Anda di halaman 1dari 21

PERBEZAAN WASIAT

DAN HIBAH
NOTA
EDITOR
SITI ZULAIKHA MOHD

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ini adalah nota hasil


tulisan editor, Siti Zulaikha selepas mengikuti kelas topik
perbezaan Wasiat dan Hibah oleh Tuan Ariffin Sabirin pada 8
Oktober 2017.

Nota penting :
1) Perkongsian di dalam ebook ini cuma ilmu basic dan ditulis
mengikut kefahaman editor. Tulisan ini tidak mewakili mana-
mana pihak berkepentingan.

Harap sedikit perkongsian ini mampu memberi manfaat


kepada pembaca. Terima kasih.
PERBEZAAN
WASIAT DAN
HIBAH
p er b ez aan w asi at d an hi b ah
Bila sebut harta pusaka, yang dalam fikiran kita adalah wasiat.
Nak senang, wasiat lah. Kan?

Apa itu wasiat yang sebenarnya?

Jom kita belajar apa itu wasiat sebenarnya.

Wasiat di Malaysia terbahagi kepada 2 jenis iaitu:


i) Wasiat Pentadbiran
ii) Wasiat 1/3

Apa itu wasiat pentadbiran?


Wasiat pentadbiran adalah yang dibuat oleh bank.
Kebanyakan bank telah menyiapkan wasiat tersebut dan
tinggal kita saja untuk isi details di tempat kosong dan sign.

Dalam wasiat disebut apa?


Saya (nama), no ic melantik (syarikat ini) untuk menjadi
pemegang amanah / wasi. Wasi hendaklah menjalankan tugas
berikut iaitu:
1) Mengumpulkan harta pusaka saya
2) Menjelaskan hutang
3) Mengekalkan harta pusaka ini (maintenance)
4) Mengagihkan harta pusaka ini kepada waris waris mengikut
faraid
5)Menjelaskan segala perbelanjaan dan pengurusan harta
pusaka yang mungkin timbul

Bila kita mati, kita minta supaya syarikat amanah yang kita
lantik ini menguruskan harta pusaka kita. Bukan syarikat
amanah saja yang boleh dilantik untuk menjadi wasi, kita juga
boleh lantik orang lain untuk menjadi wasi.

H a l a l m o n e y .m y 01
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

Siapa yang boleh menjadi wasi?


i) Sesiapa saja yang ada kapasiti dalam undang-undang untuk
menggalas tanggungjawab sebagai wasi. Contoh Syarikat
amanah
ii) Individu yang berumur 18 tahun dan tidak terlibat dalam
bankcrupcy boleh dilantik menjadi wasi
Sesiapa pun boleh menjadi wasi, tidak menjadi masalah.

Contoh:
I) Pasangan (isteri/suami)
II) Anak-anak yang umur 18 tahun ke atas
III) Adik-beradik
IV) BFF (kalau nak lah kan)

H a l a l m o n e y .m y 02
p er b ez aan w asi at d an hi b ah
Namun ada syaratnya, iaitunya:
Contohnya si A meninggal dan bila dikumpulkan hartanya,
jumlah hartanya adalah bawah RM600K dan ada harta alih
saja. Agensi yang menjadi mahkamah untuk mengadili kes
ini adalah syarikat amanah. Harta alih ni contohnya ASB,
tabung haji, saham, dan sebagainya. Syarikat amanah boleh
memberi perintah. (Ada harta alih saja)

Contohnya Si B meninggal dan bila dikumpulkan hartanya,


jumlah hartanya dibawah RM2,000,000, ada harta alih dan
harta tidak alih. Apa itu harta tidak alih? Harta tidak alih ini
contohnya tanah dan rumah. Yang akan menguruskan kes ini
adalah Pejabat Pesaka Kecil. Kebiasaannya terletak di
Pejabat Tanah. Mereka adalah pegawai negeri(Federal
Officer).(Ada harta alih dan harta tidak alih)

Sekiranya ada wasiat dan yang dilantik syarikat


amanah sebagai wasi, harta kita ada RM2,000,000 ke
bawah, untuk harta alih, syarikat amanah boleh keluarkan
perintah. Tetapi untuk harta tidak alih, syarikat amanah tetap
kena dapatkan dari Pejabat Pesaka Kecil. Syarikat
amanah hanya boleh keluarkan perintah untuk harta alih
saja.

