Anda di halaman 1dari 17

SISTEM PENEMPAHAN KENDERAAN UTM DAN MAKLUMAN BERASASKAN

SISTEM PESANAN RINGKAS

MOHD FAIRUS BIN RAMLAN

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER)

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT

4 MEI 2009

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya


menyiapkan Projek Sarjana Muda saya dengan cemerlang. Pertamanya saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada penyelia saya, Dr Mohd
Murtadha Bin Mohamad yang telah menemani dan memberi nasihat dan bimbingan
sepanjang saya melaksanakan projek saya, bermula dari Projek Sarjana Muda I. Terima
kasih juga kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyertai peringkat
saringan Projek Sarjana Muda Terbaik.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Mohd


Aizek Bin Zulkifli kerana sudi berkongsi sumber format kertas kerja Program Lawatan
Budaya, dan juga kepada Saudara Mohd Faez Bin Mohd Abu Bakar sebagai mantan
presiden JKM Kolej 10 yang telah sudi memberi penerangan mengenai prosedur
penempahan kenderaan UTM.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua pensyarah yang telah terlibat secara langsung atau secara tidak
langsung di dalam menjayakan projek ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada ibu dan bapa saya yang telah banyak
memberi kata-kata semangat untuk saya meneruskan pengajian dengan jayanya, dan
juga sahabat handai dan rakan seperjuangan yang telah sama-sama berkongsi idea dan
pandangan ketika susah dan senang. Segala bantuan anda semua amat saya hargai dan
disemat ke dalam hati.

ABSTRAK

Sistem Penempahan Kenderaan UTM dan Makluman Berasaskan SMS


dibangunkan untuk menyelesaikan masalah utama yang telah lama bertapak di Pejabat
Harta Bina UTM iaitu, kelewatan pemprosesan permohonan dan juga prosedur yang
ketat dan tidak efisien. Tujuan utama sistem ini dibangunkan adalah untuk
mempercepatkan proses permohonan tempahan kenderaan UTM dengan menggunakan
sistem berasaskan web dan menggunakan teknologi Sistem Pesanan Ringkas, sekaligus
mengurangkan kadar kelewatan dan kerenah birokrasi dengan menjadikan segala
prosedur penempahan di atas talian. Jika sebelum ini segala proses penempahan
mengambil masa dua minggu dari permulaan pembentangan kertas kerja sehinggalah ke
pengagihan pemandu dan kenderaan, dengan adanya sistem ini kelak ia mampu
memendekkan masa pemprosesan ke hanya dua atau tiga hari sahaja. Tambahan lagi,
sistem ini bukan sahaja sebuah sistem penempahan, tetapi juga adalah sebuah sistem
pengurusan penganjuran program dan juga sistem pengurusan keluar masuk pemandu
dan kenderaan. Pembangunan sistem ini menggunakan persekitaran pembangunan
Microsoft Visual Studio .NET 2005 dan pangkalan data Microsoft SQL Server 2000.

KANDUNGAN

BAB

II

PERKARA

MUKA

ABSTRAK

ABSTRACT

ii

KANDUNGAN

iii

SENARAI JADUAL

viii

SENARAI RAJAH

ix

DAFTAR SINGKATAN

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Matlamat

1.4 Objektif Sistem

1.5 Skop Sistem

1.6 Justifikasi / Kepentingan

1.7 Rumusan

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.2 Pengenalan Kepada Unit Perkhidmatan Aset, Harta Bina

