Anda di halaman 1dari 6

Ibu Saya Tak Ada Duit Nak Beli Stokin Putih

Cikgu, Ini Pun Ibu Saya..


Luluh hati ini takkala membaca kisah yang ditulis
oleh seorang guru bernama Cikgu Kasma yang
menceritakan kisah seorang muridnya bernama
Fatihah mengenai perbualannya bersama murid
tersebut.
Perbualan tersebut lebih kepada mengisahkan
kehidupan keluarga adik Fatihah yang diibaratkan
'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
Kisah kedaifan keluarga adik Fatihah ini diketahui
hanya selepas Cikgu Kasma bertanya mengenai
warna stokin yang dipakai beliau di mana ianya
bewarna merah.
Cikgu berkenaan susah pasti bertanya kerana
berdasarkan buku disiplin atau undang-undang di
sekolah murid biasa perlu memakai stokin
bewarna putih.

Kerana pertanyaan itulah segalanya terjawab,


luluh hati ini kerana stokin berkenaan bukanlah
dibeli tetapi hanya pemberian orang ramai kerana
hendak beli stokin putih pun ibu bapanya tidak
mampu.
Berikut adalah cerita yang dikongsikan oleh Cikgu
Kasma di laman Facebooknya..
Tak pasal-pasal mata masuk habuk. Ceritanya
begini. Dalam kelas, sedang buat ujian lisan.
Panggil seorang-seorang murid. Giliran anak
murid yang namanya, Fatihah, aku pun panggil.
Ala-ala macam nurse panggil pesakit masuk bilik
doktor. Maka Fatihah pun tampil ke depan.
Sedang dia menuju ke arah aku. Mata aku fokus
pada stokin berwarna merah yang dipakainya itu.
Dialog antara kami seperti berikut
Cikgu: Fatihah, dah banyak kali cikgu nampak
kamu pakai stokin berwarna merah. Tak boleh
tahu? Kena pakai yang berwarna putih.

Fatihah: Tak ada warna putih cikgu. Ibu saya tak


ada duit nak beli.
Cikgu: Habis tu? Warna merah comel-comel ini
ada pula duit nak beli?
Fatihah: Ini pun ibu saya rebut-rebut.
Cikgu: Rebut-rebut? Di mana? ( perasaan ingin tau
semakin tggi, maka soalan ku lanjutkan)
Cikgu: Ayah awak tak kerja ke?
Fatihah: Kerja tetapi selalu tak ada gaji.
Cikgu: Ayah kerja di mana?
Fatihah: Ayah kerja besi (mungkin maksudnya
kutip besi)

Cikgu: Pergi sekolah bawa duit tak?


Fatihah: Bawa, seringgit.
Cikgu: Mana ibu dapat duit?
Fatihah: Ayah bagi ibu. Kadang-kadang ayah bawa
balik dua ringgit, empat ringgit. ( Aku lihat air
matanya bertakung namun sikit pun tidak tumpah
ke pipinya)
Cikgu: Di rumah selalu makan apa?
Fatihah: Makan sayur.
Cikgu: Dapat dari mana?
Fatihah: Ibu cari-cari di belakang kedai.

Cikgu: Lauk pula?


Cikgu: Ayah mancing di lombong.
Aku tunduk, pejam mata sekejap. Sedihnya, aku
rasa malu. Anak berusia 7 tahun ini tabah melalui
kehidupan yang sukar. Namun berapa ramai yang
masih alpa lalai dengan nikmat dunia? Anak-anak
lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi
nak jamah.
Cikgu: Fatihah, cikgu nak pesan ni, dengar betulbetul. Kamu kena belajar elok-elok, nanti boleh
kerja elok-elok. Bagi ibu duit, boleh?
Fatihah: *hanya sekadar mengangguk
Cikguz: Cikgu minta maaf, selama ini selalu marah
kamu. Selepas ini, cikgu ajar, kamu dengar ye. Biar
jadi pandai.

Semoga kisah adik Fatihah ini memberi kita sedikit


keinsafan dalam diri kita semua agar sentiasa
mensyukuri nikmat dan rezeki yang telah
dikurniakan oleh Allah SWT.\
- Siakapkeli.my

Anda mungkin juga menyukai