Contohnya si C meninggal dan ada harta RM2 ,000,000 ke


atas, ada harta alih dan harta tak alih ataupun salah satu
daripadanya tetapi nilainya lebih RM2,000,000, kes ini akan
dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil. (Ada harta alih dan
harta tidak alih atau salah satunya)

H a l a l m o n e y .m y 03
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

Kesimpulannya,
Harta di bawah RM600,00 (ada harta alih sahaja)
= Kes akan dibicarakan di syarikat amanah

Harta di bawah RM2,000,000 (Ada harta alih dan


harta tidak alih) = Kes akan dibicarakan di Pejabat
Pesaka Kecil

Harta di atas RM2,000,000 (ada harta alih dan


tidak alih) = akan dibicarakan di Mahkamah
Tinggi Sivil

Faham setakat ini? Baik kita sambung bahagian


seterusnya.

H a l a l m o n e y .m y 04
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

Contoh kes:
Sekarang ni kita ada wasiat pentadbiran. Kita buat satu
wasiat. Dalam wasiat ni ada cerita tentang wasi.

Sekiranya harta kita jatuh di bawah bidang kuasa syarikat


amanah (bawah RM600K ke bawah), waris boleh pergi
ke syarikat amanah untuk keluarkan perintah. Syarikat
amanah boleh keluarkan perintah atas nama syarikat
amanah sebagai wasi atau sekiranya ada wasiat, siapa
yang dilantik wasi (contohnya isteri).

Contoh si A buat wasiat dan melantik isteri sebagai wasi. Si


A meninggal dan ada harta di bawah RM2,000,000. Wasi
pergi ke Pejabat Pesaka Kecil untuk buat urusan harta
pusaka. Masa bicara kuasa, waris waris yang
akan hadir bicara kuasa adalah waris waris mengikut
hukum faraid.
Jadi kita tahu tak siapa waris mengikut hukum faraid?
Setiap orang berbeza waris faraid.

Extra point :Kalau waris tak nak bahagian, dia kena isi
borang pelepasan inform tak nak bahagian yang dapat.

Pengurusan harta pusaka kena buat secepat mungkin


selepas si mati meninggal.

H a l a l m o n e y .m y 05
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

Contoh kes

Si A buat wasiat dan lantik isteri sebagai wasi, dia ada


anak perempuan sahaja, ayah dah meninggal lebih awal.
Ada harta RM1,500,00. Yang berhak dalam harta adalah
i) Isteri dapat 1/8 daripada harta
ii) Anak-anak perempuan berkongsi 2/3 harta
iii) Ibu dapat 1/6 daripada harta
iv) Adik beradik

Bagi orang yang kematian ayah lebih awal, tak ada anak
lelaki, adik beradik ada bahagian dalam harta pusaka.

Wasi ni penting sebab nama dia yang akan keluar dalam


surat kuasa mentadbir. Apa yang wasi ni boleh buat?
Antaranya dia boleh pergi bank untuk keluarkan duit.
Boleh pergi JPJ untuk tukar kepada nama dia. Sampai
bicara kuasa, pegawai akan menyatakan si mati
meninggalkan wasiat dan melantik isteri sebagai wasi.
Semua waris setuju ataupun tidak? Jika ada yang tak
setuju, wasiat akan letak tepi. Pejabat Pesaka Kecil akan
bertanya siapa yang akan dilantik menjadi wasi.

H a l a l m o n e y .m y 06
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

( Jika ada waris inginkan juga wasiat yang melantik wasi


ini berkuatkuasa sedangkan ada waris lain menentang
wasiat itu , Pejabat Pesaka Kecil akan menangguhkan kes
pusaka itu supaya waris-waris tadi boleh membawa wasiat
ini ke Mahkamah Syariah untuk disahkan. Pejabat Pesaka
Kecil akan mengikuti apa sahaja perintah Mahkamah
Syariah mengenai wasiat ini.

Masalahnya , tiada satupun Mahkamah Syariah di


Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan
wasiat yang melantik wasi selain melainkan wasiat itu
melantik Majlis Agama Islam Negeri ! )

Namun jika jumlah harta si mati (si A) lebih dari


Rm2,000,000, kes akan dikendalikan oleh Mahkamah
Tinggi Sivil. Hakim akan bertanya adakah semua waris
bersetuju dengan wasi yang dilantik dan ada apa apa
bantahan. Contohnya adik lelaki si mati tidak bersetuju,
hakim akan bertanya kenapa tidak bersetuju dan hujahkan.
Jika hujahan tidak diterima,maka siapa wasi yang dilantik
akan diterima.

Berbeza di Pejabat Pesaka Kecil, jika ada waris tidak


bersetuju maka wasiat itu akan diletak di tepi. Mereka akan
bincang siapa yang boleh dilantik menjadi wasi.

H a l a l m o n e y .m y 07
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

Apa yang harus diambil tahu?


Jika harta kurang dari RM2,000,000 dan dibicarakan di
Pejabat Pesaka Kecil, wasiat yang dilantik wasi akan
berkuat kuasa jika semua waris bersetuju ketika bicara
kuasa.

Jika harta lebih dari RM2,000,000 ke atas dan dibicarakan


di Mahkamah Tinggi Sivil, wasiat akan berkuat kuasa
selepas si mati meninggal.

Jika kita dah ada spesifik planning untuk beri sesuatu


kepada orang yang kita nak (contohnya anak), maka
buatlah hibah. Bukan wasiat.

Extra tips: Kalau buat wasiat, pastikan tanya


“Bila meninggal nanti, caj berapa selepas kematian yang
dikenakan kepada waris saya?”
Jawapannya adalah caj berdasarkan nilai harta pusaka
ketika mati.

H a l a l m o n e y .m y 08
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

Wasiat 1/3
1/3 daripada harta pusaka boleh diwasiat tetapi penerima
wasiat mestilah bukan waris (pihak yang tidak menerima harta
pusaka mengikut hukum faraid)
Siapa yang termasuk dalam golongan ini:
i) Anak angkat
ii) Anak tiri
iii) Anak saudara
iv) Pusat tahfiz
v) BFF

Wasiat adalah untuk bukan waris.Wasiat 1/3 boleh dicabar


oleh waris dan boleh batal.

Contohnya si Ahmad buat wasiat 1/3 kepada Pusat Tahfiz


dan ada waris tidak bersetuju. Si waris boleh kemukakan
hujah yang si Ahmad buat ketika fikiran tidak waras / sedang
koma dan diambil cap jari saja. Bukan contest pemberian.
Tapi contest teknikal. Semua dokumen perlu dibuat dalam
keadaan waras dan sedar.

Jika si mati hanya mempunyai anak perempuan, harta pusaka


akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Contoh kes:
Si A telah membuat wasiat setengah daripada harta diberikan
kepada isteri, ¼ diberikan kepada anak perempuan sulung, ¼
diberikan kepada anak perempuan bongsu. Kemudian si
kakak telah mengemukakan permohonan untuk contest
wasiat tersebut kerana si A mempunyai adik lelaki. Mengikut
hukum faraid, kakak dan adik dia ada bahagian. Kes begini,
wasiat boleh batal.
H a l a l m o n e y .m y 09
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

Hibah

Hibah telah lama dipractise di Malaysia.

Amalan hibah dalam masyarakat Melayu zaman lampau


wujud dalam bentuk ibubapa menyediakan hantaran,
maskahwin, menghibahkan tanah / rumah kepada anak bagi
memastikan kestabilan hidup anak sebagai pasangan baru
berkahwin dan tinggal berasingan dari ibubapa (David J.
Banks,1976)

Contoh kes:
Si A ada harta RM2,000,000 (rumah bernilai RM1,000,000
dan nilai harta yang lain RM1,000,000). Si A telah hibahkan
rumah kepada anaknya. Ia dibolehkan dan waris tak boleh
contest. Baki lagi RM1,000,000 akan masuk kepada faraid.
Rumah yang telah dihibahkan terkeluar daripada faraid dan
tidak boleh dicabar.

Ada orang argue bahawa hibah tak wujud dalam alquran tapi
dia percaya pada harta sepencarian. Sedangkan harta
sepencarian tidak wujud dalam al-quran. Kalau percaya
kepada harta sepencarian, kenapa tak percaya kepada
hibah?

Harta kita, selagi kita masih hidup, terpulang kepada kita nak
buat apa. Bila kita meninggal dunia, segala harta yang tidak
dihibahkan, akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Hibah berkuatkuasa semasa hidup. Berbeza dengan


wasiat, ia berkuatkuasa selepas mati.

H a l a l m o n e y .m y 10
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

Hibah

Hibah telah lama dipractise di Malaysia.

Amalan hibah dalam masyarakat Melayu zaman lampau


wujud dalam bentuk ibubapa menyediakan hantaran,
maskahwin, menghibahkan tanah / rumah kepada anak bagi
memastikan kestabilan hidup anak sebagai pasangan baru
berkahwin dan tinggal berasingan dari ibubapa (David J.
Banks,1976)

Contoh kes:
Si A ada harta RM2,000,000 (rumah bernilai RM1,000,000
dan nilai harta yang lain RM1,000,000). Si A telah hibahkan
rumah kepada anaknya. Ia dibolehkan dan waris tak boleh
contest. Baki lagi RM1,000,000 akan masuk kepada faraid.
Rumah yang telah dihibahkan terkeluar daripada faraid dan
tidak boleh dicabar.

Ada orang argue bahawa hibah tak wujud dalam alquran tapi
dia percaya pada harta sepencarian. Sedangkan harta
sepencarian tidak wujud dalam al-quran. Kalau percaya
kepada harta sepencarian, kenapa tak percaya kepada
hibah?

Harta kita, selagi kita masih hidup, terpulang kepada kita nak
buat apa. Bila kita meninggal dunia, segala harta yang tidak
dihibahkan, akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Hibah berkuatkuasa semasa hidup. Berbeza dengan


wasiat, ia berkuatkuasa selepas mati.

H a l a l m o n e y .m y 11
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

Ketika buat hibah ada ijab dan qabul.

Rukun:
i) Harta (mawhub)
ii) Pemberi (wahib)
iii) Penerima (mawhub lahu) – kena jelas dan precise siapa
penerima. Anak yang belum lagi lahir tak boleh masuk dalam
penerima hibah.
iv) Sighah (Ijab dan Qabul)
Contohnya Si Ali nak hibahkan rumah kepada anaknya.
Ijab: Saya, Ali bin Abu, No kad pengenalan xxxx, dengan ini
menghibahkan rumah saya di Taman Sejora kepada anak
perempuan saya Amirah binti Ali dan melantik isteri saya, Anis
binti Aiman sebagai wali(pemegang amanah)

Qabul : Saya, Anis binti Aiman, No kad pengenalan xxxx,


sebagai wali kepada anak saya, dengan ini menerima hibah
yang diberikan.

Syarat : Qabd- Mawhub lahu mesti boleh bertasarruf dengan


mawhub. Tiada bentuk tertentu yang ditetapkan fuqaha’.
Penguasaan kepada harta.

H a l a l m o n e y .m y 12
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

Perbincangan tentang Al-Qabd

Boleh berlaku dalam 3 bentuk iaitu

i) Tindakan iaitu ada bukti penerima hibah telah


menerima dan menguasai mawhub. Contohnya Si Ali ingin
menghibahkan rumah kepada anaknya, Amirah. Jadi dia
kata
“Ayah ada rumah di Taman Seroja. Kamu uruskanlah
rumah ni. Ayah hibahkan kepada kamu.”
“Saya setuju,ayah”
Amirah alert dengan hibah ni dan mula uruskan rumah
tersebut.

ii) Konstruktif – Tak bercakap mengenai apa yang akan


dihibahkan Cuma ada dokumen yang dibuktikan hibah itu
berlaku. Penerima hibah telah menerima. Dalam dokumen
si pemberi menyebut untuk menhibah harta kepada
penerima.

iii) Hakiki iaitu pindahmilik di Pejabat Tanah mengikut


undang-undang. Contohnya si Ali telah memindah milik
rumah kepada anaknya si Amirah.

Di pejabat tanah tiada borang hibah. Yang ada cuma


borang 14A ( borang pindah milik). Apa saja yang telah
dipindah milik, tidak boleh ditarik balik. Contohnya si Ali
telah memindah milik rumahnya kepada anaknya, si
Amirah. Si Ali TIDAK boleh menarik balik keputusannya
kerana rumah tersebut telah sah menjadi hakmilik Amirah.
Hibah yang diberikan kepada anak-anak boleh dibatalkan
sesuka hati tanpa persetujuan anak-anak.

H a l a l m o n e y .m y 13
p er b ez aan w asi at d an hi b ah
Namun begitu, hibah yang diberikan kepada isteri tidak
boleh dibatalkan sesuka hati tanpa persetujuan isteri.
Hibah yang berupa bentuk cash lebih senang dibahagikan
berbanding hibah yang berupa bentuk tanah.
Menurut Sunnah, hibah sunat disamaratakan. Ianya tidak
wajib, cuma Sunnah. Kalau disamaratakan, dapat pahala
Sunat.

