Anda di halaman 1dari 3

Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan

Cemerlang Dalam Pelajaran.


Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai
pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.
Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual
aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan
membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka
terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga harus
rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
pembendaharaan kata.
Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang
diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya.
Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam
pelajaran.
Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di
kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu
topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan
segera.
Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh
itu, pelajar haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun
dan gigih demi mencapai impian tersebut.

Langkah-Langkah Menjadi Murid Cemerlang


Semua murid mempunyai impian menjadi pelajar cemerlang.Tuliskan langkah-langkah
yang kamu ambil untuk mencapai impian kamu itu.
Setiap murid ingin cemerlang dalam pelajaran.Banyak langkah yang boleh diambil
untuk menjadi murid cemerlang.
Langkah pertama ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri
mereka.Mereka harus tahu subjek yang tidak dapat dikuasai. Oleh itu, murid akan belajar
secara sistematik bagi mengatasi kelemahan tersebut.
Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar sendiri.Murid akan tahu masa yang
sesuai untuk belajar , berbual-bual dengan rakan dan bersukan.Oleh itu mereka tidak
akan membuang masa dengan sia-sia.
Di samping itu, setiap murid mesti memiliki satu teknik ulang kaji yang
berkesan.Murid perlu banyak membuat latihan. Latihan yang sistematik menjadikan
murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak.
Seterusnya, semua murid mesti menjaga kesihatan diri. Mereka mesti makan
makanan yang seimbang dan bijak mengawal emosi.Dengan itu murid akan lebih yakin
dan tenang menjawab soalan peperiksaan.
Sekiranya murid mengikuti langkah-langkah tersebut, sudah tentu mereka akan berjaya
dengan cemerlang.Ingatlah kejayaan tidak akan datang tanpa usaha.

Anda mungkin juga menyukai