Anda di halaman 1dari 12

Tenaga

Tenaga (energy) didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan


kerja (ability to do work).
Sebagai contoh, tenaga diperlukan untuk berlari, memanjat pokok,
menyalakan mentol, menunggang basikal, dan mendayung sampan.
Semua hidupan (living things) memerlukan tenaga bagi melakukan
aktiviti harian mereka.
Manusia dan haiwan mendapatkan tenaga daripada makanan yang
diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan-haiwan lain.
Tumbuhan mendapatkan tenaga daripada makanan yang dihasilkan
semasa proses fotosintesis (photosynthesis).
Tenaga diukur dalam unit Joule (J).
Tenaga didapati dalam pelbagai bentuk:
1. Tenaga kinetik (kinetic energy).
2. Tenaga keupayaan (potential energy).
3. Tenaga Haba (heat energy).
4. Tenaga cahaya (light energy).
5. Tenaga bunyi (sound energy).
6. Tenaga kimia (chemical energy).
7. Tenaga elektrik (electrical energy).
8. Tenaga nuklear (nuclear energy).

Tenaga Kinetik
Tenaga kinetik (kinetic ebergy) adalah tenaga
yang dimiliki (possessed) oleh jasad yang bergerak (moving body).
Tenaga kinetik sesuatu objek adalah bergantung kepada jisim (mass)
dan halaju (velocity).
Tenaga kinetik akan meningkat (increase) jika:
1. Jisim sesuatu objek itu bertambah.
2. Halaju sesuatu objek itu meningkat
Tenaga kinetik bagi sesuatu objek pegun (stationary)
adalah sifar (zero).
Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik:
Sistem aliran.
Gerakan jarum jam.
Angin.
Guli yang bergolek.
Kipas yang berputar.
Kenderaan yang bergerak.
Kegunaan tenaga kinetik
1. Angin adalah berguna untuk mengubah gerakan/layar sesebuah
kincir angin (windmill).
2. Air yang mengalir boleh digunakan untuk mengangkut kayu
balak (timber logs) di dalam industri pembalakan (timber
industry).
3. Jarum jam yang bergerak dengan setiap tandaan (saat/minit/jam)
membolehkan kita untuk mengetahui masa/waktu pada bila-bila
masa sahaja.
4. Air sungai yang mengalir deras (swift flowing) boleh digunakan
untuk menjana kuasa elektrik (generate electrical power).

Tenaga Keupayaan
Tenaga keupayaan (potential energy) adalah tenaga yang tersimpan di
dalam badan/jasad kerana kedudukannya (tenaga keupayaan graviti)
atau keadaan fizikalnya (tenaga keupayaan elastik).
Tenaga keupayaan sesuatu objek bergantung kepada:
1. Jisim (mass) objek.
2. Jarak (distance) objek dari permukaan bumi.
3. Kuasa tarikan graviti (power of the gravitational) ke atas objek itu.
Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek meningkat jika:
Jisim objek bertambah.
Semakin tinggi jarak objek dari permukaan tanah.
Daya tarikan graviti pada objek bertambah.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek yang berada betul-betul


di atas permukaan Bumi adalah sifar(zero). Sesuatu objek yang
sedang jatuh boleh mendapat tenaga kinetik (kinetic energy) dan
kehilangan tenaga keupayaan.
Sebaliknya, sesuatu objek yang dilemparkan ke atas boleh mendapat
tenaga keupayaan dan kehilangan tenaga kinetik.
Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan graviti:
Buah kelapa yang tergantung di atas pokok.
Seorang penyelam/penerjun berdiri di atas papan anjal.
Buku-buku yang terletal di atas rak dinding.
Kipas yang tergantung pada siling (ceiling).
Kegunaan tenaga keupayaan graviti (gravitational potential energy):
Seorang penyelam/penerjun boleh terjun menjunam ke dalam air
dari papan menyelam/anjal.Penerjun di papan anjal ini memiliki
tenaga keupayaan kerana kedudukannya yang tinggi dari
permukaan bumi.
Kanak-kanak boleh meluncur dengan mudah menuruni papan
gelongsor.

