Anda di halaman 1dari 2

Tips Bijak Menggunakan Kad Kredit

Ramai golongan belia sekarang muflis gara-gara menggunakan kad kredit yang
tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan.
Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya masalah hutang
yang tidak dapat dilangsaikan. Makin lama hutang tertunggak, makin banyak pula
faedah yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada para pengguna kad
kredit.
1. Sebelum memiliki kad kredit, lebih baik anda berfikir dahulu, adakah menjadi
satu kepentingan untuk anda memiliki kad kredit dan untuk apa anda memohon kad
kerdit itu. Jika anda rasa tidak mampu mengawal diri daripada berbelanja
berlebihan menggunakan kad kredit, elok anda batalkan sahaja niat anda untuk
memohon kad kredit. Ianya lebih selamat daripada anda terpaksa menanggung
beban hutang yang tidak berkesudahan.
2. Jika sudah memiliki kad kredit, ingat dan sentiasa tanam dalam diri anda
agartidak boros ketika berbelanja menggunakan kad kredit. Kalau boleh, beli secara
tunai sahaja dan elakkan berhutang. Apa yang paling penting ketika menggunakan
kad kredit ialah disiplin. Jika tiada disiplin yang kuat dalam diri anda, maka
berlakulah penyalahgunaan kad kredit.
3. Jika anda terdesak untuk menggunakan kad kredit terutama untuk perkaraperkara yang tidak dijangka dan kebetulan ketika waktu tersebut anda tidak
mempunyai wang yang cukup, maka gunakanlah kad kredit anda. Dan jika anda
berhajat untuk membeli sesuatu misalnya televisyen baru, gunakanlah pelan
bayaran tanpa faedah. Buat masa ini banyak kedai-kedai yang menawarkan skim
bayaran tanpa faedah untuk kemudahan pembelinya.
4. Cubalah untuk cari kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran mudah yang
menawarkan bayaran tanpa faedah untuk tempoh selama 6 bulan, 12 bulan, 24
bulan atau 36 bulan.
5. Jika anda memiliki baki tertunggak dalam sesebuah kad kredit, cubalah usahakan
untuk memindahkan baki bayaran tertunggak anda kepada kad kredit yang
menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kad kredit yang anda pakai
sekarang. Tapi yang pasti, jangan tambah kad kredit. Bila sudah mohon kad kredit
yang baru, pastikan anda membatalkan kad kredit yang sebelumnya untuk
mengelakkan bertambahnya beban hutang anda.
Baca lagi di http://downloadpelbagai.blogspot.my/2016/08/tips-memilih-kad-kredityang-terbaik.html

Anda mungkin juga menyukai