Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan
Pada zaman kini tugas seorang guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai
mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu
pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru
dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka
menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara.
Antara tugas lain seorang guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat
dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada muridmurid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi
contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), mendefinisikan guru sebagai orang yg
mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh yang telah mendapat latihan di maktab perguruan
dengan latihan keguruan. Maka tidak hairanlah seorang guru merupakan sumber atau agen
yang menyampaikan maklumat secara efektif atau sebaliknya turut mempengaruhi
keberkesanan pencapaian matlamat dalam bidang pendidikan. Tugas guru bukan sekadar
menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, malahan tingkah laku dan amalan baik
mereka akan sentiasa menjadi ikutan dan rujukan oleh semua pihak.
Oleh itu, seorang guru perlulah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal bagi
menghadapi cabaran dan isu keguruan yang sememangnya tidak asing lagi di dalam dunia
pendidikan. Hal ini mendidik murid abad 21 menjadi seorang manusia berguna bukanlah
tugas yang mudah kerana guru tidak mempunyai kuasa sepenuhnya semasa mendidik
kerana terikat dengan akta. Selain itu, masyarakat luar juga sering mempertikaikan
kemampuan serta kebenaran guru masa kini dalam mendidik anak mereka setelah
mendengar banyak isu yang melibatkan guru.
Kesimpulannya, bidang pendidikan merupakan salah satu pelaburan terpenting bagi
sesbuah negara, dan gurulah pemangkin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan
segala hasrat kerajaan tercapai. Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada
msyarakat seterusnya memacu negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

2.0 Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid


2.1 Definisi dan Punca Gangguan Emosi
Secara umumnya, gangguan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang
menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Gangguan ini berlaku sama ada
emosi yang dialami terlalu kuat misalnya terlalu sedih ataupun tidak ada emosi di dalam diri
misalnya tidak berasa bahagia atau emosi menimbulkan konflik. Menurut Noriati A, rashid
et.al (2010), gangguan emosi berlaku apabila seseorang itu mengalami emosi seperti
depresi atau kecemasan, tidak mampu menunjukkan kasih sayang, sayang serta penolakan,
sukar berhubung dengan orang lain dan mempunyai dua atau lebih emosi. Menurut
Achmanto Mendaty (2007) pula gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut
dan cemas. Takut menjadi reaksi terhadap situasi yang berbahaya dan cemas sebagai
bayangan daripada perasaan takut.
Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang
diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil.
Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang
murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan.
Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada
murid-murid.
Menurut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan
emosi dalam kalangan kanak-kanak. Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca
daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin
berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan
kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Masalah keluarga yang berlakau
dikatakan satu punca terbesar terhadap gangguan emosi seorang murid. Begitu juga
dengan rakan sebaya atau persekitaran turut menjadi punca murid-murid bertingkah laku
agresif.
Oleh itu, murid sering mendatangkan masalah seperti tidak suka berhubung dengan
orang lain, mempunyai kesukaran untuk bekerjasama dalam kumpulan dan tidak berani
menyuarakan pendapat. Guru sering kali berhadapan dengan murid yang mempunyai
masalah ini semasa proses pengajaran dan pelajaran di dalam bilik darjah akan menganggu
tumpuan murid lain yang hendak belajar.

2.2 Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid


Seorang guru yang bertanggungjawab tidak akan membiarkan muridnya mengalami
gangguan emosi berpanjangan kerana masalah ini akan memberikan kesan negatif kepada
prestasi akademik dan hubungan dengan orang lain. Berikut merupakan jalan penyelesaian
yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu murid mengatasi gangguan emosi yang
dialami olehnya dengan lebih efektif.
Selain itu, pengaruh ibu bapa dalam membentuk tingkah laku dan personaliti murid
boleh ditentukan dengan cara didikan semenjak dari kecil lagi. Ibu bapa seharusnya boleh
memainkan pelbagai peranan dalam membentuk disiplin dan peribadi anak-anak. Peranan
berkesan yang sepatutnya dimainkan oleh ibu bapa di rumah adalah dengan melakukan
sesuatu yang positif untuk keharmonian kekeluargaan. Ibu bapa seharusnya dapat
mengimbangi peranan mereka samada di rumah, tempat kerja, dan dalam masyarakat.
Keseimbangan ini amat perlu supaya segala tekanan akan dapat diatasi. Ini penting kerana
hubungan antara tingkah laku dan personaliti anak-anak adalah dipengaruhi oleh cara
didikan ibu bapa mereka.
Pertama, guru mata pelajaran boleh membuat aktiviti kumpulan yang memerlukan
penglibatan serta kerjasama oleh semua murid. Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang
kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Semasa menjalankan
aktiviti ini setiap murid boleh diberikan token sebagai tanda penghargaan terhadap murid
yang berani. Apabila melihat rakannya mendapat token tersebut maka sudah tentu murid
yang bermasalah ini akan berusaha untuk memperbaiki dirinya untuk mendapatkan pujian
serta token yang diberikan. Berdasarkan pengalaman saya menjalankan praktikum di
sekolah saya mendapati bahawa aktiviti kumpulan dan sistem ganjaran amatlah berkesan.
Secara tidak langsung juga kemahiran sosial mereka dapat dipertingkatkan kerana
kemahiran ini membantu mempertingkatkan kualiti persahabatan, sikap keterbukaan dan
belajar cara menghormati perasaan orang lain serta dirinya agar tidak menimbulkan
masalah yang boleh menganggu emosi.
Kedua, guru bertindak sebagai kaunselor murid untuk mengawal emosi pada
peringkat awal. Dalam erti kata lain guru mata pelajaran atau guru kelas boleh menasihati
serta membantu murid mengawal emosi sebelum menjadi masalah gangguan emosi yang
memerlukan murid mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling daripada guru
kaunseling sekolah atau agensi kaunseling luar. Guru perlu menggerakkan keinginan murid
untuk melibatkan diri dalam aktiviti interaksi dua hala yang amat diperlukan dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid yang berasa terpinggir ketika dalam
kelas. Jika emosi murid tidak terganggu serta terkawal maka kedua-dua pihak iaitu guru
3

dan murid berpeluang berbual-bual tentang perasaan mereka sekaligus memudahkan lagi
penerimaan terhadap proses pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, kelancaran proses
pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk mengawal emosi dalam bilik darjah
dapat membantu guru mewujudkan emosi yang positif dalam kalangan murid memerlukan
kemahiran, keupayaan, dan komitmen yang tinggi daripada guru itu sendiri.
Ketiga, guru boleh merujuk murid yang bermasalah ini kepada unit bimbingan dan
kaunseling kerana hasrat hati manusia adalah menjadi sebahagian daripada alam sosial
dan perasaan intelektual yang memerlukan bimbingan apabila menghadapi masalah. Murid
ini juga perlu mendapatkan bimbingan mendapat khidmat bimbingan daripada ahli psikologi,
kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah kerana gangguan emosi ini
merupakan masalah yang agak serius yang boleh menganggu prestasi serta fokus murid
dalam pembelajaran.Kerjasama daripada

ibu bapa murid yang bermasalah ini amat

diperlukan semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi,
kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Hal ini kerana ibubapa juga perlu diberi
maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Jika masalah gangguan emosi ini tidak berada di tahap yang kritikal unit bimbingan
dan kaunseling sekolah boleh menyelesaiakan masalah ini tanpa perlu merujuk murid
tersebut kepada kaunselor luar yang berpengalaman dalam bidang ini. Pihak unit bimbingan
dan kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan
sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkah laku yang positif kepada murid
yang bermasalah. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai
masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan
kemahiran

sosial,

meningkatkan

kemahiran

dalam

mengawal

tingkah

laku

dan

meningkatkan konsep kendiri murid-murid.


Keempat, guru boleh menggunakan pendekatan komunikasi yang sesuai untuk
mendekati murid yang bermasalah ini. Hal ini kerana percakapan guru dengan murid
merupakan interaksi dua hala sedang berlaku yang banyak menggunakan kaedah menyoal
untuk menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka.
Contohnya, guru menggunakan peneguhan yang positif apabila murid menunjukkan sikap
yang positif. Dendaan dikenakan apabila murid menunjukkan sikap yang negatif.
Guru juga perlu membuat pemerhatian dari semasa ke semasa untuk mengenalpasti
murid yang bermasalah seperti ini. Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah
peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru boleh

mengadakan sesi

kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru
menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang
4

lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima
murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan muridmurid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami
gangguan emosi.
Kelima, guru dan ibu bapa tidak perlu memukul murid yang mempunyai tingkah laku
yang tidak diingini seperti anak yang sering kali ponteng sekolah atau anak yang merokok.
Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak
diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu.
Kekerasan yang digunakan akan menyebabkan wujudnya perasaan perasaan benci, marah
terhadap orang yang memukulnya menyebabkan murid

tidak ada usaha

untuk

memperbaiki tingkah laku negatifnya menyebabkan dia mengalami gangguan emosi.


Perubahan emosi dalam diri murid kadang-kadang tidak disedari oleh guru dan ibu bapa.
Oleh itu, pengenalpastian perlu dilakukan oleh ibu bapa dan guru

agar memudahkan

penyelesaian bagi masalah ini.


Manakala guru pula boleh memainkan sebagai penggerak utama dalam bilik darjah
dengan mewujudkan suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru
dengan murid-muridnya. Guru juga perlu menunjukkan sifat demokratik agar dapat
mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat
dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.
Berikut kes yang pernah berlaku di negara kita yang melibatkan murid yang
mengalami gangguan emosi yang menyebabkan mereka boleh melakukan perbuatan
seperti membunuh diri. Pada tahun 2011, negara telah digemparkan dengan kematian
seorang murid lelaki berbangsa India yang dipercayai membunuh diri akibat tekanan emosi
yang dihadapinya (Utusan Malaysia, 2007). Mangsa yang merupakan seorang murid tahun
enam dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah Nibong Tebal, Pulau
Pinang dipercayai membunuh diri akibat kecewa apabila keputusan UPSR nya tidak
mendapat 4A seperti yang dijangkanya. Menurut bapa mangsa, selepas mendapat
keputusan UPSR pada 15 November 2007, mangsa kelihatan murung dan sedih kerana
tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan iaitu sekurang-kurangnya 4A. Tindakan
nekad mangsa menggantung dirinya ekoran daripada tekanan emosi yang dialami
membuatkan ahli keluarga mangsa berasa amat sedih dan terkejut.
Kesimpulannya, masalah gangguan emosi ini merupakan masalah yang serius yang
boleh mengakibatkan murid mengambil keputusan yang tidak rasional sehingga sanggup
mencederakan diri dan sebagainya.

3.0 Burnout Guru


3.1 Definisi dan Punca Burnout
Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger pada tahun 1974
yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang
terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam
erti kata lain burnout merupakan fenomena yang berlaku dalam setiap pekerjaan tidak kira
sama ada pekerjaan tersebut tergolong sebagai pekerjaan bertekanan tinggi atau tidak.
Menurut Pines dan Aronson dalam Farber (1983) burnout dicirikan sebagai kehabisan
tenaga fizikal, perasaan tidak berdaya dan tidak berharapan, keletihan emosi dan
kewujudan konsep kendiri dan silcap negatif terhadap pekerjaan, kehidupan dan orang
lain.Manakala Reddy (2007), mengatakan burnout terjadi hasil daripada gabungan kesan
faktor-faktor berkaitan kerja yang mencipta tekanan kerja yang tidak berkesudahan di mana
ia seterusnya membawa kepada keadaan psikologi yang lemah dalam individu.
Burnout ini berlaku berpunca daripada persekitaran kerja dan kerenah murid yang
pelbagai yang perlu dihadapi oleh guru setiap hari. Persekitaran kerja yang kurang kondusif
dan ditambah lagi dengan kerenah pelajar yang bermacam ragam, guru terdedah dengan
tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan. Beban kerja yang melampau

3.2 Langkah-langkah Untuk Mengatasi Burnout

Dalam Kalangan Guru dan

Keberkesanannya.
3.2.1 Tahap Pengurusan
Menurut Ali (2011), sekolah dilihat sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan
pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul
dari situasi yang tidak diduga. Punca utama yang menyumbang kepada burnout berlaku
dalam kalangan guru ialah suasana sekolah kurang kondusif, bebanan kerja, tekanan
daripada pihak pentadbir dan sebagainya. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku secara
berleluasa dalam kalangan guru maka pihak sekolah perlu mengambil langkah yang bijak
dengan mengadakan beberapa aktiviti sekolah bagi guru-guru yang boleh membantu
meringankan dan melupakan bebanan untuk seketika.
Pertama pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti perkembangan profesional guru
anjuran bersama dengan pejabat pelajaran daerah negeri. Bagi mengahargai jasa guru-guru
yang telah lama berkhidmat di sekolah ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan
pangkat bagi mereka yang benar-benar layak. Konsep guru cemerlang yang diperkenalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebagai guru yang istimewa, dedikasi dan
bermotivasi tinggi serta mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas mereka.
Guru Besar boleh mencalonkan guru yang banyak memberikan sumbangan dan rajin
bekerja untuk dicalonkan sebagai guru cemerlang bagi membalas jasa mereks tanpa pilih
kasih. Pengharagaan seperti ini amat perlu diwujudkan di setiap sekolah agar guru-guru
merasai diri mereka dihargai oleh pihak pentadbir dan masyarakat.
Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila Pengiktirafan Guru Cemerlang yang
ditawarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tanpa menunggu untuk kenaikan
pangkat secara Time-Based malah mereka boleh dinaikkan ke red yang lebih tinggi iaitu
dari DGA6 (DGA29) kepada DGA5(DGA3) telah berjaya menaikkan semangat guru untuk
berlumba-lumba menerima tawaran ini dengan menujukkan budaya kerja yang baik dan
mendapat pujian daripada guru besar. Manakala guru-guru yang tidak berpeluang menjawat
jawatan yang lebih kanan dalam bidang pentadbiran, guru-guru ini berpeluang menikmati
kenaikan pangkat secara Time-Based. Antara kelayakannya ialah dengan berkhidmat
sekurang-kurangnya 12 tahun di gred DG3(DG41) atau DGA5(DGA32) dan berada di mata
tangga maksimum.

Kedua, sebelum memperkenalkan satu dasar dalam pendidikan Pihak Kementerian


Pelajaran Malaysia perlu memikirkan kesan dan bebanan yang ditanggung oleh guru
semasa pelaksanaannya dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan
supaya beban tugas guru-guru sekolah dapat dikurangkan terutamanya yang berkaitan
dengan urusan pentadbiran. Kerja pengurusan dalam pentadbiran boleh diserahkan kepada
pegawai pengurusan sendiri. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan hasil kajian para
penyelidik yang telah mengenalpasti punca-punca utama burnout kerja guru, mereka juga
cuba mengemukakan beberapa cadangan bagi mengurangkan tekanan ini berlaku dalam
kalangan guru. Menurut Abdul Razak Din (2005) apa yang berlaku sekarang, guru-guru
diminta menjadi pakar

dalam pelbagai perkara menyebabkan mereka tidak dapat

menumpukan perhatian terhadap tugas utama mereka untuk mengajar.


Ketiga, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah haruslah menganjurkan seminar, bengkel atau kursus yang berkaitan
dengan stres kerja dan cara-cara mengatasi atau mencegahinya. Di samping itu, programprogram pengurusan stres juga boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah. Program-program
ini secara umumnya bertujuan untuk mengelakkan kemunculan situasi bekerja yang stres
atau mengurangkan kekerapan ini berlak. Pakar-pakar dalam bidang ini perlu dijemput untuk
merunding supaya segala strategi dan usaha yang dilaksanakan berkesan dan dapat
memanfaatkan guru-guru. Kebajikan guru juga perlu diutamakan guru perlu diteliti semula
oleh pihak KPM terutamanya dari segi kenaikan gaji sebagai tanda penghargaan terhadap
sumbangan setelah lama berkhidmat. Hal ini kerana gaji merupakan salah satu penyebab
guru lebih cenderung untuk beralih kepada profesion lain. Walaupun gaji guru semakin
meningkat pada masa kini, namun ia masih dianggap jauh ketinggalan jika dibandingkan
dengan profesion-profesion lain.
Keempat, persekitaran sekolah yang kondusif serta warga bersifat menyokong
dikenal pasti sebagai tempat di mana guru-guru dapat menangani tekanan kerja dengan
efektif. Sekiranya iklim sekolah yang baik secara tidak langsung ia akan mebantu guru
menangani masalah burnout lebih baik kerana seseorang yang sedang mengalami tekanan
atau burnout memerlukan sokongan daripada orang lain untuk meluahkan masalah yang
mereka alami. Pihak pentadbir terutamanya guru besar sekolah perlu berganding bahu
dengan guru-guru untuk mengurangkan stres dan menwujudkan keadaan bekerja yang
optima .Pentadbir sekolah disarankan supaya menyampaikan arahan yang jelas dan
lengkap kepada guru-guru sekolah agar konflik dan kekaburan peranan dalam kalangan
guru dapat dielakkan. Pihak ibu bapa juga harus memberi kerjasama dan sokongan yang
konsisten kepada guru dan pihak sekolah dan sentiasa prihatin terhadap perkembangan
anak mereka.
8

3.2.2 Peringkat Individu


Menurut Sapora Sipon (2007) guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan
memberi kesan negatif

terhadap interaksi antara guru dengan pelajar serta mutu

pengajaran dan pembelajaran. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk


menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan
dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan mengganggu
prestasi murid, menjejaskan kualiti pendidikan dan kepuasan kerja seseorang guru. Oleh
itu, seorang guru perlulah pandai menguruskan emosi diri sendiri walaupun sesibuk mana
dan sebanyak manapun dugaan yang terpaksa ditempuhi dalam bidang pendidikan agar
tidak meninggalkan kesan yang mendalam kepada prestasi murid dan prestasi kerjaya
seorang guru.
Pengurusan masa yang berkesan merupakan salah satu strategi yang boleh
digunakan untuk menghilangkan burnout dalam kerja Oleh itu, guru perlu bijak
membahagikan masa bersama keluarga, tanggungjawab sebagai guru, tugasan sampingan,
dan sebagainya. Tuskan (2002) dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan
Stres dan Emosi Menurut Islam mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan
individu perlu diatur mengikut kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan
secara berfasa. Dalam merancang pelaksanaan tugasan, guru perlulah bijak membahagikan
masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan masing-masing. Contohnya antara soalan
peperiksaan yang perlu disiapkan dalam tempoh seminggu dengan memasukkan markah
murid di dalam sistem yang hanya tinggal 1 hari sebelum ditutup aplikasinya, guru perlulah
mengutamakan memasukkan markah murid di dalam sistem. Matlamat setiap tugasan perlu
diukur kepentingannya agar masa yang diagihkan menjadi lebih sistematik. Jadual yang
sistematik juga perlu dirangka sebagai rujukan untuk guru menyiapkan tugasan satu persatu
agar tidak ada yang tertinggal dan boleh menyebabkan guru burnout.
Kedua, guru perlu bertindak bijak dan tegas semasa di dalam bilik darjah untuk
berhadapan dengan karenah murid yang pelbagai. Misalnya mengenakan sistem dendaan
dan ganjaran. Apabila murid menunjukkan kelakuan yang diingini maka pujian diberikan
sebaliknya murid melakukan kelakuan yang tidak diingini boleh dikenakan tindakan atau
dendaan. Jika guru berhadapan dengan masalah disiplin murid yang boleh mendatangkan
tanda-tanda burnout hendaklah bertenang, jangan gunakan kekasaran tetapi bawa
berjumpa dengan guru disiplin dan guru besar untuk dirotan. Guru juga perlu bertenang
apabila berhadapan dengan ibu bapa kerana kerjaya seorang guru sememang risikonya
tinggi kerana masyaraakat sering menunding jari terhadap kepada guru setiap kali berlaku di
sekolah tanpa usul periksa terlebih dahulu.
9

