanrakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan
yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya.
Mereka memberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan
fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.
Pengaruh sekolah terhadap kelakuan buruk ini pula berkemungkinan daripada
sikap pelajar yang kurang atau tidak berminat teradap pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di sekolah. Hal ini mungkin berpunca daripada sukatan
pelajaran yang memerlukan pelajar untuk menghafal dan membaca seperti subjek
sejarah, matematik, sains dan bahasa inggeris. Apabila pelajar berasa bosan
terhadap cara pengajaran subjek yang disampaikan, maka pelajar akan bertindak
untuk tidak hadir ke kelas atau sekolah kerana bagi mereka keputusan itu lebih baik
daripada terpaksa mendengar ilmu yang disampaikan oleh guru. Di samping itu,
pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak mampu
untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan
diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang
banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang
cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya
datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka

kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat bersaing
dengan rakan-rakan yang lebih cerdas.
Peraturan sekolah yang ketat juga menjadi punca kepada pelajar yang
menimbulkan masalah tingkahlaku. Dendaan yang diberikan oleh guru atau pihak
sekolah yang dianggap keterlaluan bagi pelajar menyebabkan mereka bertindak
untuk menentang dan mengingkari arahan dan peraturan yang ditetapkan. Dalam
situasi kelas 6 Mawar, pelajar telah biasa menerima hukuman rotan atau hukuman
lain daripada guru-guru. Jadi pelajar akan rasa memberontak dan seterusnya tidak
akan mendengar arahan guru sebaliknya mengeluarkan kata cacian kepada guru.
Media massa juga memberikan pengaruh yang cukup hebat dalam diri pelajar.
Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya
penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama
dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng
sekolah untuk bekerja demi mendapatkan wang.

TUGASAN 3
Membantu mengenal pasti minat dan kerjaya pelajar.
Kaunseling kerjaya merupakan satu proses menolong seseorang individu
memperkembangkan dan menerima suatu gambaran lengkap tentang dirinya dan
peranannya dalam dunia pekerjaan dan seterusnya cuba berusaha menukarkan
gambaran ini menjadi satu realiti supaya membawa kepuasan kepada dirinya serta
faedah kepada masyarakat (Super, 1981).
Sebagai seorang guru biasa, saya perlu merujuk dan mengakses dahulu
kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam membantu pelajar kelas 6 Mawar
mengenal pasti minat dan kerjaya mereka dengan merujuk kepada kaunselor
sekolah.
Menurut Harris-Bowlsbey, Spivack dan Lisansky (1983) dalam Najmuddin
(2006), proses perancangan kerjaya yang baik seharusnya melibatkan tiga peringkat
asas yang perlu dilaksanakan satu persatu mengikut urutan bagi mendapatkan hasil
yang memuaskan. Tiga peringkat asas dalam merancang kerjaya ialah keinsafan diri,
penerokaan dan transisi.
Langkah pertama iaitu keinsafan diri berkait rapat dengan mendapatkan
kefahaman berkaitan diri sendiri. Seseorang guru boleh membantu pelajar dengan
mendapatkan maklumat tentang diri sendiri yang meliputi cara membuat keputusan,
matlamat peribadi, konsep kendiri, minat, kemahiran dan pengalaman. Guru

(i) Mendapatkan kefahaman berkaitan diri sendiri: Individu mendapatkan


maklumat tentang diri sendiri yang meliputi cara dia membuat keputusan,
matlamat peribadi, konsep kendiri, minat, kemahiran dan pengalaman.
Ii)Mendapatkan kefahaman berkaitan kemahiran persekitaran di mana dia

hidup: Individu mendapatkan maklumat berkaitan persekitarannya yang


meliputi kefahaman tentang organisasi dunia kerjaya, pilihan-pilihan kerjaya

dan maklumat tentang kerjaya tersebut.


(iii) Mengintegrasikan antara maklumat diri dan maklumat berkaitan dunia
pekerjaan: Individu akan mengabungkan kedua-dua maklumat yang diperoleh
tentang diri sendiri dan dunia pekerjaan untuk membuat keputusan yang tepat
dan seterusnya mengambil tindakan untuk melaksanakan keputusannya.

Merancang sesuatu pekerjaan adalah suatu tindakan yang bijak, meskipun


apa
yang dirancang tidak semuanya dapat dicapai. Perancangan sebenarnya
dapat
menunjukkan cara bagaimana individu itu bersedia menghadapi hidupnya bagi
mencapai kejayaan tersebut. Pelajar yang tidak membuat perancangan
sebenarnya
adalah pelajar yang merancang untuk kegagalan dirinya sendiri.

Millichamp, D. A.: 1953 .. Another look at play. Bull. Inst. Child Stud., Toronto, 15,
No.4,1-13.
(Yahaya)

(Landreth, 2012) (Swartz, 2008)

Anda mungkin juga menyukai