Anda di halaman 1dari 6

SK ISKANDAR PERDANA

32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR


PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA
MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS

SK ISKANDAR PERDANA,
32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
-------------------------------------------------------------------------------------------------

KERTAS KERJA PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID


LINUS & PEMULIHAN KHAS
PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS
Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key
Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan
adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi
merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan
bermakna perlu direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk
menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu
kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan
operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi
kesulitan
pembelajaran
khususnya
dalam
menguasai
kemahiran
asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guruguru
pemulihan
yang
telah
menerima
latihan
khas
dalam
bidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk
mengajar murid Linus tegar yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2.

TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan
majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS dan Pemulihan Khas.

MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali
murid berkeperluan khas.

OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA


Objektif Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid berupaya:
i.

mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup

ii.

membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup

iii.

membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang
mudah

iv.

dengan menggunakan kata hubung dan.

Objektif Program Numerasi:


Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i.

membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000

ii.

membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000

iii.

bermula daripada sebarang nombor

iv.

menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi

v.

mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan

vi.

waktu, ukuran dan sukatan.

SASARAN
Murid tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid
berkeperluan khas
TEMPOH
Mac November 2012 (Sepanjang Tahun mengikut Plan Taktikal)

OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA


1. Memberi pengenalan & pemhaman mengenai program LINUS & Pemulihan Khas

2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam


menghapuskan buta 3M tahap 1 pada 2012.

membantu

pihak

sekolah

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


Tarikh
Hari
Tempat

: 7 April 2012
: Sabtu
: Bilik Darjah 5 Cemerlang

SENARAI PENCERAMAH
1. En.Mohd Hanifah bin Main ( Penolong PPD Pendidikan Khas)
2. Pn. Nik Hasni bt. Mamat
( Fasilinus)

TENTATIF PROGRAM
MASA
9.00 pg
9.15 pg
9.20 pg
9.25 pg
9.45 pg
10.45 pg
11.00 pg
11.15 pg

AKTIVITI
Pendaftaran Ibu Bapa
Ucapan pengerusi
Bacaan Doa
Ucapan Tuan Guru Besar
Taklimat Fasilinus mengenai LINUS & Pemulihan Khas
Sesi soal jawab
Jamuan Ringan
Bersurai

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS


Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2
Pengurus

: En Shahari B. Embon
(Guru Besar)
: Pn. Hjh Khairiah bt Lahamad
(Penolong Kanan Pentadbiran)
: Pn Nor Samsuniah bt Musa
(Penolong Kanan HEM)
: En Abdullah Radzi b. Abbas
(Penolong Kanan Kokurikulum)
: Cik Noraini bt Abdul Hamid

untuk

Pen. Pengurus
Setiausaha
Pengacara
AJK Brosur
AJK Siaraya & peralatan
AJK Makanan
AJK Backdrop
AJK Pendaftaran
AJK Bilik Taklimat
Juru Foto

: Pn. Hjh Aniah bt Noh


: Pn. Norazita bt Jasdi
: Pn. Hjh Aniah bt Noh
: Pn. Faridah Anom bt Harun
Pn. Fuziah Bt Alang Ahmad
: En. Salam Izwan B. Ramly
En. Shah Alim b. Baharuddin
: Pn. Siti Haslina bt Syed Ali
: Pn. Arbaayah bt Salleh Hoodin
: Pn. Mariam Megat bt Alg Mohd
: Pn. Halimatun Maimunah Bt Mior Hamzah
En. Khairil Azam b. Mohd Idris
: Pn.Nor Jamilatun Bt Jonid

ANGGARAN KEWANGAN
Bil
1

Perkara
Backdrop

Kos & Bil


1 x RM50.00

Jumlah (RM)
50.00

2
3

Jamuan
Hadiah para jemputan

30x RM2.00
3x RM10

60.00
30.00

JUMLAH

Sumber
B&Kaunselin
g
PIBG
PK

140.00

SUMBER KEWANGAN
1) Panitia Bahasa Malaysia
2) Panitia Bimbingan & Kaunseling
KEPERLUAN PERALATAN
1) LCD

- mohon pinjaman daripada bilik komputer

2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputer

PENUTUP
Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di sekolah
dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah
literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini

berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima
kasih.
Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

Diluluskan Oleh,

...........................
(NORAINI ABDUL HAMID)

..........................
(KHAIRIAH LAHAMAD)
PK Pentadbiran,
SK Iskandar Perdana,

..........................
(SHAHARI EMBON)
Guru Besar,
SK Iskandar Perdana,

Setiausaha Program Pemulihan,

Tarikh:

Tarikh:
.

SK Iskandar Perdana

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai