Anda di halaman 1dari 6

3.

0 PAPAN CERITA

Slaid : 1 / 12
Objektif : Video Intro
Audio : Bunyi jam loceng bangun pagi

Slaid : 2 /12
Objektif : Tajuk Pembelajaran
Skrip : Masa dan Waktu

Slaid : 3 / 12
Objektif : Tajuk Cerita
Skrip : Ini Cerita Rashid

Slaid : 4 / 12
Objektif : Permulaan cerita
Audio : Suara latar & Happy music
Skrip : Pada pukul 7.00 pagi, Rashid
telah bersiap sedia untuk ke sekolah.
Bas akan tiba tidak lama lagi.
Kita tunggu.

Slaid : 5 / 12
Objektif : Bas sekolah tiba
Audio : Dialog & Happy Music
Skrip : Yeayy ! bas dah sampai. Mak..
Rashid pergi sekolah dulu. Bye.
Yelah. Mak dah bagi duit kan tadi?

Slaid : 6 / 12
Objektif : Bas mengambil rakan rakan Rashid
Audio : Suara latar, dialog & Happy Music
Skrip : Pada jam 7.25 pagi, rakan rakan Rashid
tiba di tempat menunggu bas. Pada jam 7.30 pagi
bas telah tiba.
Bas dah sampai. Eh Rashid. Cepat naik

Slaid : 7 / 12
Objektif : Bas tiba di sekolah
Audio : Suara latar,dialog & Happy Music
Skrip : Rashid dan rakan rakan tiba di sekolah
pada pukul 7.40 pagi
Eh cepat cepat. Dah lambat ni.
Cepatlah turun

Slaid : 8 / 12
Objektif : Jam bergerak
Audio : Suara latar & Happy Music
Skrip : Sesi persekolahan bermula pada 8.00 pagi.
Pada pukul 10 pagi adalah waktu rehat.
Pada pukul 1.00 petang murid murid dibenarkan
balik.

Slaid : 9 / 12
Objektif : Waktu tamat persekolahan
Audio : Suara latar, dialog & Happy Music
Skrip : 15 minit kemudian, bas telah sampai.
Balikkk.. yeayyy! Cepatlah naik bas. Nak makan
lapar ni.

Slaid : 10 / 12
Objektif : Rashid tiba di rumah
Audio : dialog & Happy Music
Skrip : Mak.. Rashid dah balik.

Slaid : 11 / 12
Objektif : Tamat
Audio : Happy Music
Skrip : Nama ahli dan teks tamat

Slaid : 12 / 12
Objektif : Ucapan terima kasih
Skrip : Terima Kasih

6.0 REFLEKSI
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnianya kami dari kumpulan ini yang terdiri
daripada Muhd Faiz Bin Mad Yassin, Nur Hikmah Binti Salamat, Nur Amalina Aliah Binti Ramli
dan juga Siti Nur Hidayah Binti Aidil Adzha dari kelas 4PISMP RBT Ambilan Jun 2014 telah
berjaya menyiapkan tugasan bagi subjek EDU 3053 Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Subjek ini telah meminta kami untuk bekerja dalam kumpulan bagi menghasilkan
satu video berkaitan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek major mahupun elektif. Kami
secara berkumpulan telah bersepakat untuk memilih tajuk bagi subjek elektif Matematik iaitu
Masa dan Waktu.
Sepanjang melaksanakan proses menghasilkan video, kami secara berkumpulan telah
belajar

lebih

banyak

perkara baharu seperti

kemahiran dalam

mengambil

gambar

menggunakan kamera DSLR. Kami juga telah mempelajari bagaimana cara untuk
mendapatkan kualiti gambar yang terbaik. Kami juga telah mempelajari perkara baharu seperti
menghasilkan video dengan menggunakan gambar tanpa perlu merakam. Ianya sesuatu yang
menarik dan begitu mengujakan kami. Melalui tontonan contoh contoh video animasi di
Youtube, kami telah mendapat inspirasi untuk menghasilkan video yang sama seperti itu.
Kelemahan yang kami sekumpulan dapat atasi adalah di mana kami terpaksa
mengambil gambar banyak shot. Ianya agak rumit dan perlu teliti dalam menggerakkan prop
prop yang tersedia. Hal ini kerana, pada awalnya kami telah mencuba mengambil sebanyak
100 shot untuk satu scene, tetapi ianya kurang menjadi. Akhirnya kami membuat keputusan
untuk mengambil semula shot sebanyak 150 200 untuk satu scene. Selain itu, pada awalnya,
kami ingin menghasilkan satu video seperti pergerakan di atas jam di mana semua props akan
digerakkan di atas jam. Namun, memikirkan kami tidak mempunyai sumber seperti kamera
seperti GoPro untuk merakam dengan lebih dekat props tersebut, jadi kami terpaksa bertukar
kepada animasi berbentuk lain iaitu seperti mana sekarang yang telah terhasil.
Akhir sekali, sepanjang kerja berkumpulan ini, nilai nilai yang diperoleh adalah seperti
nilai bekerjasama, hormat menghormati dan juga menepati masa. Selain itu, kami juga dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta merapatkan hubungan antara satu sama lain
ketika melaksanakan tugasan melalui perbincangan dan perkongsian pendapat. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai