Anda di halaman 1dari 9

Misteri Baitulmaqdis dan Haiqal Sulaiman MyIbrah.

com

Menu
Hubungi Kami
Sitemap
Hantar Artikel
Iklan
Privacy Policy
MyIbrah.com
Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat. Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Misteri Baitulmaqdis dan Haiqal Sulaiman

Shake Off Je Lah!


by admin
on September 26, 2011

Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling
suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali
dengan nama Jerusalem yang bermaksud tempat yang aman untuk didiami.
Catatan sejarah menunjukkan kota ini telah diduduki manusia selama sekitar 5,000 tahun sekaligus merupakan antara
kota yang tertua di dunia dan masih dihuni sehingga sekarang. Kota ini merupakan tempat pertembungan antara tiga
agama samawi iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian bahkan setiap agama mempunyai kawasan masing-masing di sekitar

http://myibrah.com/misteri-baitulmaqdis-dan-haiqal-sulaiman[16/11/2015 3:24:15 PM]

Misteri Baitulmaqdis dan Haiqal Sulaiman MyIbrah.com

kota lama yang mengelilingi sebuah tanah tinggi yang terkepung dengan tembok yang tinggi lagi kukuh.
Masyarakat dunia menamakan kawasan tanah tinggi ini sebagai Mount Temple disebabkan sejarahnya yang pernah
menempatkan kuil Yahudi kuno iaitu dipanggil juga sebagai Haikal Sulaiman sebelum ia dimusnahkan, dibina semula
dan sekali lagi dimusnahkan selepas kota ini dijajah oleh kerajaan-kerajaan yang berbeza.
Mengikut catatan sejarah, umat Islam pada era awal Islam dahulu menggelarkan kawasan di mana terletaknya Mount
Temple sebagai Madinah Baitulmaqdis yang membawa erti City of the Temple yang mengambilkira akan kewujudan
Haikal Nabi Sulaiman A.S yang menjadi tempat ibadat pertama kaum Yahudi sebelum dimusnahkan oleh orang
Babylon pada tahun 586 sebelum Masihi.

Selepas kemusnahan pertama itu, Haikal ini dibina semula kira-kira selepas 70 tahun kemusnahan pertamanya apabila
orang Babylon berjaya diusir, namun ia diruntuhkan kembali pada tahun 70 Masihi oleh Empayar Roman. Manakala
kawasan kota yang wujud di sekeliling Mount Temple ini dipanggil Iliya, berasal daripada nama Aelia Capitolina
yang diberikan semasa penjajahan orang Roman. Kawasan Mount Temple pada asalnya agak tinggi dengan keadaan
yang tidak rata tetapi pada tahun 19 sebelum Masihi, pemerintah ketika itu iaitu Herod the Great telah membina tembok
tinggi mengelilingi kawasan ini lalu meratakan permukaannya di dalam kawasan tembok sepertimana keadaan
sekarang.
Selepas pengislaman Kota Baitulmaqdis yang bermula ketika zaman khalifah Umar al-Khattab, nama Mount Temple
telah ditukarkan kepada Haram al-Sharif yang menggambarkan kedudukan kawasan suci ini yang mendapat tempat
yang mulia di dalam Islam sementara kota disekitarnya inilah dinamakan Baitulmaqdis.
Pada Zaman Khalifah Sulaiman iaitu salah seorang khalifah di dalam era Turki Uthmaniyyah, beliau telah membina
semula dinding seakan-akan sebuah tembok di sekeliling kota Baitulmaqdis. Sekarang ini Baitulmaqdis yang asal
dirujuk sebagai kota lama Baitulmaqdis iaitu kawasan yang dikepungi tembok tadi. Di kota inilah terletaknya Masjid
al-Aqsa yang telah disebut di dalam kitab suci al-Quran dan al-Hadis yang mana beribadat di dalamnya mendapat
seribu ganda pahala berbanding di tempat-tempat lain.
Masjid al-Aqsa di dalam bahasa Arab bermaksud masjid yang jauh, merujuk pada jaraknya yang berjauhan daripada
bumi Mekah yang menempatkan Masjid al-Haram. Di sini juga menjadi tapak kepada salah satu peristiwa terpenting di
dalam Islam iaitu Isra dan Mikraj yang mana ketika itu, Nabi Muhammad S.A.W telah dinaikkan ke langit untuk
http://myibrah.com/misteri-baitulmaqdis-dan-haiqal-sulaiman[16/11/2015 3:24:15 PM]