Air di empangan boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik


di stesen hidroelektrik.
Tenaga keupayaan elastik (elastic potential energy) hanya wujud
dalam bahan-bahan yang kenyal sahaja, seperti spring atau getah.
Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan elastik:
Segulung spring kereta mainan.
Gelang/gelung getah yang diregangkan.
Spring yang dimampatkan.
Kegunaan tenaga keupayaan elastik:
Tenaga keupayaan yang tersimpan di dalam spring sebuah
kereta mainan boleh membuatkan kereta tersebut bergerak.
Spring digunakan untuk menggoncang/menghayun buaian
(cradle). Spring yang diregangkan dan dimampatkan boleh
menghasilkan pergerakan yang berterusan (continous).
Gelung getah (rubber band) yang diregangkan boleh mengikat
barangan dengan ketat.
Tali getah lastik (catapult) boleh melontarkan batu apabila
ditarik dan dilepaskan.
Anak panah bergerak ke arah sasarannya apabila dilepaskan dari
busur pemanah (the archer's bow). Contoh tenaga keupayaan
elastik yang terdapat di dalam spring kereta.

Tenaga Haba
Tenaga haba (heat energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam
objek panas (hot object).
Tenaga haba sesuatu badan/jasad adalah bergantung kepada suhu
(temperature) dan isipadu (volume) badan/jasad tersebut.
Tenaga haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk oleh
konduksi (conduction), perolakan (convection) dan sinaran/radiasi
(radiation).
Kulit manusia memantau haba melalui reseptor deria panas (hot
sensory receptor).
Contoh-contoh sumber tenaga haba:
Api.
Matahari.
Kolam air panas.
Air yang mendidih.
Pemanas elektrik.
Badan manusia dan haiwan.
Kegunaan tenaga haba:
Haba daripada pembakaran bahan api digunakan untuk
menukarkan air (water) kepada stim (steam). Stim tersebut
kemudiannya digunakan untuk mengendalikan (operate) enjin
stim.
Untuk memanaskan air dan memasak makanan.
Untuk membuat unggun api (bonfire) bagi memanaskan badan.
Untuk menghasilkan garam melalui proses penyejatan
(evaporation) air laut di bawah matahari.
Untuk mengeringkan pakaian yang basah.

Tenaga Cahaya
Tenaga cahaya (light energy) adalah tenaga yang dihasilkan oleh
objek yang memancarkan cahaya.
Tenaga cahaya boleh dikesan oleh mata (eye). Tanpa cahaya, mata
tidak dapat melihat objek sekeliling.
Tenaga cahaya boleh bergerak didalam vakum (vacuum) dan didalam
satu garis lurus dalam bentuk gelombang (in the form of waves).
Objek bercahaya (luminous object) merupakan suatu objek yang
mengeluarkan tenaga cahayanya tersendiri (gives out its own light
energy). Contohnya, bintang dan matahari.
Objek tidak bercahaya (non-luminous object) merupakan suatu objek
yang tidak dapat menghasilkan tenaga cahaya sendiri tetapi ia hanya
boleh memantulkan (reflect) cahaya. Contohnya, cermin (mirror) dan
logam (metal).
Sumber-sumber tenaga cahaya:
Matahari.
Api.
Kilat.
Lampu / mentol.
Kegunaan tenaga cahaya:
Membolehkan mata melihat dalam keadaan gelap (dark).
Membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan
proses fotosintesis (photosynthesis).
Membekalkan tenaga kepada sel-sel solar.
Menayangkan filem.

Tenaga Bunyi
Tenaga bunyi (sound energy) tenaga yang dihasilkan oleh objek yang
bergetar (vibrating object).
Sesuatu objek yang bergetar menghasilkan pergerakan yang
berulang (recurring movement). Apabila sesuatu objek bergetar,
udara disekelilingnya juga turut bergetar.
Udara yang bergetar membentuk gelombang bunyi (sound
waves).Gelombang bunyi akan didengar oleh telinga manusia sebagai
bunyi.
Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti udara, air,
dan pepejal. Ia tidak boleh dipindahkan/bergerak (travel) di dalam
vakum (vacuum).
Contoh-contoh objek yang boleh menghasilkan tenaga bunyi:
Wisel (whistle) yang ditiup.
Dram/gendang (drum) yang dipukul.
Gitar yang dipetik talinya (guitar string).
Tali biola (violin string) yang digesek (scraped).
Loceng (bell) yang dibunyikan.
Siren kereta polis.

