Anda di halaman 1dari 1

AGAR2 SANTAN

Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang
Bahan-Bahan:

10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)

1 cawan santan pekat

1 cawan santan cair

1 biji telur

3 1/2 cawan air

1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)

1/2 sudu kecil garam

2-3 helai daun pandan

beberapa titik pewarna hijau

beberapa titik perasa pandan (pandan essence)

Cara Penyediaan:
1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan
agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan,
perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati.
3. Pukul sedikit telur bersama santan. Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila
masak nanti.
4. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga
mendidih selama beberapa minit.
5. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

Anda mungkin juga menyukai