Misteri Baitulmaqdis dan Haiqal Sulaiman MyIbrah.com

menghadap Allah S.W.T. Baitulmaqdis juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke Mekah, iaitu
kira-kira selama enam belas bulan. Kedua-dua peristiwa besar Islam ini iaitu pembinaan Masjid al-Aqsa dan peristiwa
Isra Mikraj ini berlaku di atas tapak Haram al-Sharif.
Selain itu, Masjid Kubah Batu turut dibina berdekatan dengan Masjid al-Aqsa dan telah dibina pada zaman
pemerintahan Khalifah Abdul Malik semasa era Bani Umayyah. Diriwayatkan senibina masjid ini yang begitu indah
dengan kubah berwarna keemasannya yang menonjol adalah untuk menyaingi kehebatan senibina gereja-gereja di
sekitar Baitulmaqdis yang menjadi tumpuan ramai pelawat. Kini Masjid Kubah Batu menjadi antara monumen tertua
orang Islam yang sangat dikenali.
Masjid ini mendapat namanya berikutan dipercayai didirikan di atas tapak batu terapung yang terjadi ketika peristiwa
Isra dan Mikraj. Ironinya batu ini juga dianggap suci oleh penganut Yahudi disebabkan kepercayaan bahawa ia
merupakan pusat bagi Mount Temple dan dianggap sebagai asas untuk pembinaan kuil mereka satu masa nanti.
Tetapi menurut catatan sejarah ketika Khalifah Umar al-Khattab r.a yang bertanggungjawab menjadikan Baitulmaqdis
sebagai salah sebuah wilayah Islam, setibanya di kota ini beliau lalu bertanyakan mengenai batu yang menjadi
tempatnya Baginda Rasul dinaikkan ke langit, lalu ditunjukkan oleh penduduk kota pada sebuah batu terbiar di atas
tanah tinggi yang dikepungi oleh tembok. Lebih malang apabila kaum Yahudi mengotorkan kawasan itu dengan najis
dan sampah sarap sebagai tanda penghinaan kepada lokasi peristiwa Isra Mikraj itu. Khalifah Umar membersihkan
kawasan itu bersama-sama dengan orang Mukmin yang lain dan membina Masjid al-Aqsa buat kali pertamanya di bumi
Baitulmaqdis itu
Masyarakat Yahudi menganggap Haikal ketiga dan sepatutnya menjadi yang terakhir seharusnya dibangunkan di atas
lokasi yang sama iaitu Haram al-Sharif bahkan perkara yang sama turut dicatatkan di dalam kitab Injil. Perebutan tapak
suci inilah yang menjadi teras konflik antara Islam dan Yahudi selanjutnya menjadikan kawasan suci ini sebagai tempat
krisis yang masih belum selesai sehingga sekarang.

Salah satu tembok yang mengelilingi Haram al-Sharif ini, iaitu tembok di bahagian barat ataupun Western Wall ini
menjadi tempat suci bagi penganut Yahudi. Tembok yang dibina lebih daripada 2,000 tahun yang lampau ini
merupakan satu-satunya bahagian Haikal kedua mereka yang masih wujud. Mereka menganggap Tuhan mereka berada
di sebalik tembok itu dan pandangan mereka terhalang disebabkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Oleh kerana
itu lokasi ini menjadi tempat mereka beribadat dan meratap di atas dosa-dosa yang mereka lakukan dan amalan ini
masalah berlangsung sehingga sekarang ini, susulan dengan itu kadang-kadang tembok ini juga dirujuk sebagai
Wailing Wall ataupun tembok ratapan.
Mengikut agama Kristian pula, Baitulmaqdis juga mendapat kedudukan yang mulia dan dianggap sebagai tanah suci

http://myibrah.com/misteri-baitulmaqdis-dan-haiqal-sulaiman[16/11/2015 3:24:15 PM]

Misteri Baitulmaqdis dan Haiqal Sulaiman MyIbrah.com

mereka. Nabi Isa A.S yang dilahirkan di Baitullaham iaitu sebuah bandar yang berhampiran dengan Baitulmaqdis terus
dibawa ke Baitulmaqdis sebaik sahaja dilahirkan. Semasa remajanya, penganut Kristian percaya bahawa Nabi Isa A.S
pernah berkhidmat untuk mencuci Haikal kedua yang pada ketika itu masih tertegak utuh di Baitulmaqdis. Selain itu
juga, peristiwa penyaliban dipercayai berlaku di dalam kawasan Baitulmaqdis tetapi lokasi yang tepat masih lagi
menjadi pertikaian sarjana-sarjana Kristian.
Pendapat yang paling diterima ramai adalah peristiwa itu berlaku pada tapak di mana tertegaknya sebuah gereja yang
dianggap paling suci oleh penganut Kristian iaitu Gereja Holy Sepulchre, salah sebuah gereja di dalam kawasan kota
lama. Di sini juga dianggap sebagai lokasi orang yang mereka percayai sebagai Nabi Isa A.S dimakamkan. Kota
Baitulmaqdis sehingga kini masih menerima pengunjung Kristian yang ramai dari seluruh dunia terutamanya
menjelang musim Easter.
Perang Salib yang berlaku pada 1099 Masihi juga menunjukkan keazaman penganut Kristian untuk menawan tanah suci
ini daripada penguasaan orang Islam dan mereka telah berjaya menduduki kota ini selama kira-kira 200 tahun
sehinggahlah kota ini dibebaskan oleh panglima Islam yang unggul iaitu Salahuddin al-Ayubbi pada tahun 1187
Masihi. Diriwayatkan bahawa ketika tentera salib dihalau sepenuhnya dari kota, Salahuddin al-Ayubbi sendiri yang
membersihkan Masjid al-Aqsa yang dijadikan kandang kuda oleh tentera salib, manakala Masjid Kubah Batu yang
dijadikan sebagai gereja dikembalikan fungsinya sebagai sebuah masjid.
Penguasaan orang Islam berterusan sehinggalah ke akhir zaman Khalifah Uthmaniyyah yang menyaksikan Baitulmaqdis
dikuasai oleh British sehinggalah mandat penguasaan itu tamat. Kewujudan negara Israel pada tahun 1948
menyaksikan peperangan antara Arab dan Yahudi berlaku untuk menguasai wilayah Palestin yang ketika itu
dibahagikan secara berat sebelah oleh badan dunia PBB.
Penduduk Arab yang mewakili dua pertiga diperuntukkan hanya sepertiga kawasan sementara sepertiga Yahudi
mendapat selebihnya tanah Palestin. Ketika itu PBB mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai wilayah antarabangsa tetapi
pertempuran tentera Israel dan Arab menyebabkan bahagian barat kota jatuh ke tangan Yahudi dan diisytiharkan
sebagai ibu kota negara Israel tetapi tidak diiktiraf oleh dunia.
Bahagian timur Baitulmaqdis dikuasai oleh negara Jordan, termasuklah kawasan kota lama Baitulmaqdis ini. Sehingga
waktu ini, Haram al-Sharif merangkumi keluasan hampir seperlima daripada keluasan kota lama Baitulmaqdis masih
dikuasai oleh orang Islam.
Kota lama Baitulmaqdis terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama adalah bahagian orang Islam iaitu
bahagian yang terbesar antara kesemua bahagian, Kompleks Haram al-Sharif adalah sebahagian daripada kawasan
orang Islam. Bahagian kedua adalah bahagian Yahudi dan selebihnya merupakan bahagian Kristian dan bahagian
Kristian Armenia, iaitu bahagian yang paling kecil antara semua. Walaupun Orang Armenia juga merupakan penganut
Kristian, tetapi mereka mendapat kawasan mereka sendiri di dalam kota dan bilangan mereka juga hanya kecil jika
dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain. Ketika Jordan menguasai kota lama, penganut Yahudi tidak dibenarkan
beribadat di sekitar Western Wall ataupun tembok ratapan itu dan kebanyakan tempat ibadat Yahudi ditutup dan
sebahagian bahagian orang Yahudi di kota lama turut menempatkan penduduk Arab yang menjadi pelarian akibat
wilayah mereka dirampas oleh Israel.
Tetapi perang pada tahun 1967 merubah lanskap kota ini sampai sekarang. Penglibatan Jordan di dalam perang negaranegara Arab dengan Israel menyebabkan bahagian timur kota ini jatuh ke tangan Yahudi, lebih teruk apabila wilayah
Palestin yang selebihnya turut jatuh bersama sehinggalah ke Tebing Barat Sungai Jordan. Mesir pula kehilangan
Semenanjung Sinai dan Genting Gaza sementara Syria terlepas Tanah Tinggi Golan.
Bermulanya kejatuhan Baitulmaqdis ini menyaksikan banyak pencabulan dilakukan oleh bangsa Yahudi ke atas
Baitulmaqdis. Antaranya menjadikan kawasan Western Wall sebagai tapak ibadat mereka selain pembinaan
penempatan haram Yahudi yang mengelilingi kejiranan Arab di dalam usaha memastikan kota ini didominasi secara
penuh oleh Yahudi. Penempatan masyarakat Yahudi turut dibina di dalam bahagian orang Islam.
Rumah-rumah penduduk Palestin dirampas dan digantikan dengan perumahan Yahudi. Lebih teruk lagi apabila kerajaan
Israel meluluskan akta yang menggabungkan timur dan barat Baitulmaqdis sebagai satu kota dan menjadi ibu kota
http://myibrah.com/misteri-baitulmaqdis-dan-haiqal-sulaiman[16/11/2015 3:24:15 PM]

