Anda di halaman 1dari 5

TUGAS AGAMA

1. Jumlah Suhuf
Suhuf tu maknanya kitab-kitab, yaitu kitab2 yang diturunkan kepada Nabi2 yang
terdahulu. Selain dari kitab yang empat yang wajib kita imani ada juga banyak kitab2
yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Ibrahim dan nabi2 yang lain...yang
lebih dikenali sebagai suhuf sahaja.
Jumlah suhuf tak dapat dipastikan secara tepat oleh para ulama kerana ada yang
disebut dalam al-quran dan ada yang disebut dalam hadis dan banyak yang tidak disebut
kecuali dalam kisah2 israiliyat.
Untuk lebih lanjut bukan tafsir surah al-a'la/sabbihismarobbikala'la ayat yang
terakhir.
Suatu ketika Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang suhuf yang diturunkan kepada
suhuf Nabi Allah Musa a.s. Rasulullah s.a.w berkata, "Sebagian daripada kandungan
suhuf Nabi Musa a.s :1. Aku heran pada orang yang telah meyakinkan akan datangnya kematian (yakin dirinya
akan mati dan ditanya tentang amalannya), tetapi mengapa mereka merasa seronok dan
gembira di dunia (tidak membuat persediaan).
2. Aku heran kepada orang yang telah meyakini akan adanya qadar (ketentuan) Allah,
tetapi mengapa mereka marah-marah (bila sesuatu musibah menimpa dirinya).
3. Aku heran pada orang yang telah meyakini akan adanya hisab (hari pengiraan amal
baik dan buruk), tetapi mengapa mereka tidak berbuat kebaikan?"
Rasulullah s.a.w ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat, Nabi
berkata, "Antara kandungannya ialah :1. Wahai anak Adam, janganlah kau merasa khwatir akan kekuasaan (pangkat), selagi
kekuasaanKu kekal abadi yaitu tidak akan hilang selamanya.
2. Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami menciptakan kamu adalah untuk beribadah
kepadaKu, maka dari itu janganlah kamu mensia-siakan (menghabiskan masamu untuk
berhibur sahaja).
3. Wahai anak Adam, Kami tidak mengira akan amalanmu yang akan dilakukan esok,
oleh itu janganlah kamu cemas akan rezekimu untuk esok.
4. Wahai anak Adam, sesungguhnya bagi kamu ada kewajiban dan ketentuan rezeki,
sekalipun kamu mengabaikan kewajipanmu terhadapKu, namun Aku tidak akan
mengabaikan rezeki yang telah ditentukan untukmu.
5. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu redho pada apa-apa yang telah aku
berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika
kamu tidak redho dengan apa-apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai
oleh dunia sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang
pasir yang panas. Demi Keagungan dan KemuliaanKu, ketika itu pun kau tidak akan
memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di dalam
golongan orang yang tercela di sisiKu."
Dan makna percaya akan Kitab Allah Taala itu iaitu beramal dengan segala
suruhannya dan menjauh segala tegahan serta yakin dan percaya dengan sebenar-benar
kepercayaan bahawasanya sebenar daripada Allah Taala. Bahawasanya kitab yang
diturunkan dari langit itu sebanyak 104 Suhuf;

50 Suhuf diturunkan kepada Nabi Syis

30 Suhuf diturunkan kepada Nabi Idris

10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim

10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Musa dahulu sebelum daripada Kitab Tuarat

Kitab Taurat bagi Nabi Musa

Kitab Injil bagi Nabi Isa

Kitab Zabur bagi Nabi Daud

Kitab Al-Qur'an bagi Nabi Muhammad SAW.

2. Jumlah ayat alquran

Mistis nombor 6666


Sering terdengar sesetengah orang Melayu menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam alQur'an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis
disebut, senang diingat, dan sedap didengar.
Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan
daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya
bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat
demikian - "syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu
yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu" (6:112).
Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma
ambil sebuah calculator dan sebuah kitab al-Qur'an. Mula dari surah Fatihah yang
diakhiri dengan nombor 7. Itu adalah jumlah ayat bagi surah tersebut. Kemudian pergi ke
hujung surah 2 (al-Baqarah) dan bertemu pula dengan angka 286. Teruskanlah, surah
demi surah, hingga ke hujung surah terakhir, iaitu surah yang ke-114. Campurkan
kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur'an yang
sebenar.
Pengiraan tersebut disenangkan di sini. Disediakan di bawah ini satu senarai yang
mengandungi surah-surah (menurut nombornya sahaja), jumlah ayat-ayatnya, dan jumlah
kesemua ayat di dalam surah-surah itu, atau jumlah kesemua ayat kitab al-Qur'an yang
sebenar:
Surah:
1-5

( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat

6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684


11-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 )

= 428

16-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582


21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 )

= 449

26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 )

= 537

31-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 )

= 236

36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 )

