RIO DE JANEIRO: Atlet pecut Usain Bolt mencipta sejarah pada
Ahad apabila memenangi pingat emas acara 100 meter lelaki
akhir buat kali ketiga berturut-turut. Legenda sukan dari Jamaica ini mengesahkan kehebatannya dengan catatan masa 9.81 saat, mengatasi atlet Amerika Syarikat Justin Gatlin (9.89 saat - perak) dan atlet Kanada Andre De Grasse (9.91 saat - gangsa).