Misteri Baitulmaqdis dan Haiqal Sulaiman MyIbrah.com

Israel yang rasmi menggantikan Tel Aviv yang sebelum ini menempatkan kedutaan-kedutaan asing. Pejabat Presiden
dan Perdana Menteri, kediaman Presiden dan Perdana Menteri, bangunan Parlimen, Mahkamah Agung dan
kementerian-kementerian Israel semuanya dipindahkan ke Baitulmaqdis secara beransur-ansur.
Masjid al-Aqsa juga beberapa kali telah dicabuli termasuklah dibakar oleh fanatik Yahudi sehingga membawa
kemusnahan mimbarnya. Paling diingati adalah peristiwa yang berlaku pada tahun 2000, lawatan penuh provokasi
Perdana Menteri Israel ketika itu iaitu Ariel Sharon ke kompleks Haram al-Sharif. Untuk rekod, Ariel Sharon terlantar
koma akibat serangan strok semasa masih bertugas sebagai Perdana Menteri pada tahun 2006 dan masih tidak sedarkan
diri.
Perlu diingatkan bahawa walaupun Israel menguasai kota ini secara total namun pengawalan kompleks Haram al-Sharif
diberikan kepada badan Islam sebagai kawasan wakaf dan juga Raja Jordan dianggap sebagai penjaga Masjid al-Aqsa.
Bendera negara Israel juga tidak dibenarkan dikibarkan di sekitar Haram al-Sharif. Penganut agama lain juga dilarang
memasuki kompleks suci ini dan askar-askar serta polis Israel berkawal di pintu masuk dan pengunjung mesti
membuktikan mereka ini adalah Islam sebelum memasuki kompleks untuk beribadat. Langkah ini diambil bagi
mengelakkan terjadinya pertikaian seterusnya membawa kepada pertumpahan darah memandangkan lokasi ini amat
sensitif bagi semua penganut agama samawi.
Namun sampai bilakah langkah ini berterusan menjadi tanda tanya memandangkan sikap kerajaan zionis Israel sendiri
yang suka melakukan provokasi ke atas penduduk Palestin dan pengyahudian Baitulmaqdis bukan lagi sesuatu agenda
yang rahsia.
Hari ini, Kota Baitulmaqdis masih berada di bawah kekuasaan bangsa Yahudi yang menyimpan impian untuk
meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang mahu digantikan dengan Haikal ketiga mereka yang dipercayai menjadi Haikal
terakhir mereka, malahan mereka bertungkus lumus melakukan aktiviti carigali di sekitar kompleks Haram al-Sharif
untuk menguatkan dakwaan pemilikan mereka ke atas kawasan suci itu sebelum terbinanya masjid-masjid di atasnya.
Mengikut berita yang tersebar luas, mereka melakukan penggalian di bawah tapak masjid sehingga meletakkan Masjid
al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di dalam risiko keruntuhan akibat aktiviti yang kononnya berlandaskan kerja-kerja
arkeologi itu. Kaum Yahudi kelihatan begitu teruja untuk merealisasikan pembinaan Haikal Sulaiman mereka itu, bagi
mereka pembinaan itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka dan perlu dilaksanakan, yang menjadi
persoalan hanyalah bila Haikal Sulaiman itu akan dibangunkan?
Artikel iluvislam.com

Anda mungkin juga meminati:

Mengapa Yahudi
amat Berkuasa?