2.3 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada

2.4 Cadangan Penyelesaian

2.5 Kajian Terhadap Teknologi Yang Digunakan

10

2.5.1 Kajian Terhadap Internet Sebagai Medium Utama

10

2.5.1.1 WWW (World Wide Web)

10

2.5.1.2 HTTP (Hypertext Transfer Protocol)

11

2.5.1.3 HTML (Hypertext Markup Language)

11

2.5.1.4 URL (Uniform Resource Locator)

12

2.5.2

12

Kajian Terhadap Sistem SMS

2.6 Perisian Yang Digunakan

III

14

2.6.1 Pangkalan Data MySQL

14

2.6.2 Microsoft Visual Studio .NET 2005

15

2.6.3 Modem Fastrack Wavecom

15

2.7 Justifikasi Pemilihan Teknik / Teknologi

15

2.8 Rumusan

16

METODOLOGI PROJEK

17

3.1 Pengenalan

17

3.2 Metodologi Projek dan Pembangunan Sistem

18

3.2.1 Kajian Ketersauran

20

3.2.2 Mengenalpasti Keperluan Sistem

21

3.2.3 Pembangunan Prototaip

23

3.2.4 Pengujian dan Penilaian

24

3.2.5 Dokumentasi Keperluan

24

3.2.6 Pembangunan Sistem Sebenar

25

3.3 Kaedah
3.3.1 UML (Unified Modelling Language)
3.4 Teknik

25
26
28

3.4.1 Rajah Kes Guna (Use Case Diagram)

28

3.4.2 Rajah Jujukan (Sequence Diagram)

28

3.5 Perancangan Projek

29

3.5.1 Projek Sarjana Muda I

29

3.5.2 Projek Sarjana Muda II

29

3.6 Rumusan

30

IV

ANALISA

REKABENTUK

DAN

PEMBANGUNAN

31

SISTEM
4.1 Pengenalan

31

4.2 Rekabentuk Struktur Halaman Sistem

32

4.3 Penerangan Sistem Melalui Rajah Kes Guna

35

4.3.1 Kes Guna Bagi Pentadbir Sistem

35

4.3.2 Kes Guna Bagi Kakitangan Hal Ehwal Pelajar

37

4.3.3 Kes Guna Bagi Kakitangan Harta Bina

38

4.3.4 Kes Guna Bagi Pengetua Kolej

40

4.3.5 Kes Guna Bagi Pemohon

41

4.4 Penerangan Aliran Sistem Melalui Rajah Jujukan

43

4.4.1 Jujukan Daftar Pemohon

43

4.4.2 Jujukan Log Masuk Pengguna

44

4.4.3 Jujukan Permohonan Penganjuran Program

44

4.4.4 Jujukan Pengesahan Pegawai Berkuasa

45

4.4.5 Jujukan Penerimaan Pejabat Harta Bina

46

4.5 Rekabentuk Pangkalan Data

47

4.6 Rumusan

47

PELAKSANAAN DAN HASIL

48

5.1 Pendahuluan

48

5.2 Fasa Pelaksanaan

48

5.2.1 Implimentasi Untuk Fungsi Login


5.2.1.1 Log Masuk Pengguna Sistem
5.2.2 Implimentasi Bagi Modul Pemohon

49
49
50

5.2.2.1 Membuat Permohonan

50

5.2.2.2 Makluman SMS Kepada HEP/Pengetua

51

Kolej
5.2.3 Implimentasi Bagi Modul Hal Ehwal Pelajar (HEP)
5.2.3.1 Lihat Semua Permohonan

52
52

5.2.3.2 Urus Permohonan

53

5.2.3.3 Makluman SMS Kepada Harta Bina

53

5.2.4 Implimentasi Bagi Modul Pengetua


5.2.4.1 Lihat Semua Permohonan

54

5.2.4.2 Urus Permohonan

55

5.2.4.3 Makluman SMS

55

5.2.5 Implimentasi Bagi Modul Pejabat Harta Bina

55

5.2.5.1 Lihat Semua Permohonan

56

5.2.5.2 Urus Permohonan

56

5.2.5.3 Makluman SMS

57

5.2.6 Implimentasi Bagi Modul Pentadbir Sistem

58

5.2.6.1 Kemaskini Kenderaan

59

5.2.6.2 Kemaskini Pemandu

59

5.3 Proses Pengujian


5.3.1 Pengujian Kotak Hitam

VI

54

60
61

5.4 Hasil

67

5.5 Rumusan

67

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

68

6.1 Pengenalan

68

6.2 Hasil dan Pencapaian

69

6.3 Kelebihan Sistem

70

6.4 Kelemahan Sistem

71

6.5 Cadangan Penambahbaikan

71

6.6 Rumusan

72

RUJUKAN

74

LAMPIRAN A

76

LAMPIRAN B

80

LAMPIRAN C

87

LAMPIRAN D

93

LAMPIRAN E

98

LAMPIRAN F

105

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Teknologi mengubah dunia. Itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan


betapa teknologi mampu membawa kemajuan dan perubahan kepada manusia sejagat.
Kepesatan pembangunan teknologi terutama teknologi berasaskan Information
Technology (IT) amat mempengaruhi senario global dunia masa kini. Kerja-kerja atau
tugas-tugas yang dahulunya difikirkan mustahil kini mampu diselesaikan dengan mudah,
hanya di hujung jari. Perkembangan penggunaan komputer telah mengubah mata
mayarakat dunia terhadap penyelesaian kepada kompleksiti sesuatu tugas. Ini
dirancakkan lagi dengan kehadiran sistem yang berasaskan web, yang menggunakan
teknologi internet yang memudahkan lagi urusan dilakukan secara global tanpa sebarang
hubungan fizikal.