Hibah harta bercagar

Pemilikan harta terbahagi kepada 2 jenis iaitu pemilikan


sempurna (Milk al tam) dan juga pemilikan tidak sempurna
(Milk al naqis).
i) Pemilikan sempurna (milk al tam) – pemilik bebas
melakukan apa saja transaksi contohnya renovation, jual,
sewakan.
ii) Pemilikan tidak sempurna (milk al naqis) – pemilik tidak
bebas melakukan apa saja transaksi.
Hibah ke atas harta bercagar hanya boleh dilakukan ke atas
harta milik sempurna. Jika hibah dilakukan ke atas harta
orang lain, hibah tersebut boleh terbatal.

Maksud harta bercagar


Harta bercagar bermaksud harta yang dibeli digadai atau
diserah hak semula kepada pembiaya (bank atau kerajaan)
sebagai jaminan untuk kepentingan peminjam dan institusi
kewangan atau kerajaan.

Tujuannya adalah:
i) Untuk dijadikan sebagai jaminan kepada institusi
kewangan atau kerajaan yang memberi pinjaman
ii) Untuk membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan
kepada penjual atau pemaju.
H a l a l m o n e y .m y 14
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

Pandangan mengikut mazhab

Pandangan Syafie dan Hambali:


i) Hibah yang dilakukan ke atas harta orang lain yang bukan
milik kita adalah batal
ii) Kaedah umum Syafie : “ Apa saja yang boleh dijualbeli
maka ia harus dihibahkan”

Pandangan Hanafi dan Maliki:


i) Jika harta yang dihibah bukan dimiliki oleh pemberi, maka
ia boleh menjadikan hibah itu terbatal bergantung kepada
keizinan pemilik atau pemegang gadaian (prinsip qabalah lil
ibtal)
ii) Kebenaran dari pemegang gadaian perlu diperolehi bagi
mengsahkan hibah ini.
iii) Menjadi urf (amalan) pembelian harta secara pinjaman.
iv) Jarang terdapat pembelian secara tunai

Contoh kes:
Ali ada RM50,000 dalam tabung haji dan hibahkan kepada
anaknya, Amirah. Tiba-tiba, Amirah meninggal. Duit tersebut
akan menjadi harta pusaka Amirah dan difaraidkan kepada
warisnya. Hibah jenis ini adalah jenis Hibah mutlak.

H a l a l m o n e y .m y 15
p er b ez aan w asi at d an hi b ah
Soalan : “Anak umur berapa baru boleh dihibahkan harta?”
Jawapan : Sejak anak itu ada sijil lahir.

Waris yang dapat harta pusaka bertanggungjawab untuk


menjaga anak-anak si mati, bukan terima harta secara
percuma saja.

Kelebihan hibah adalah ia boleh bertukar bila-bila masa


saja.

Jika waris nak lepaskan sesuatu bahagian dalah harta


pusaka, dia kena tahu berapa banyak bahagian dia.

Contohnya si Ali meninggal dunia dan ada RM200,000


dalam kwsp. Si isteri, Aisyah telefon mak Ali
“Mak, Ali ada tinggalkan duit dalam KWSP. Mak nak tak duit
tu?”
“Takpelah. Ambil je lah untuk cucu-cucu mak.”

Ini adalah salah sebab Aisyah kena nyatakan jelas berapa


jumlah bahagian mak Ali.

Setelah seseorang itu meninggal dunia, ada 3 benda yang


dia akan tinggalkan.
i) Amal jariah
ii) Ilmu yang bermanfaat
iii) Doa anak yang soleh
Kenapa amal jariah dan ilmu yang bermanfaat datang dulu
sebelum doa anak yang soleh? Kerana amal jariah dan ilmu
yang bermanfaat kita boleh kawal. Doa anak yang soleh kita
tak boleh kawal.
H a l a l m o n e y .m y 16
p er b ez aan w asi at d an hi b ah

"Antara wasiat, hibah dan faraid,


yang mana lebih baik?"

Jawapannya, semua baik. Setiap satunya


ada kelebihan masing-masing. Ambil tahu
dan mulakan merancang macam mana nak
uruskan harta.

H a l a l m o n e y .m y 17
Untuk mendapatkan ilmu kewangan dan
pelaburan, boleh follow kami di

HalalMoney.my HalalMoneyMy

Terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai