Anda di halaman 1dari 1

J/K Penaja Kadet Remaja Sekolah

SMK Matang,
21700 Kuala Berang
Terengganu
Ruj : SMKM/HT/700-3/5 (1)
Tarikh
13 Januari 2015
Pengetua,
SMK Matang,
21700 Kuala Berang,
Terengganu.
Melalui :
Guru Penasihat/Pemimpin J/K Penaja Kadet Remaja Sekolah
Tuan,
Permohonan Menubuhkan Kadet Remaja Sekolah SMK Matang
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.
2
Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah J/K Penaja Kadet Remaja Sekolah SMK Matang
diwujudkan pada 12 Januari 2015 yang lalu dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti
berpersatuan dalam kalangan warga SMK Matang ini.
3
Sehubungan itu, saya bagi pihak J/K Penaja dengan penuh harapan memohon sudilah apa
kiranya tuan membenarkan penubuhan Kadet Remaja Sekolah berasaskan Peraturan (4) dan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia
Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) : P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.
4
Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai
ahli J/K Penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.
5
Jasa baik dan kerjasama tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan di sanjung
tinggi.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,

WAN NURSHAHILA BT WAN AWANG


Setiausaha
b.p
J/K Penaja Kadet Remaja Sekolah
SMK Matang
s.k.

1.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum


SMK Matang

Lampiran 1 (Surat Penubuhan Kelab oleh j/k penaja)

Anda mungkin juga menyukai