Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan bahawa pencemaran adalah
suatu perbuatan yang mencemarkan(mengotorkan),pengotoran alam ,perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.jika kita lihat tajuk
ini,ianya merupakan salah satu tajuk yang luas dan banyak aspek boleh dibincangkan
Tetapi jiki kita renung dengan sedalam-dalamnya ;kita dapat lihat satu perkara yang
perlu diambil kira adalah pada perkataan memerlukan penelitian bersama yang
membawa maksud isu pencemaran alam sekitar merupakan isu global,maka perlu
dibincangkan,difikirkan dan ditangani bersama-sama agar tidak bertambah
kritikal.Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah diatas?Cara kita
menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri
terhadap alam sekitar.Ianya mendedahkan cara hidup kita;adakah kita dapat
membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya.
Langkah pertama,perlu dijalankan melalui peringkat antarabangsa.Di peringkat
antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO(Pertubuhan Kesihatan Sedunia)
dan Greenpeace telah ditubuhkan bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar
yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini ibarat cendawan tumbuh selepas
hujan.Kedua-dua pertubuhan ini berfungsi sebagai pengawas pencemaran.WHO
memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan
peraturan mengenai alam sekitar .melalui pertubuhan Greenpeace pula,ia bertindak
memberi maklumat kepada masyarakat mengenai masalah pencemaran alam sekitar
yang terjadi di dunia dan menjalankan aktiviti menunjuk perasaan jika berlaku sesuatu
pencemaran alam sekitar.Perkara ini dapat menyedarkan orang ramai agar prihatin
terhadap alam sekitar.
Seterusnya ,semua negara yang mengalami masalah pencemaran alam sekitar haruslah
bekerjasama menangani isu pencemaran ini.contohnya negara negara berpantai
saling bekerjasama antara satu sama lain untuk mengatasi pencemaran alam
sekitar.Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu malaysia
,indonesia dan thailand yang mana bertujuan untuk menjaga kepentingan
bersama.Seperti mana,kejadian yang berlaku pada 6 januari 1967,memaksa negaranegara berpantai mengambil satu tindakan yang positif dan tegas terhadap kapal tangki
minyak
jepun
dikenali
sebagai
Torry
conyon
yang
terlibat
dalam
perlanggaran.akibatnya berlaku pertumpahan minyak dan memerlukan kos yang tinggi

untuk membersihkannya.kos yana diperlukan ialah 16 juta dollar.Justeru itu,malaysia


dan indonesia melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan dan menubuhkan
Rancangan Kontigensi Kebangsaan bagi mengawal pertumpahan minyak yang telah
diadakan oleh Jabatan Alam Sekitar.Objektifnya untuk membolehkan satu tindakan
serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak di perairan malaysia.
Langkah yang kedua pula oleh pihak pemerintah yang nemainkan peranan penting
dalam mencorakkan negara itu sendiri.Bagi memupuk kesedaran dan membentuk
masyarakat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar dalam kalangan rakyat,cara
tang terbaik ialah melalui pendidikan.Pendidikan alam sekitar ini perlu kerana dapat
membentuk sikap positif dalam diri terhadap alam sekitar.Pendidikan alam sekitar
perlu diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah(KBSR).Selain itu,pada peringkat menengah pula perlu diterapkan
melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),khususnya dalam
matapelajaran sains seperti Biologi.Peringkat ketiga dan terakhir ialah di pusat
pengajian tinggi yang mana mewajibkan mahasiswi dan mahasiswa menyertai kursus
Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.Dengan adanya kesedaran pada seseorang
individu ,mereka akan sedar betapa pentingnya kualiti alam sekitar dan masalah yang
mungkin timbul akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam
sekitar.
Langkah seterusnya melalui kempen melindungi alam sekitar seperti kempen cintailah
sungai kita,kempen kitar semula,sahabat alam dan sebagainya.penyertaan sesuatu
kempen perlu digalakkan dan dapat memberi kesan yang mendalam terhadap pesertapesertanya.Melalui kempen peserta akan diajar tantang pentingnya menjaga alam
sekitar,cara menguruskan sisa buangan dan menggalakan pengguna mengitar semula
bahan yang boleh dikitar semula.secara tidak langsung , peserta akan belajar untuk
berjimat cermat.Sehubungan itu melalui pameran ,pertandingan kuiz mengenai alam
sekitar perlu dipergiatkan bagi memupuk minat orang ramai mencintai alam
sekitar.pameran boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat awam seperti
perpustakaan awam.pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar,sebabsebab pencemaran ,kesan-kesannya dan tindakan bijak untuk mengurangkan kadar
pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta,poster,pita video dan slaid-slaid boleh
ditayangkan.Hal ini dapat meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk
melindungi alam sekitar.

Pihak kerajaan juga perlu memperketatkan undang-undang bagi melindungi alam


sekitar.Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam sekitar patut dipertingkatkan.selain
itu,para pengusaha kilang diwajib mendapatkan nasihat daripada Jabatab Alam Sekitar
sebelum memulakan sesuatu operasi perindustrian dijalankan.Bagi pengguna
pula,perlu
bijak
memilih
barangan
yang
kurang
mendatangkan
pencemaran.contohnya,kita sepatut memilih racun serangga dalam tin aerosol yang
tidak mengandungi CFC.pihak kerajaan juga harus bekerjasama denganmedia massa
kerana media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna.Pendedahan tentang isu pencemaran boleh dibuat melalui majalah
,akhbar,televisyen,radio,dan
sebagainya.Disamping
itu,pihak
kerajaan
harus
menggalakkan penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam
sekitar.sebagai contohnya,tanpa teknologi moden ,sisa pepejal seperti surat khabar
lama,majalah lama,kertas,kain,bahan plastik dan kaca tidak dapat dikitar semula.

Anda mungkin juga menyukai