Fakta Angka Di
Gaza

Palestin: Fakta
yang Perlu Umat
Islam Tahu

Apabila nilai 1
sama dengan
1027

Sejarah
Penaklukan Israel
ke atas Palestin
Linkwithin

Insuran Takaful
http://myibrah.com/misteri-baitulmaqdis-dan-haiqal-sulaiman[16/11/2015 3:24:15 PM]

Misteri Baitulmaqdis dan Haiqal Sulaiman MyIbrah.com

dari RM10
Individu, Keluarga & Warga
Emas. Pampasan hingga
RM1,000,000

{ 8 comments add one }

khadijah
September 26, 2011, 4:00 am
its good islamic info since we muslim need to know about it

but its a little too long to be read

people who dont like to read could grow bored reading


still its a precious info

its just hav to be presented in a more attractive way

so that every people who come across this blog could finish reading it, understand the whole subject

insyaAllah
Reply
Link

ahmad raqee
October 10, 2011, 12:14 am
wah, baca melayu, komen orang putih.
Reply
Link

mellyna
November 23, 2012, 2:02 am
Its not even wrong to put comments in English though.
Reply
Link

http://myibrah.com/misteri-baitulmaqdis-dan-haiqal-sulaiman[16/11/2015 3:24:15 PM]

Misteri Baitulmaqdis dan Haiqal Sulaiman MyIbrah.com

Dzulkifli
September 27, 2011, 4:11 pm
It would be good if more pictures related to the report are also shown so we can understand thru it even without
being there (Baitulmaqdis).
Reply
Link

Raja Ismael
October 15, 2011, 10:55 am
Should probably be translated to English as well. Itd be better understood.
Reply
Link

Aaron
November 11, 2011, 8:00 pm
Gud info
Reply
Link

Zarifah
February 15, 2012, 1:59 pm
smbg esok,,,best3
Reply
Link

saudagar husin lempoyang


November 23, 2013, 12:45 am
WAUUUU. !!!
Reply
Link
Leave a Comment
Name *

Email *

http://myibrah.com/misteri-baitulmaqdis-dan-haiqal-sulaiman[16/11/2015 3:24:15 PM]

Misteri Baitulmaqdis dan Haiqal Sulaiman MyIbrah.com

Website

Comment

Submit

Next post: Rasulullah & Saintis


Previous post: Apakah hukum jual beli secara Bidding di eBay?

Search for:

Search

ARTIKEL TERBARU
Hukum Nikah Muta'ah
Salahkah Meminang Tunang Orang
Makmum Masbuk Berimamkan Imam Solat Jamak
Dosa Menggugurkan Kandungan
Hukum Tertinggal Tahiyyat Awal
Kategori
Akhirat (237)
Al-Quran (183)
http://myibrah.com/misteri-baitulmaqdis-dan-haiqal-sulaiman[16/11/2015 3:24:15 PM]

Misteri Baitulmaqdis dan Haiqal Sulaiman MyIbrah.com

Aqidah (247)
Berita (44)
Dakwah (322)
English (1)
Fadhilat (54)
General (212)
Hadis (3)
Hukum (142)
Keluarga (71)
Lelaki (116)
Rasulullah (57)
Sains (26)
Sejarah (50)
Soal Jawab (64)
Solat (39)
Sunnah (108)
Wanita (120)
KOMEN TERBARU
anshori skb on Purdah & Niqab Mengikut Empat Mazhab
lan on Maafkanlah Mereka
hudzir on Lelaki Bergelang Tangan
Ana on Jawapan Kepada Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat
Ella Barack on Betapa Malunya Kita Apabila..

Copyright 2015. MyIbrah.com AllahuAkbar 2010 2015. All Rights Reserved.


WP Admin

http://myibrah.com/misteri-baitulmaqdis-dan-haiqal-sulaiman[16/11/2015 3:24:15 PM]

Anda mungkin juga menyukai