Anda di halaman 1dari 2

Blok silinder

Blok silinder adalah struktur terpadu yang terdiri dari silinder dari motor bakar torak dan beberapa
atau semua yang terkait struktur sekitarnya (bagian pendingin, bagian bukaan masuk dan keluar
bagian, sambungan, dan crankcase). Istilah blok mesin sering digunakan bersama dengan "blok
silinder" (meskipun secara teknis dapat dibuat perbedaan antara silinder mesin monobloc silinder
sebagai unit diskrit dibandingkan dengan desain blok dengan lebih banyak integrasi yang terdiri dari
crankcase juga.
Dalam istilah dasar elemen mesin, berbagai bagian utama dari mesin (seperti silinder, kepala
silinder, bagian pendingin, bagian intake dan exhaust, dan crankcase) secara konseptual berbeda,
dan konsep-konsep ini dapat semua diturunkan sebagai potongan diskrit yang disatukan. Konstruksi
seperti ini sangat luas di awal dekade komersialisasi mesin pembakaran dalam (1880-an sampai
1920-an). Namun, tidak lagi seperti biasa memproduksi mesin bensin dan mesin diesel, karena
untuk setiap sistem konfigurasi mesin, ada cara yang lebih efisienuntuk merancang pembuatan (dan
juga untuk pemeliharaan dan perbaikan). Hal ini umumnya melibatkan integrasi beberapa elemen
mesin menjadi satu bagian diskrit, dan melakukan pembentukan (seperti pengecoran, stamping, dan
memesin) untuk beberapa elemen dalam satu setup dengan satu mesin sistem koordinat (dari alat
mesin atau bagian lain dari mesin manufaktur). Maka, akan menghasilkan satuan biaya produksi
serta pemeliharaan dan perbaikan yang lebih rendah.
Blok Silinder adalah salah satu alat pada motor yng bersifat statis yang fungsinya sebagai tempat
bergeraknya piston dalam melaksanakan proses kerja motor. Blok silinder dan cara mengatasi
kerusakan blok silinder. Silinder motor 4 tak tidak terdapat lubang-lubang apapun di bagian dalam
dinding silindernya. Silinder motor 2 tak terdapat lubang-lubang pada bagian dalam dindinmg
silinder. Kerusakan yang sering terjadi pada blok silinder adalah tergores / aus / lubang silinder
membesar, sehingga hal ini dapat mengakibatkan piston menjadi rusak / kocak/ longgar di dalam
silinder.

Kepala silinder
Di dalam sesebuah enjin pembakaran dalaman, kepala silinder terletak di atassilinder pada
bahagian atas bongkah enjin. Ia menutup bahagian atas silinder bagi membentuk kebuk
pembakaran. Sambungan ini ditutup oleh gasket kepala. Dalam kebanyakan enjin, kepala silinder
juga menyediakan ruang bagi saluran masuk udara-bahan api ke dalam silinder, serta saluran keluar
ekzos. Kepala silinder juga boleh menjadi perumah bagi menempatkan injap, palam
pencucuh dan pemancit bahan api.
Dalam enjin kepala rata atau injap tepi, bahagian mekanikal rangkaian injap kesemuanya terletak di
dalam bongkah, dan kepala silinder hanya sekadar sekeping logam yang dibolkan di atas bongkah;
reka bentuknya yang ringkas serta tiada bahagian bergerak di dalam kepala menjadikannya mudah
untuk dikeluarkan dan diperbaiki, serta menjadi penyumbang utama kepada kejayaannya dalam
pengeluaran kereta dan seterusnya enjin kecil seperti pada mesin rumput. Namun, rekaan ini
memerlukan udara yang masuk untuk mengalir melalui laluan yang kurang lawas, yang
mengehadkan keupayaan enjin untuk berfungsi pada kelajuan enjin tinggi, sekaligus membawa
kepada penggunaan rekaan injap atas (OHV), dan seterusnya aci sesondol atas(OHC).

Secara dalaman, kepala silinder mempunyai laluan yang dipanggil liang untuk membolehkan
campuran udara-bahan api memasuki kebuk pembakaran, dan seterusnya untuk gas ekzos untuk
keluar daripada kebuk pembakaran. Bagi enjin jenis sejukan air, kepala silinder juga mempunyai
saluran bagi bahan penyejuk enjin - biasanya campuran air dan bendalir cegah beku - untuk
membuang haba berlebihan daripada kepala, dan enjin secara amnya.
Dalam rekaan injap atas (OHV), kepala silinder menempatkan injap dan palam pencucuh, bersamasama liang masukan dan ekzos. Injap dikendalikan oleh aci sesondol enjin yang terletak di dalam
bongkah enjin, dan pergerakan aci sesondol dipindahkan kepada injap melalui rod penolak, dan
seterusnya lengan jumpelang yang turut ditempatkan di dalam kepala silinder.
Dalam rekaan aci sesondol atas (OHC), kepala silinder mengandungi injap, palam pencucuh dan
liang masukan/ekzos sama seperti enjin OHV, tetapi kali ini aci sesondol turut ditempatkan di dalam
kepala silinder. Aci sesondol boleh ditempatkan di tengah-tengah antara injap masukan dan ekzos,
serta masih menggunakan lengan jumpelang (tetapi tanpa rod penolak), ataupun ditempatkan terus
di atas injap dengan menggunakan tapet serta tanpa lengan jumpelang.
Bilangan kepala silinder pada enjin adalah fungsi bagi konfigurasi enjin. Hampir kesemua enjin
sebaris hari ini ada satu sahaja kepala silinder untuk semua silinder. Enjin V mempunyai dua kepala
silinder, satu bagi setiap baris silinder bagi 'V' tersebut. Enjin rata (secara asasnya merupakan enjin
V dengan sudut 180) juga mempunyai dua kepala silinder. Kebanyakan enjin jejari mempunyai satu
kepala bagi setiap silinder, walaupun ia biasanya dalam bentuk monoblok di mana kepala dibina
sebagai sebahagian daripada silinder.
Sesetengah enjin, terutamanya enjin diesel berkapasiti sederhana dan berat bagi industri,
perkapalan, penjanaan kuasa, serta tujuan tarikan berat (lori besar, lokomotif, jentera berat dsb.)
mempunyai kepala silinder berasingan bagi setiap silinder. Ia mengurangkan kos baik pulih
sekiranya satu bahagian kepala gagal berfungsi berbanding satu kepala bagi kesemua silinder.
Rekaan tersebut membolehkan pengeluar menghasilkan satu 'keluarga' enjin dengan bentangan
serta bilangan silinder berbeza tanpa perlu mereka semula kepala silinder.
Rekaan kepala silinder merupakan kunci utama kepada prestasi dan kecekapan enjin pembakaran
dalaman, memandangkan bentuk kebuk pembakaran serta liang masukan dan ekzos
menentukan kecekapan volumetrik dan nisbah mampatan enjin.

Anda mungkin juga menyukai