Anda di halaman 1dari 17

olat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja.

Solat Tarawih dalam bulan


Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau shalatullail (solat malam)yang
dilakukan pada malam-malam bulan lainnya.
Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan berehat
seketika, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan
ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan
ketegangan badan selepas berbuka puasa.
Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak
tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah
SWT.
Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan
kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan,
memadai dengan lapan rakaat sahaja.
.
.

Sunnah Rasulullah SAW


.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri
dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat
Islam Malaysia.
.
Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di
rumah, adalah yang minimum kerana Baginda SAW memanjangkan rakaatnya.
.
Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan
Ramadhan. Aisyah menjawab: Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan
Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau
tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan
engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat
(witir). Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.
.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu al-Fatawa, mengenai solat
qiyam Ramadan (solat Tarawih); Nabi SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun,
baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan
Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya.
.
Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam,
setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata
kepadanya: Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama
ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah
payah solat seperti ini?
Baginda SAW menjawab: Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang
bersyukur?
.
.

Cara Agihan Solat Lapan Rakaat


.

1.

Biasanya Solat SunatTarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada 2
rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
2.
Solat SunatTarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat empat rakaat (2 kali 4
rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat.
3.
Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan
sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat
hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Quran.
# Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat
Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja.
.
Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat Solat Sunat Witir.
Abdullah bin Umar r.a berkata: Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah!
Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: Dua rakaat dua rakaat.
Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat
witir sebanyak satu rakaat. Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137.
Aisyah r.a berkata: Biasanya Nabi s.a.w solat di malam hari sebanyak 13 rakaat termasuk witir
dan dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat sebelum fardu Subuh). Hadis riwayat Imam alBukhari dalam Sahihnya, no: 1140.
.
.

Bacaan Surah
.
Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al
Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini
dibuat dengan cermat.
.
1.
Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk
daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (alHafiz).
2.
Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada rakaat
kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.
3.
Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun
membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat;
.
Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat
Rakaat

Surah

Pertama

At Takaatsur

Kedua

Al Ashry

Ketiga

Al Humazah

Keempat

Al Fiil

Kelima

Al Quraisy

Keenam

Al Mauun

Ketujuh

Al Kautsar

Kelapan

Al Kaafiruun

.
.

Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat


.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap
dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: Solat malam (solat Tarawih) adalah
dua rakaat, dua rakaat. (Riwayat Jamaah)
.
1. Niat:

.
.
2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
.
1. Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Badiah Isyak, maka Bilal
memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:

Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi),


.
2. Bilal dan jamaah sama-sama membaca:

.
.
3. Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;

.
.
4. Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah At Takaatsur
Rakaat kedua: Surah Al Ashry
.
5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama
mengucapkan zikir dberikut:

.
.
6. Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3
dan 4;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Rakaat ketiga: Surah Al Humazah
Rakaat keempat: Surah Al Fiil
.
7. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jamaah membaca Tasbih
dan Selawat:

.
.
8. Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:

.
.
9. Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:

.
.
10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5
dan 6;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Rakaat kelima: Surah Al Quraisy
Rakaat keenam: Surah Al Mauun
.
.
11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama
mengucapkan zikir dberikut:

.
.
12. Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke
7 dan 8;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Rakaat ketujuh: Surah Al Kautsar
Rakaat kelapan: Surah Al Kaafiruun
.
.
13. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jamaah membaca
Tasbih dan Selawat:

.
.
14. Apabila selesai mendirikan 8 rakaat Solat Tarawih, membaca doa berikut;
.

Doa Solat Tarawih


.

.
.

Solat Sunat Witir


.
Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:



.

Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!


.
.

Cara Melaksanakannya
.
1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

.
.
2. Bacaan selepas Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Alaa
Rakaat kedua: Surah Al-Kafiruun
.
.
3. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;

.
.
4. Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir. Lafaz niat pada satu rakaat
terakhir:

.
.
5. Selepas bacaan al-Fatihah, pada rakaat terakhir, dibaca pula surah;
Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.
.
.
6. Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud
petama.

.
.
7. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

.
.
8. Boleh dibaca doa-doa berikut:

.
.

Anda mungkin juga menyukai