= 513

41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 )

= 292

46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 )

= 165

51-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 )

= 304

56-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 )

= 184

61-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 )

= 66

66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 )

= 190

71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 )

= 172

76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 )

= 209

81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 )

= 131

86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 )

= 112

91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 )

= 63

96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 )

= 51

101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 )

= 36

106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 )

= 23

111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 )

= 20

----------------------------------------------------------Jumlah besar = 6,236 ayat


----------------------------------------------------------Maka bilangan ayat di dalam al-Qur'an adalah 6,236, bukan 6,666, seperti yang diajar
ulama palsu.
Tiap-tiap surah, melainkan surah 9 (At-Taubah), bermula dengan "Bismillah." Akan
tetapi hanya Bismillah yang pertama di dalam al-Qur'an, iaitu di surah 1 (Al-Fatihah),
dikira sebagai satu ayat. Ini bermaksud ia diberi nombor, iaitu nombor 1. Bismillah di
surah lain yang berjumlah 112 kesemuanya tidak dikira atau diberi nombor.
Andaikata bilangan 112 itu ditambah kepada jumlah besar 6,236 tadi, maka ia menjadi
6,348, yang bukan juga sebanyak 6,666 yang keramat itu.
Perbezaan bilangan ayat di antara dua jumlah tersebut (6,236 dan 6,348) dengan 6,666
adalah 430 dan 318 masing-masing. Perbezaannya besar. Di manakah pula tersimpannya
ayat-ayat yang berlebihan itu?
Mungkin terdapat orang yang mempercayai ada unsur mistik pada nombor 6666 itu.
Sekiranya begitu, maka mistis nombor 6666 itu adalah, tiada lain, tetapi hanya karut
belaka. Kerana tiada ayat Allah daripada al-Qur'an yang tersembunyi. Tiada juga
kebenaran pada kepercayaan iaitu hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui
rahsianya.
Ayat-ayat Allah di dalam al-Qur'an adalah jelas dan nyata untuk dibaca dan dijadikan
petunjuk bagi semua lapisan manusia di dunia. Mereka diturunkan Allah sebagai bukti
yang jelas lagi nyata atas kebenaran yang sebenar. Terdapat banyak ayat di dalam alQur'an yang menyebut mengenainya. Antaranya adalah enam yang berikut:
1. "Dan Kami menurunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada
yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan
perintah Tuhan)" (2:99).
2. "Demikianlah, Kami menurunkannya sebagai ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan
Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki" (22:16).

3. "Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas,
mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang menghendaki untuk
menghalangi kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah'; dan mereka berkata,
'Tiadalah ini, melainkan kedustaan yang diada-adakan'" (34:43).
4. "Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk
bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza"
(2:185).
5. "Inilah bukti yang nyata bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi
kaum yang yakin" (45:20), dan,
6. "Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu.
Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya
sendiri; aku (Muhammad) bukanlah penjaga kamu" (6:104).
Kembali kepada nombor 6,666, lalu teringat akan seorang kenalan, semasa bekerja dulu,
yang mengatakan jumlah ayat al-Qur'an adalah sebanyak itu. Setelah diberitahu jumlah
yang sebenar, dan bagaimana ia diperolehi, dia berkata, sedang tidak mempercayainya,
bahawa dia akan bertanya "Tok Mufti" mengenainya. Tok itu adalah guru yang
mengajarnya. Sangat dibanggakannya. Mahukah tidak berbangga dapat berguru atau
berapat dengan seorang Mufti negeri yang manis rupa dan pertuturannya, lagi dihormati
dan masyhur pula. (Mufti tersebut telah bersara beberapa tahun lalu.)
Itulah padah bagi mereka yang tidak mahu mendengar semua ucapan atau pandangan
orang lain. Mereka hanya mendengar ucapan orang-orang tertentu sahaja yang disangka
alim serta didewa-dewakan oleh orang ramai. Lalu bukti yang jelas dan nyata, apabila
tampil ke mukanya, didustakan dengan sengaja. Sebab, ingin menerima ucapan "dewa"
yang palsu dan indah, yang menipunya (atas kecuaiannya sendiri), sebagai yang hak dan
benar.
Setelah Allah memperingatkan supaya mendengar semua ucapan orang, serta
menggunakan minda untuk memilih dan mengikuti yang terbaik daripadanya, sesetengah
orang Melayu masih dalam keraguan. Walaupun, cara itu, tambah-Nya lagi, akan
membuat-Nya memberi petunjuk, namun mereka tetap dalam keadaan ragu-ragu atau
lupa.
Justeru, Peringatan itu diturunkan di bawah ini untuk renungan bersama. Dengannya,
berakhirlah tulisan di sini. Firman Allah:
"Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah
orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orangorang yang mempunyai minda" (39:18).

3. Jumlah huruf alif sampai ya dalam alquran

Anda mungkin juga menyukai