Anda di halaman 1dari 2

Pada era zaman ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat

membangun dan bersedia menongkah arus pemodenan dalam dunia global ini.
Namun begitu,di sebalik kegemilangan ini,masyarakat Malaysia masih dihantui o
leh satu penyakit sosial yang sudah lama menjadi buah mulut rakyat
malaysia masyarakat , iaitu masalah pembuangan bayi . Isu pembuangan bayi
yang tidak pernah berkesudahan ini boleh dianggap sebagai
satu wabak atau bencana kepada negara apabila akhbar-akhbar perdana negara
sering memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa
segan-silu. Hal ini bukan sahaja menyusahkan pelbagai pihak malah imej negara
kita akan tercalar. Pembuangan bayi , semakin hari semakin banyak dilaporkan di
dada
dada akhbar dan yang paling menyayat hati adalah apabila terdapat bayi yan
g
tidak berdosa dibuang seperti sampah tanpa ada sifat perikemanusiaan.Tidak
dapat dinafikan
pelbagai usaha telah diambil bagi membendung penyakit sosial. Persoalannya,
apakah punca yang telah menyebabkan masalah gejala pembuangan bayi ini semakin
meningkat?
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan
agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa serta

impak kemodenan yang melanda negara kita yang merupakan panduan dan
pedoman hidup juga telah menyebabkan mereka hilang arah dalam kehidupan
dan terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas. Remaja kita
tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh
desakan seksual mereka itu. Tanpa didikan agama yang teguh, mereka tidak dapat
membezakan sesuatu perbuatan mereka itu betul atau salah dan tidak dapat membezakan
antara hak dengan batil. Kesannya,remaja perempuan akan mengandung tanpa ikatan yang
sah. Dalam situasi tersebut , remaja yang lemah pegangan agama tidak akan teragakagak untuk membuang atau membunuh zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak
mahu bertanggungjawab atas zuriat tersebut.Hal ini menunjukkan peranan agama dalam
kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya
menurut hawa nafsu semata-mata . Dengan adanya didikan agama, maka remaja akan
bertindak secara rasional sebelum melakukan sesuatu malah mereka akan dapat membezakan
sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. Oleh itu, semua pihak perlulah bersikap
menjaga tepi kain orang di sekeliling dan mengambil berat tentang isu ini supaya negara kita
tidak dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi agama.
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, isu ini turut berleluasa kerana institusi
kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga
mengabaikan anak-anak telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang
dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Amsalnya, Ibu atau bapa yang tunggal sering sibuk
mencari tuntutan nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya. Ironinya, mereka telah
mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka dalam mendidik dan memantau setiap perlakuan
anak mereka.
Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
dalam mengejar kemewahan harta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak.
Mereka harus meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar

mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu. Sehubungan dengan itu ,ruang kebebasan yang
diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan
pelbagai gejala sosial di luar rumah. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-anak sendiri.
Jika ditelusuri dari perspektif yang lain, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca
membarahnya masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja
amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka
yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya yang
negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan
perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, misalnya pergi ke tempat hiburan
seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus
dalam gejal-gejala negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan
buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka
terpaksa membuangkan bayi mereka .Hal yang demikian kerana mereka akan berperasaan
malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka.
Sebagai cetusan isi yang terakhir, Arus kemodenan terutama melalui media massa juga
telah menyemarakkan masalah ini. Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam
pergaulan telah menyebabkan remaja mudah terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan
dengan hubungan seksual yang bebas. Remaja yang baruberumur setahun jagung dan
berdarah setampuk pinang sering dikuasai oleh perasaan ingin mencuba pasti akan meniru
aksi-aksi atau adegan-adegan panas yang terdapat dalam filem Barat bagi memuaskan nafsu
mereka. Mereka tidak lagi berasa takut ketika melakukan perkara yang terkutuk itu asalkan
nafsu berahi mereka dapat dipenuhi. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu
yang lumrah dan menjadi darah daging dalam hidup mereka. Sebagai akibatnya, lahirlah anak
luar nikah dan masalah pembuangan bayi semakin sukar dikawal lantaran ingin menutup rasa
aib atas perbuatan ibu bapa yang masih remaja itu.
Tuntas bicara, masalah pembuangan bayi tidak seharusnya dipandang enteng. Dalam hal ini
semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing dan memberikan komitmen
yang sepenuhnya untuk menyelesaikan dan membendung kes pembuangan bayi yang berlaku
di negara kita. kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Masalah
pembuangan akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika
negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Oleh itu,marilah kita bersama-

sama berganding bahu membanteras gejala ini bak kata pepatah, hendak seribu dalih
, tak hendak seribu daya.

Anda mungkin juga menyukai