Anda di halaman 1dari 1

Langkah-Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid

Program-program berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam


pembentukan tingkah laku. Program-program ini bertujuan membantu mereka
yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian
akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam

mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri.


Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan
psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan
daripada ahli psikologi, kaunselor dan personal yang berkelayakan atau

bertauliah.
Murid-murid ini perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan ini, mereka akan dapat

meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif.


Kerjasama dengan ibu bapa juga perlu diperoleh. Ibu bapa perlu diberi maklumat
tentang maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Perbincangan dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk

menangani masalah perlu dibuat bersama.


Guru perlu menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian. Peneguhan
positif diberi kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Hukuman dikenakan perlu adil dan bersesuaian.


Murid didedahkan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi. Murid-

murid diberi tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.


Guru perlu mahir dalam kawalan bilik darjah. Peraturan-peraturan perlu
dijelaskan kepada murid. Guru perlu memastikan murid memahami serta
bersetuju dengan peraturan yang diadakan. Peraturan mestilah bersesuaian

dengan peringkat umur atau kumpulan murid.


Murid perlu diberi peluang untuk mengenal pasti kesalahan atau tingkah laku
yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang memperbaiki tingkah laku.

Anda mungkin juga menyukai