Seiring dengan teknologi internet, muncul pula satu lagi teknologi iaitu rangkaian
tanpa wayar yang telah menjadi asas utama kepada perhubungan manusia seluruh dunia.
Output utama yang didapati dari rangkaian tanpa wayar ini dieksploitasi dengan begitu

meluas di merata dunia, tidak kira samada di dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan
juga teknologi. Dari sini lahirlah pula sistem komputer yang menggunakan khidmat
rangkaian tanpa wayar yang berjaya menghubungkan sebuah sistem dengan modul GSM
untuk mencapai mana-mana klien pada bila-bila masa sahaja.

Berlandaskan kemajuan teknologi masa kini dan juga masalah yang berbangkit,
suatu sistem yang dinamakan Sistem Penempahan Kenderaan UTM dan Makluman
Berasaskan SMS akan dibangunkan. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan proses
pengurusan tempahan kenderaan di Unit Perkhidmatan Aset, Pejabat Harta Bina (PHB),
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Antara kelebihan sistem ini
adalah seperti kebolehan mengatasi kekangan jarak, lokasi dan masa, mudah serta
antaramuka yang baik. Selain daripada itu, ianya juga dapat memberi kemudahankemudahan seperti pengantara dan penghantar bagi maklumat-maklumat tempahan,
membekalkan proses pengagihan maklumat dengan lebih selamat dan sebagainya.

1.2

Pernyataan Masalah

Penyelesaian datangnya dari masalah yang berbangkit. Dari masalah yang


berbangkit, lahirlah pula idea-idea dan perancangan untuk menyelesaikan masalah.
Sistem yang dibangunkan ini dapat menyelesaikan masalah-masalah yang terdapat di
dalam proses penempahan kenderaan dan juga memperbaiki kelemahan dan kekangan
yang telah dikenal pasti wujud di dalam penggunaan sistem sedia ada.

Sistem sedia ada yang digunakan di Unit Perkhidmatan Aset, PHB UTM adalah
kurang efisien dan kurang ramah pengguna. Untuk menjadikan sistem kerja di PHB
lebih konsisten dan cekap, maka perlunya sistem kerja di PHB dinaik taraf dengan
menyerapkan teknologi terkini seiring dengan wawasan universiti untuk menjadi
universiti kelas dunia.

Langkah pertama di dalam pembangunan sistem ini ialah untuk menganalisa


sistem yang sedia ada yang digunakan di PHB. Setelah menganalisa sistem yang sedia
ada, maka barulah satu persatu masalah yang dihadapi itu timbul. Dari masalah yang
timbul, maka proses analisa masalah bermula dari situ, dapatlah dicambah idea dan
perancangan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Hanya dengan cara ini,
dapatlah pembangun sistem mengenalpasti apa yang sebenarnya dikehendaki oleh
pengguna hasil dari pengkajian masalah dan penyiasatan penyelesaian yang wujud.

Secara umumnya, sistem sedia ada yang digunakan di dalam proses penempahan
kenderaan di PHB adalah secara manual. Proses penempahan tradisional ini melibatkan
proses-proses yang memerlukan tenaga kerja manusia dan pengurusan masa yang
konsisten, yang menyebabkan sering berlaku kelewatan di dalam penempahan
kenderaan. Tambahan pula, untuk memohon menempah kenderaan UTM memerlukan
pengesahan dari segenap pihak yang tertentu seperti Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP),
Pengetua Kolej, Dekan Fakulti (bagi program fakulti), dan juga sudah tentulah PHB
sendiri. Maka dengan segala permasalahan yang timbul, hipotesis awal yang dapat
disimpulkan adalah sistem yang akan dibangunkan kelak mampu melicinkan perjalanan
kerja proses penempahan kenderaan ini nanti.

Sistem penempahan sedia ada banyak menggunakan dan menyimpan data


permohonan dan data sulit kenderaan PHB di dalam dokumen-dokumen fizikal. Kaedah
penyimpanan dan pengurusan data seperti ini membuka lebih banyak ruang untuk risiko
kejadian yang tidak diingini seperti bencana alam, kelalaian manusia mahupun kecurian
data. Diharap dengan adanya sistem ini kelak mampu menjadikan pengurusan dan
penyimpanan data lebih selamat dan konsisten serta mudah dicapai semula sekiranya
perlu.

