Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Pada masa kini gejala bunuh diri yang berlaku dalam masyarakat semakin
berleluasa di Negara kita. Bunuh diri merupakan satu perbuatan yang dilakukan oleh
seseorang inidividu dengan sengaja dan secara sedar dengan tujuan memusnahkan diri
sendiri atau bagi mengakhiri kehidupan sendiri sehingga menemui kematian. Dalam
kebanyakan kes bunuh diri, ia berlaku akibat ketidakmampuan seseorang individu itu
menghadapi tekanan dalam kehidupan yang dialami. Mereka berasa bahawa langkah untuk
meneruskan kehidupan bukan satu idea yang baik, sebaliknya lebih menambah
kesengsaraan. Berdasarkan penelitian terhadap gejala bunuh diri, suatu perkara yang jelas
ialah kes bunuh diri sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada gangguan emosi dan
juga kestabilan pemikiran individu dalam menjalani kehidupan yang banyak cabaran.
Gangguan Emosi ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih
perwatakan oleh seorang individu. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi
maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang
dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Gangguan
emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan
mempunyai emosi yang tidak stabil. Seseorang individu yang mengalami gangguan emosi
sentiasa dalam keadaan kecemasan, kemarahan dan terlalu lemah. Mereka merasa tidak
mampu menunjukkan rasa saying dan kepercayaan.
Nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mengawal lebih baik daripada merawat.
Masalah tekanan emosi harus dibendung lebih awal sebelum ia menjadi lebih rumit
sehingga berlakunya bunuh diri. Kesihatan mental dan emosi seseorang individu amat
penting dipelihara dan dijaga. Fizikal dan mental yang sihat seseorang individu adalah
produk yang terbaik untuk membina insan yang gemilang dan sempurna hidupnya yang
dimanifastasikannya dalam tingkahlaku sosialnya. Membina rakyat yang harmonis fizikal
dan mentalnya serta rohaninya harus diusahakan oleh semua pihak. Insan yang pintar,
kental mentalnya, utuh pegangan agamanya sudah pasti akan menjana sebuah negara
yang berjaya dan harmonis dari segi pembangunan dan ekonomi, keamanan dan kestabilan
politiknya serta dihormati dan dicontohi oleh masyarakat dunia.

Anda mungkin juga menyukai