CONTOH 1
=
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGG] PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (9090/4)
ADAT BERCUKUR JAMBUL DALAM KALANGAN
TAJUK BAYI BAGI MASYARAKAT MELAYU DI
KAMPUNG MELAYU BATU 16, RAWANG.
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA GURU/PENILAL
TANDATANGAN
GURU/PENILAT
TARIKH96XX-XX-XXX
ADAT BERCUKUR JAMBUL DALAM KALANGAN BAYI BAGI MASYARAKAT
MELAYU DI KAMPUNG MELAYU BATU 16, RAWANG,
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengamalan adat bercukur jambul dalam
kalangan bayi bagi masyarakat Melayu di Kampung Melayu Batu 16, Rawang. Objektif kajian
ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri amalan bercukur jambul dan mengkaji kepentingan
amalan tersebut dalam kailangan bayi bagi masyarakat Melayu di kawasan tersebut. Seramai 30
orang penduduk dari kawasan Kampung Melayu Batu 16, Rawang terlibat dalam kajian ini, Bagi
mengenal pasti ciri-ciri dan kepentingan amalan bereukur jambul, kaedah soal selidik, temu bual,
pemerhatian dan rujukan telah digunakan, Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara
kuantitatif dan kualitatif dan dipersembahkan dalam bentuk linear serta jadual, graf dan carta.
Daripada dapatan kajian, acara marhaban,berzanji, berendoi, dan menggunting rambut
‘merupakan antara ciri amalan bercukur jambul yang menarik. Selain itu, kepentingan amalan
bercukur jambul ialah sebagai tanda kesyukuran menerima kelahiran bayi baru. Semoga dengan
kajian ini, generasi akan datang akan terus mengamalkan adat dalam menyambut kelahiran
dengan mengadakan majlis mengikut amalan budaya masyarakat.SENARAI KANDUNGAN
96XX-XX-XXX
Bil.
Butiran
‘Muka Surat
Absirak
i
Senarai Kandungan
Penghargaan
iit
1.0
Pendahuluan
13
2.0
Objektif Kajian
3.0
Tokasi Kajian
3.1 Peta
3.2 Gambar
5-8
40
Metodoiogi
4.1 Reka Bentuk Kajian
42 Instrument Kajian
4.2.1 Pemerhatian
4.2.2 Soal Selidik
4.23 Temu Bual
4.2.4 Rujukan
4.3 Sampel Kajian
4.4 Cara Pengumpulan Data
4.4.1 Dokumentasi
4.4.2 Keputakaan
4.4.3 Pemerhatian
4.44 Soal Selidik.
4.5 Cara Analisis Data
9-13
5.0
Dapatan Kajian
5.1 Demografi Responden
5.2 Ciri-ciri amalan bercukur jambul dalam kalangan bayi
5.3 Kepentingan amalan bercukur jambu! dalam kalaingan bayi
14-34
6.0
Rumusan dan Kesimpulan
35-3796XX-XX-XXX,
6.1 Ciri-ciri amalan bercukur jambul dalam Kalangan bayi
6.2 Kepentingan amalan bercukur jambul dalam kalangan bay
6.3 Kesimpulan
Rojukan 38
Lam|
iti96XXXX-XX-XXXX
PENGHARGAAN
Teriebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK X,
Khasnya Pengetua Encik Y dan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Z kerana memberi
sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Dalam usaha menjayakan kerja Kursus ini, saya ingin mengueapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Cikgu 4 selaku guru Pengajian Am saya, Beliau telah meluangkan banyak
‘masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus
ini, Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan
galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini
Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik M dan Puan N jutaan terima kasih
dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa,
Penghargaan kepada rakan-rakan baik say:
itu Saudari J dan Saudara K serta sermua rakan
lain atas kesudian membantu dan segala nasihat yang diberikan. Tidak Tupa juga, terima Kasih
kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan ditemu
bual.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
‘Yang benar,
( XX Bin XX )96XXXX-XX-XXXX
1.0 PENGENALAN
Adat resam merupakan adat yang berasal daripada zaman nenek moyang dan masih
diamalkan oleh sesetengah masyarakat hingga ke hari ini. Adat resam membawa maksud adat
yang menjadi kebiasa
yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat di setiap kewasan. Menurut
Kamus Fajar KSSR Edisi Kedua (2011), adat merupakan peraturan masyarakat yang diamalkan
sejak dahul kala. Di Malaysia, terdapat banyak adat resam mengikut etnik yang berbeza-beza
antaranya ialah adat bercukur jambul, Adat bercukur jambul adalah adat resam masyarakat
‘Melayu di Malaysia yang dilaksanakan selepas kelahiran bayi. Adat bercukur jambul ini secara
khususnya diadakan sempena menyambut kelahiran orang baru dalam sesebuah keluarga,
Menurut Ridzuan Hashim etal (2005) istilah cukur jambul hakikatnya hanya wujud dalam
pengaruh budaya Melayu-Islam dan selari dengan amalan masyarakat Islam di alam Melayu,
Adat ini tidak disebut dalam ajaran agama melainkan pada amalan melakukan akikah. Dalam
Islam, Rasulullah $.A.W pernah bersabda “bahawa tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya
‘yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama,” (Riwayat Ahmad),
Berikutan dengan itu, ulama Islam menyatakan bahawa Rasulullah menggalakkan umat Islam
‘yang dikurniakan bayi supaya mengadakan majlis akikah, Pada waktw itulah lazimnya amatan
bercukur dilaksanakan dalam suatu majlis yang meriah. Lebih digalakkan amalan bercukur
rambut bayi sehingga botak bagi membuang kekotoran yang keluar dari rahim ibu. Oleh itu,
terdapat beberapa ciri amalan bercukur jambul dalam kalangan bayi dan amalan ini mempunyai
kepentingan kepada bayi dan budaya masyarakat.
Bercukur jambul adalah adat resam masyarakat Melayu di Malaysia, Bagaimanapun dari segi
amalan sebenamya tempoh waktu dilaksanakan amalan ini mungkin berbeza disebabkan faktor-
faktor tertentu, Misalnya ada ibu bapa yang melaksanakannya pada hari ketujuh, hari keempat
puluh atau beberapa bulan selepas kelahiran. Lazimnya budaya bercukur jambul diseriei dengan
acara-acara lain juga. Menurut Sulaiman Zakaria (2001) Terdapat beberapa panggilan tentang
amalan ini mengikut kawasan tertentu seperti di Kedah, adat bercukur jambul dipanggil sebagai
endoi, manakala di Kampung Gajah dan Perak Tengah menganggap bercukur jambul sebagai
naik buaian.96XXXX-XX-XXXX
Kini, amalan bercukur jambul masih diamalkan mengikut tradisi dan adat yang telah
dilakukan sojak turun temurun, Terdapat beberapa ciri amalan bercukur jambul yang masih
diamalkan semasa majlis bercukur jambul, Antara ciri-ciri amalan bercukur jambul ialah acara
marhaban, berzanji, akikah, dan berendoi, Bagi generasi kini, amalan bereukur jambul yang
diamalkan berbeza mengikut keadaan masing-masing berbanding dengan amalan yang telah