1.3

Matlamat

Matlamat utama projek ini adalah untuk membangunkan sistem berkomputer


menggunakan teknologi SMS yang dikenali sebagai Sistem Penempahan Kenderaan
UTM dan Makluman Berasaskan SMS yang akan memberi kemudahan kepada
pengguna untuk membuat tempahan kenderaan secara atas talian dan meminta
pengesahan kelulusan dari pihak berwajib dengan menggunakan aplikasi teknologi tanpa
wayar SMS. Ini seterusnya dapat mengurangkan penggunaan kertas kerja dan juga
mengurangkan

tempoh

pemprosesan

sesuatu

permohonan

dan

mengurangkan

penggunaan masa dan tenaga kerja.

1.4

Objektif Sistem

Terdapat beberapa objektif bagi projek ini yang telah dikenal pasti bagi
memastikan ianya dapat dipenuhi dengan sebaiknya iaitu:

i)

Mengkaji masalah yang sedang dihadapi dengan sistem sedia ada dan
mengenalpasti keberkesanan proses pengurusan tempahan kenderaan
dengan menukar sistem manual terdahulu kepada sistem berkomputer

ii)

Merancang dan merekabentuk aliran program dan struktur fizikal teknikal


sistem yang dibangunkan ini.

iii)

Mengimplimentasi teknologi SMS di dalam sistem ini dan seterusnya


mengimplimentasi program ini ke dunia sebenar.

1.5

Skop Sistem

Penentuan skop adalah penting dalam pembangunan sesuatu sistem, kerana ia


akan menentukan formaliti program dan juga saiz dan kerumitan (kompleksiti) sesuatu
program. Antara skop bagi sistem ini yang telah dikenal pasti ialah:

i)

Sistem ini hanya menguruskan tempahan bas yang dimiliki oleh Unit
Perkhidmatan Aset, PHB UTM, Skudai sahaja.

ii)

Sistem ini akan memberi penekanan kepada empat modul sahaja iaitu
modul pelajar, modul Pejabat HEP untuk kegunaan Pejabat Hal Ehwal
Pelajar, modul Pengetua Kolej untuk kegunaan pengetua kolej dan modul
pentadbir, untuk pentadbir sistem melakukan kerja-kerja penyelenggaraan
sistem dan juga modul untuk PHB.

iii)

Aplikasi ini hanya untuk kegunaan tempahan kenderaan UTM bagi


kegunaan program kolej-kolej kediaman dan fakulti di dalam UTM
sahaja.

iv)

Aplikasi ini dibangunkan dan dilarikan dalam persekitaran Windows


sahaja.

v)

Sasaran pengguna sistem ini adalah pelajar kolej, pengetua kolej,


kakitangan Pejabat HEP, dan kakitangan PHB.

vi)

Modul SMS yang dibangunkan adalah untuk kegunaan makluman sahaja.


Modul ini tidak digunakan sebagai ejen perhubungan dua hala, mahupun
sebagai ejen kelulusan, kerana faktor prosedur.

1.6

Justifikasi / Kepentingan

Sistem

Penempahan

Kenderaan

UTM

ini dibangunkan

adalah

untuk

memudahkan proses penempahan kenderaan di Unit Perkhidmatan Aset, PHB UTM


oleh pelajar, pengetua kolej, Pejabat HEP dan juga PHB UTM. Sistem ini, dengan
hadirnya kelak dapatlah mengatasi kekangan masa, lokasi dan jarak, serta
mengurangkan penggunaan tenaga kerja dan masa. Selain itu ia dapat mempercepatkan
pemprosesan permohonan tempahan kenderaan.

1.7

Rumusan

Dapatlah dirumuskan di sini bahawa setiap perincian masalah yang telah


dinyatakan adalah bertepatan dan logik dengan objektif dan matlamat yang telah
ditetapkan. Pengurusan tempahan kenderaan di PHB semestinya memerlukan sebuah
sistem yang cekap bukan sahaja untuk mengendalikan penempahan kenderaan, tetapi
juga pengurusan kelulusan permohonan dan juga rekod pemandu dan kenderaan.

Bab yang seterusnya akan membincangkan mengenai kajian literatur yang akan
menerangkan mengenai semua sistem dan kaedah yang berkaitan dengan pembangunan
sistem ini.

Anda mungkin juga menyukai