Ketiga guru perlu mengelakkan diri daripada perkara yang boleh membawa kepada
burnout. Contohnya situasi antara guru dan pentadbir, sekiranya guru merasakan bahawa
pihak pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak berdasarkan kemampuannya, maka
seharusnya daripada peringkat awal penyerahan tugas, guru perlu berterus terang dengan
pihak pentadbir dengan menyatakan setakat mana kemampuan dirinya. Guru boleh
menolak sekiranya tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah itu melangkau batas serta
kemapuan diri dan jangan ambil risiko terhadap tugasan yang tidak mapu dilakukan. Jika
guru hanya menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir, tanpa
memikirkan kemampuan dirinya, kemungkinan besar guru tersebut akan menghadapi
tekanan kerana ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang diberikan.
Hasilnya, bukan sahaja mutu tugasan kurang baik, namun dalam masa yang sama
hubungan baik antara guru dan pihak pentadbir mungkin terjejas.
Keempat, guru tidak mencampuradukkan urusan peribadi dan rasmi. Lazimnya guru
yang sudah berkeluarga akan terbawa-bawa masalah mereka sehingga ke sekolah.
Contohnya amarah kerana bergaduh dengan suami ketika di rumah berlarutan sehingga ke
bilik guru sekolah. Akibatnya, rakan sejawat yang ingin beramah mesra takut untuk menegur
dan berbincang tentang tugasan yang sepatutnya dilaksanakan bersama.Guru sepatutnya
bersikap profesional dan cuba sedaya upaya meninggalkan masalah rumahtangga di rumah
dan tidak menjejaskan prestasi dan hubungannya dengan rakan sejawat. Tekanan yang
telah sedia ada dan berpunca daripada masalah lain tidak seharusnya ditambahkan lagi
dengan menjejaskan hubungan antara rakan sejawat.
Kesimpulannya, burnout memberi banyak kesan negatif kepada guru-guru di
sekolah, antaranya ialah kepuasan kerja, keberkesanan ke atas produktiviri guru,
peningkatan ketidak hadiran guru dan pusing ganti yang tinggi serta persaraan awal guru.
Burnout juga memberi kesan kepada masalah kesihatan dan mental seseorang guru. Oleh
itu isu burnout guru ini harus dipandang serius agar dapat dikurangkan dengan mengambil
tindakan kawalan bagi mencegah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di sekolah.
Langkah awal perlu diambil bagi membendung masalah stres dan burnout sebelum ia
merebak dan menjadi sinonim dengan profesion keguruan. Sesungguhnya, kualiti
pengajaran yang baik adalah datangnya dari guru yang sihat dan bebas dari stres.

10

4.0 Kesimpulan
Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha
pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang mampu
menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak bermakna bahawa tekanan pada tahap
tinggi sehingga menyebabkan gangguan

pada operasi pendidikan itu perlu dipandang

sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi perhatian melalui tindakan atau
pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat. Oleh itu, semua pihak perlu berganding
bahu untuk meningkatkan profesionalisme guru dan tidak mengharapkan sebelah pihak
sahaja. Masyarakat juga harus sedar cabaran dan bebanan yang dihadapi oleh golongan
guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini.

11

Anda mungkin juga menyukai