Anda di halaman 1dari 4

~FaKTa GaHaRu, CaRa MeNaNaM &

HaSiL LuMaYaN DaRi GaHaRu~


POKOK EMAS Thymelaecae@Aquilaria
Merealisasikan Industri Gaharu bermula Dari Penanaman Pokok Karas Secara Ladang Di
Malaysia. Bila menyebut gaharu, ramai di antara kita yang membayangkan harganya yang begitu
mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah
sehingga RM14,000 - RM20,000 sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi.
Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok karas diancam kepupusan.
Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis A
lebih baik dari spesis B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih
mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian, pokok karas sebenarnya mempunyai
method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat
menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu.Ia
sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di
kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang
lebih bermutu.
Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan
pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Malaccencis adalah merupakan
salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.Manakala kaedah penanaman, jarak
penanaman 6'x6' atau 10'x10' menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok
seekar.
Penanaman secara intergrasi adalah lebih meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan
jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan
tanaman herba dan tanaman kontang. Penjarakkan yang sesuai harus dilihat.Selepas pokok karas
mencapai usia 5 tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan
selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak
akan membentuk gaharu di dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia
pokok 20 - 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme.
Banyak laporan di dada akhbar dan laman web, menyatakan setiap pokok menghasilkan gaharu
bernilai sehingga RM14,000 - RM18,000. Tetapi, kita perlu menilai setiap aspek dan risiko.
Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM1,000 sahaja untuk sepokok yang
menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda tentu dapat mengira
angkanya. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih tinggi!

FAKTA GAHARU
Pengenalan Pokok KarasAquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae.Terdapat 15
spesis dari genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai
5 spesis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A.

Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa.


Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan
taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.

Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis
keagaamaan dan sebagainya.Senario di dalam Industri Gaharu. Permintaan untuk gaharu
semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin
meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di
Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan. Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga
amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih
belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).Asia Tenggara mengeksport
gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada
permintaan pasaran.
(sumber: TRAFFIC International 2002)
Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti
Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang
amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.Penggalakan
Penanaman Gaharu Secara Ladang.

Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di


1. Tanah terbiar
2. Kawasan rezab hutan simpan
3. kawasan pembalakan yang telah diterokai.
4. Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain
seperti herba dan tanaman komoditi.

Penyemaian Benih.
Terdapat 200 spesis pelbagai pokok Herba dan balak dengan lebih 40,000 anak pokok. Pembekal
anak pokok seperti tongkat ali, karas (gaharu), sentang, jati emas, kenerak, kacip fatimah, mas
cotek, nilam dan banyak lagi. Anak pokok karas kami adalah daripada semaian benih
(biji).Penggunaan kayu karas dalam industri perkayuaan di mana kayunya digunakan dalam
industri pembuatan kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, sarung
senjata, chopstick dan lain-lain. Manakala kegunaaan gaharu banyak kepada upacara keagamaan
Cina, Unanai, Ayurvedic dan upacara kaum di Tibet. Ia digunakan sebagai pengharum rumah di
Timur Tengah manakala di Papua New Guinea menggunakannya sebagai ubat-ubatan tradisional
oleh masyarakatnya. Di masa sekarang ia turut digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.

PENGURUSAN TANAMAN POKOK KARAS


Pokok Karas sesuai ditanam di antara kawasan dataran rendah hingga ke pergunungan pada
ketinggian 0 750 meter dari paras laut dengan purata taburan hujan kurang dari 2000cm. Suhu
yang sesuai adalah antara 27C hingga 32C dengan kadar cahaya matahari sebanyak 70%.
Kesesuaian tanah adalah jenis lembut dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4.0 hingga 6.0.
Biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan pembenihan, selalunya pembenihan di
lakukan oleh nurseri untuk menjamin bekalan benih tanaman dalam volume yang besar dan
berkekalan. Buah karas dari jenis Aquilaria Malaccencis adalah berbentuk kapsul, 3.5 cm hingga
5 cm panjang, ovoid dan berwarna coklat. Kulitnya agak keras dan berbaldu. Mengandungi 3
hingga 4 biji benih bagi setiap buah.
Penanaman boleh dilakukan di tanah-tanah persedirian, tanah terbiar, hutan simpan atau tanah
kerajaan negeri melalui permohonan. Ia juga boleh ditanam di ladang kelapa sawit, ladang kopi
dan kebun di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5 8 tahun.

