Anda di halaman 1dari 2

Jurnal

Bilangan Jurnal : Ke-3


Minggu : Ketiga
Tarikh Peristiwa : 10/8/2015 Hingga 14/8/2015
Tajuk Jurnal : Masalah Menulis (Tulisan Tidak Kemas dan Sukar Dibaca)

1. ISU/MASALAH
Isu atau masalah utama yang saya dapat kesan dalam kalangan murid saya
ialah masalah menulis iaitu tulisan tidak kemas dan sukar dibaca dalam kalangan
murid saya. Masalah ini dapat saya kesan setelah menyemak buku latihan beberapa
orang murid Tahun 4 Bumi. Hal ini menyukarkan guru hendak menyemak latihan
tersebut kerana tulisan tidak dapat dibaca.

2. ANALISIS ISU MASALAH


a. Cara pegangan pensel tidak betul
Pada peringkat awal persekolahan, guru sepatutnya mendedahkan murid
dengan cara pengangan pensel yang betul supaya murid tidak janggal untuk
menulis. Apabila murid kurang mendapat pendedahan yang cukup daripada guru
maka masalah seperti ini boleh menjadi penyebab kepada

murid sukar untuk

menjelaskan idea melalui penulisan.


b. Latar belakang keluarga
Setelah bertanyakan kepada beberapa orang murid, saya mendapati bahawa
murid di sekolah ini datang daripada keluarga yang berbeza dari segi ekonomi,
pekerjaaan ibu bapa dan tempat tinggal. Bagi murid yang berasal dari keluarga yang
mampu tidak menjadi masalah kerena sejak dari kecil mereka telah didedahkan
dengan pendidikan awal iaitu tadika dan prasekolah. Melalui pendidikan awal yang
mereka telah didedahkan dengan cara menulis dengan kemas. Sebaliknya keluarga
yang kurang kemampuan kurang menitikberatkan masalah ini, malah ada diantara
murid tidak mendapat pendidikan awal disebabkan oleh faktor ekonomi yang tidak
kukuh.

a. Pengajaran & sikap guru

Guru kurang menitikberatkan tulisan murid semasa menyemak buku latihan dan
membiarkan sahaja murid tersebut. Apa yang penting bagi mereka murid tersebut
dapat menyiapkan latihan yang diberikan sudah cukup bagi mereka.

Guru

sepatutnya menegur murid tersebut supaya memperbaiki cara pegangan pensel dan
memperkemaskan lagi tulisan supaya murid tidak mengalami masalah dari segi
penulisan dalam ujian dan memudahkan pemeriksa menyemak jawapan. Hal ini
kerana murid akan dinilai dari segi penulisan juga.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Antara cadangan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah,
memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan penulisan dengan mempelbagaikan
aktiviti menulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pujian dan ganjaran jika perlu.
Guru juga boleh membuat pemantauan dari masa ke masa agar murid itu
mempunyai usaha untuk memperbaiki tulisannya dan membuat teguran yang
membina terhadap murid tersebut. Hal ini kerana masalah yang kita anggap remeh
ini akan menjejaskan masa depan murid jika pekerjaan yang memerlukan menulis.

4. TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN


Bagi mengatasi masalah ini saya akan menggunakan tempoh praktikum
untuk cuba menyelesaikan masalah ini. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang
pernah saya pelajari daripada subjek ilmu pendidikan saya akan cuba mencari cara
untuk membantu murid saya. Semasa mata pelajaran bahasa Melayu saya akan
membimbing murid melalui cara pegangan pensel yang betul dan memberikan murid
tersebuta latihan menulis yang banyak supaya dapat melatih tangan agar dapat
menghasilkan tulisan yang kemas dan senang dibaca.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai