Anda di halaman 1dari 2

Langkah-Langkah Menghantar Permohonan Pentadbiran Pusaka Kecil

Sumber: http://norsaadah.com/tag/faraid/

Pusaka kecil ditakrifkan sebagai harta si mati yang bernilai kurang RM2 juta. Semua
harta sama ada harta alih atau harta tak alih dikumpulkan dan akan diagihkan kepada
waris yang berhak.
Sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat dan harta pusakanya bernilai kurang RM2
juta, waris boleh menghantar permohonan ke Pejabat Pusaka Kecil. Ia diuruskan oleh
Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP).

Pertama

Kumpul semua maklumat harta si mati seperti buku akaun, penyata akaun, geran tanah
atau rumah, geran kereta, akaun pelaburan seperti ASB dan unit amanah yang lain,
Lembaga Tabung Haji, KWSP dan lain-lain.
Kumpul salinan kad pengenalan waris termasuk pasangan, anak-anak, ibu dan bapa.
Dapatkan salinan resit cukai harta dan cukai tanah yang terkini.

Kedua

Semak akaun yang mempunyai penama. Contohnya, akaun KWSP dan Tabung Haji. Jika
sudah mempunyai penama, pergi ke pejabat yang berkenaan dan bawa dokumen yang
diperlukan untuk memohon pengeluaran.
Penama bagi si mati beragama Islam adalah pemegang amanah. Sebarang baki dalam
akaun berkenaan hendaklah diagihkan mengikut syariat. Sama ada untuk menjelaskan
hutang terlebih dahulu atau diagihkan mengikut Faraid.

Ketiga

Isi Borang A iaitu borang permohonan awal pentadbiran harta pusaka kecil. Borang ini
boleh dimuatturun di Borang A atau laman web KPTG.
Borang ini mengandungi maklumat pemohon, waris, senarai harta alih dan harta tak
alih serta hutang si mati.
Permohonan boleh dibuat oleh waris si mati seperti balu lelaki atau perempuan, anak
lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (baitulmal) dan sebagainya.
Selain itu, pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah, pemegang gadaian
atau pemegang pajakan tanah si mati, penghulu atau pegawai petempatan yang
diarahkan oleh pentadbir tanah atau Amanah Raya Berhad.
Semua salinan dokumen seperti salinan kad pengenalan dan salinan dokumen harta
hendaklah disertakan bersama permohonan.

Keempat

Simpan dokumen asal dalam fail khas untuk memudahkan rujukan. Fail ini perlu dibawa
semasa perbicaraan.

Kelima

Hantar Borang A beserta dokumen sokongan ke Pejabat Pusaka Kecil berdekatan di


mana harta tak alih didaftarkan. Tunggu proses permohonan (selepas 6 bulan*) oleh
Bahagian Pentadbiran Pusaka dan mereka akan memanggil untuk bicara pada tarikh
yang ditetapkan. Kos bayaran adalah 0.2% dari nilai harta*.

Keenam

Sementara menunggu tarikh bicara, berbincang secara muafakat tentang pentadbiran


harta si mati dan cara paling baik untuk mengagihkannya kepada waris yang berhak.

*Nota Tambahan (Maklumat Dari Encik Muhammad, Unit Pembahagian Pusaka Johor Selatan)

Anda mungkin juga menyukai