Tenaga Kimia
Tenaga kimia (chemical energy) adalah tenaga yang tersimpan
didalam bahan-bahan kimia.
Apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia (chemical
reaction), tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan
ditukarkan kepada bentuk tenaga.
Tenaga kimia didapati pada bahan api (fuels) seperti petroleum, gas
metana, lilin, arang batu dan kayu;makanan (food) seperti beras,
daging, buah-buahan dan jagung; sel-sel
elektrokimia (electrochemical cells) seperti bateri sel kering dan
akumulator.
Semasa pembakaran (combustion), tenaga kimia yang tersimpan di
dalam bahan api akan dibebaskan dalam bentuk haba dan cahaya (heat
and light).
Dalam pengoksidaan makanan (oxidation of food), tenaga kimia yang
tersimpan di dalam makanan akan ditukarkan kepada tenaga haba
untuk memanaskan badan.
Apabila sesuatu sel kimia digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan
kepada tenaga cahaya, tenaga elektrik, tenaga haba, dan lain-lain.
Kegunaan tenaga kimia:
Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak
makanan dan mendidihkan air.
Bahan api seperti petroleum dibakar untuk
menjalankan/mengendalikan motor/enjin.
Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan
menghasilkan tenaga haba untuk memanaskan badan serta
mengawal suhu badan.

Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.

Tenaga Elektrik
Tenaga elektrik (electrical energy) ialah tenaga yang dihasilkan oleh
aliran cas elektrik (flow of electric charges).
Tenaga elektrik dibekalkan dalam bentuk kuasa elektrik, yang
kemudiannya ditukar kepada bentuk tenaga yang lain untuk
melaksanakan kerja.
Contoh-contoh tenaga elektrik:
Dinamo (dynamo).
Bateri/sel kering.
Sel solar.
Penjana-kuasa elektrik.
Kegunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian:
Untuk menyalakan lampu.
Untuk membolehkan kita menggunakan perkakas elektrik
seperti periuk nasi, cerek elektrik, dan pengekstrak jus.
Untuk memisah/mengasingkan air kepada hidrogen dan oksigen
dalam proses elektrolisis air.
Untuk mengendalikan motor dan enjin elektrik.

Tenaga Nuklear
Tenaga nuklear (nuclear energy) adalah tenaga yang tersimpan
dalamnukleus atom (nucleus of an atom).Tenaga nuklear juga
dikenali sebagai tenaga atom (atomic energy).
Contoh-contoh tindak-balas (reactions) yang menghasilkan tenaga
nuklear:
1. Pembelahan nuklear (nuclear fission)
Satu proses di mana atom yang besar dipecahkan kepada dua
atau lebih atom yang lebih kecil dan ringan, yang mana tenaga
juga dibebaskan.
2. Pelakuran nuklear (nuclear fusion)
Satu proses di mana unsur-unsur (element) yang lebih kecil dan
ringan bergabung dengan satu sama lain untuk membentuk
elemen baru dan lebih besar. Tenaga juga dibebaskan semasa
proses tersebut.
Kegunaan tenaga nuklear dalam kehidupan seharian:
Untuk menjana tenaga bagi mengendalikan mesin dan kapal
selam (submarines).
Untuk menjana tenaga elektrik, seperti di stesen-stesen kuasa
nuklear (nuclear power stations).
Untuk menghasilkan senjata seperti bom atom (atomic bomb).

Tenaga Mekanikal
Tenaga mekanikal (mechanical energy) dihasilkan apabila
sesuatu mesin atau objek berubah kedudukannya.
Tenaga mekanikal juga dikenali sebagai tenaga gerakan (energy of
motion).
Tenaga mekanikal terdiri daripada tenaga kinetik (kinetic energy)
dan tenaga keupayaan (potential energy).
Contoh-contoh tenaga mekanikal:
Sebiji bola yang dilontar ke udara/atas.
Ayunan bandul ringkas (simple pendulum swinging)
Pergerakan gergaji yang sedang digunakan.
Menunggang basikal.
Kegunaan tenaga mekanikal:
Menunggang basikal.
Permainan yo yo.
Permainan buaian.

Tenaga Solar
Tenaga solar (solar energy) adalah tenaga yang dihasilkan semasa
proses pelakuran nuklear (nuclear fusion) di dalam teras matahari
(sun's core).
Hampir kesemua tenaga yang wujud adalah berasal daripada
matahari.
Kegunaan tenaga solar:
Untuk membolehkan sel-sel solar menjana tenaga elektrik.
Untuk membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau menjalankan
proses fotosintesis (photosynthesis).
Untuk membolehkan air menyejat (evaporate) dan kemudiannya
membentuk awan.
Untuk mengeringkan pakaian.

Anda mungkin juga menyukai