Teknik tanaman secara sistem selang atau intergrasi dengan 2 atau lebih tanaman juga boleh
dilakukan. Teknik dari pendekatan Agroforestry, Inter-row planting dan Hedge planting juga
boleh dilakukan.Teknik menanam adalah dengan menggali lubang dalam jarak ukuran 6 kaki x 6
kaki, 10 kaki x 10 kaki, 10 kaki x 15 kaki dan sebagainya. Ia bergantung kepada teknik tanaman
secara selang, intergrasi atau sebagainya. Anak pokok dikeluarkan dari politena bag dan
dimasukkan ke dalam lubang yang digali dengan keluasan diameter dan kedalaman 0.5 meter.
Tanah dipermukaan dipadatkan dengan tangan untuk memastikan akar bersentuhan rapat dengan
tanah dan elakkan pengaliran air di permukaan (surface water). Kadar pembajaan tidak boleh
melebihi 100 gm bagi tiap-tiap lubang iaitu dengan kadar baja NPK 15:15:15 sebayak 40 50
gm dan TSP sebanyak 40 50 gm semasa proses penanaman.
Pokok-pokok karas yang ditanam perlu dibersihkan dari gangguan pokok lain sekitar 50 cm
untuk mengelakkan persaingan hidup. Kerja kerja ini dilakukan dalam 2 3 kali setahun
sehingga pokok berusia 5 tahun. Pengemburan 2 kali setahun adalah amat baik untuk memberi
oksigen ke dalam tanah untuk melancarkan penyerapan makanan oleh pokok.

TEKNOLOGI PENGHASILAN GAHARU


Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu pada pokok yang berusia 5 tahun ke
atas atau diameternya mencapai 8 hingga 10 cm. Keadaan optimal perlu bersesuaian dengan
batang dalam sekitar 5 cm. Setiap batang dibuat lubang dengan jarak anatara lubang sekitar 20
cm antara satu sama lain. Lubang disumbat dengan buluh atau poly paip untuk mengelakkan
lubang tercantum. Selepas dimasukkan kulat ia ditutup dengan lilin, kayu dan sebagainya untuk
mengelakkan air hujan masuk ke dalam lubang. Antara kulat yang digunakan ialah Furasium sp,
Phytium sp, Lasiodiplodia sp, Libertela sp, Scytalidium dan Thielaviopsis sp.

Jadual Gred di Pasaran.


Buat masa ini tiada gred yang seragam dan selalunya berbeza mengikut negeri. Berikut adalah
gred yang dikeluarkan oleh JPSM dalam Bengkel Penyeragaman Penggredan Gaharu di
Semenanjung Malaysia pada awal bulan Jun 2007 yang lalu di Kuala Lipis Pahang.
GRED Harga (perkilogram)
Super A RM 25,000 ke atas
Gred A RM 20,000
Gred B RM 18,000
Gred C RM 15,000
Gred D RM 8,000
Gred E RM 3,000
Lain-lain Gred RM 500 RM 1,000
Gred Kayu untuk Minyak RM 5 RM 100
Minyak Gaharu RM 300 RM 350/ tola (12gm)
1

. PERMULAAN PENANAMAN

i) Peringkat permulaan, tanah seeloknya dibersihkan dari semak samun dan tanah
digemburkan. Untuk seekar tanah, penjarakkan 10 kaki x 10 kaki membolehkan sebanyak
430 pokok ditanam (430,000 kaki persegi / 100 kaki persegi).
ii) Penandaan jarak lubang dilakukan sebelum proses penggalian. Lubang digali berdiameter
0.5m dan pada tahap kedalaman 0.5m. Baja kompos organik digunakan untuk membantu
mempercepatkan pembesaran anak karas.
iii) Pancang kayu digunakan untuk mengelakkan anak pokok senget semasa proses pembesaran.
iv)Kaedah penyiraman adalah secara titisan melalui polypaip yang dipasang bagi menjaga

kelembapan tanah.
v) Semakin besar anak pokok, penjagaan semakin berkurangan. Elakkan penggunaan baja yang
terlalu kerap kerana pokok yang terlalu subur akan mengurangkan hasil gaharu.

Anda mungkin juga menyukai