Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum

w.b.t,

salam

sejahtera,

salam

Malaysia dan salam sehati sejiwa.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berusaha
1

Barisan Fasilitator, guru-guru pengiring dan seterusnya peserta yang dikasihi.

Selamat datang ke :nama program

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan


limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
untuk menjayakan program ini.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi hadir di institute pendidikan guru kampus tengku ampuan
afzan. Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Bak
kata pujangga Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Tuntutlah ilmu hingga ke
negeri Cina. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari inii, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara nur nazmi bin mohd
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudara
nur nazmi bin mohd atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat


Moga Majlis sentiasa diberkati

JIKA ADA KEPERLUAN

Sekapur sirih tiada berharta,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha

Saudara saudari sekalian.

Kita akan mula program kita dengan slot pertama, iaitu

Majlis menjemput dan mempersilakan

Terima

kasih

diucapan

kepada
.
Atas perkongsian sebentar tadi. Diharap dengan perkongsian sebentar dapt
memberi gambaran tentang.

Kehadiran guru-guru dan peserta ke tempat kami amat kami hargai, oleh yang
demikian moleklah kiranya kalau kami memperkenalkan kepada hadirin sekalian
beberapa tempat menarik di institut pendidikan guru kampus tengku ampuan afzan
tercinta ini.

Majlis menjemput dan mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai