Anda di halaman 1dari 14

Jenis- Jenis Hibah

1. Hibah Biasa

2. Hibah Amanah

3. Hibah Bersyarat
Hibah biasa

- Mesti harta mutlak


- Perjanjian semasa hidup , ada pemberi, ada penerima dan barang atau harta
- Hadiah

Hibah Amanah

- Perjanjian antara pemberi , penerima, pemegang Amanah, dan barang/harta


- Pemegang Amanah boleh lantik lawyer
- Barang akan di amanahkan oleh pemegang Amanah untuk diberi pada anak/pewaris
mengikut kehendak.

Hibah bersyarat

Khusus dan istimewa untuk sijil Takaful

Perjanjian adalah di antara pemberi hibah (pemunya polisi takaful), penerima hibah (Penama dalam
sijil takaful) dan barang / harta hibah (pampasan takaful)

Hibah Bersyarat mempunyai keistimewaan sendiri dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
(IFSA). Anda boleh rujuk sendiri di sini : Hibah Bersyarat.

Hibah bersyarat adalah salah satu instrumen untuk harta pusaka, dimana keluarga boleh
mendapatkan tunai dalam keadaan cepat berbanding pengurusan harta seperti rumah dan kereta.
Akta itu sendiri, menjaminkan bahawa syarikat takaful perlu membayar dalam masa 60 hari.

 Pilih instrumen hibah terbaik untuk pengurusan harta pusaka anda.


Filosopi pengenalan

Harta dan kuasa merupakan amanah Allah yang perlu diuruskan dengan bijak dan berlandaskan
SyariatNya. Secara ringkasnya, pengurusan harta secara Islam bermatlamat memperolehi hasanah di
dunia dan akhirat

Syariat Islam yang syumul turut menggariskan panduan lengkap berkaitan pengurusan harta selepas
kematian melalui undang-undang Pusaka Islam yang lengkap dan sistematik berkaitan pengagihan
harta melalui instrumen wasiat, Hibah dan wakaf

sekiranya instrumen ini diuruskan dengan teratur dan menepati kehendak syarak, maka nasib
golongan yang ada hak dan berhak pasti terbela.

Merujuk kepada kitab Mughil Muhtaj tulisan As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini yang telah
menyatakan bahawa antara perkara yang perlu diselesaikan ke atas harta si mati adalah zakat yang
belum ditunaikan, barang-barang gadaian yang belum ditebus, hutang si mati ke atas harta yang
ditinggalkan, harta sepencarian, wakaf, nazar, hibah yang telah sempurna rukunnya tetapi belum
dipindah milik, perbelanjaan pengebumian, hutang dan wasiat.
Kontent

Pembahagian Harta Tanpa Wasiat Untuk Orang Islam


Katakanlah anda meninggal dunia sebelum sempat membuat wasiat ataupun
memang memilih untuk tak buat wasiat, apakah yang akan berlaku kepada harta
anda?

Jawapannya adalah, semua harta akan diagihkan mengikut Faraid. Tetapi, apakah itu
Faraid?

 Faraid adalah sebahagian daripada undang-undang Islam yang berkaitan


dengan pembahagian aset kepada waris-waris yang sah seseorang yang telah
meninggal dunia, berdasarkan hukum agama Islam. Asas hukum Faraid
adalah berdasarkan Al-Quran dan Hadith.
 Mengikut portal rasmi E-Syariah, harta pusaka (Faraid) terbahagi kepada dua,
iaitu:
a) Harta tidak alih seperti tanah dan rumah.
b) Harta alih seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji,
insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas, dan seumpamanya.

Tetapi, anda semua perlu tahu yang pengagihan Faraid tak boleh berlaku dengan
serta-merta!

Di bawah adalah senarai tentang apa yang akan terjadi kepada harta anda apabila
anda meninggal dunia tanpa membuat sebarang wasiat, dan apa yang perlu
dilakukan oleh waris sah anda.

1) Harta pusaka akan dibekukan

Sejurus selepas anda meninggal dunia, semua harta pusaka akan dibekukan dan
tidak boleh diambil atau dituntut oleh sesiapa pun.

Harta tersebut hanya boleh diagihkan apabila kes pembahagian telah diselesaikan.

2) Membuat permohonan Sijil Faraid

Untuk memulakan proses Faraid harta atau memfailkan kes Faraid, waris perlu
menghantar borang untuk memohon Sijil Faraid. Antara dokumen yang perlu
disediakan waris adalah:

 Borang permohonan yang lengkap.


 Salinan sijil kematian si mati atau surat akuan.
 Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran/surat akuan.
 Salinan geran harta/buku akaun/penyata.
 Sijil nilaian hartanah (jika ada).
 Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka (RM30/RM20/RM10).

3) Ikuti setiap proses dengan teliti

Waris perlu memastikan yang semua proses diikuti dan dibuat dengan teliti supaya
pengagihan dapat diluluskan dan diuruskan dengan lancar.

Inilah proses yang terlibat dalam permohonan Sijil Faraid:

 Menyerahkan permohonan.
 Terima permohonan.
 Semak.
 Jika lengkap, terima dan tandatangan.
 Siasatan terhadap waris dijalankan pada hari pendaftaran, atau pada hari lain seperti
yang ditetapkan.
 Pengiraan akan dilakukan apabila siasatan selesai.
 Dapatkan sijil dalam tempoh 5 hari selepas siasatan setiap ahli waris selesai.
 Notifikasi akan diberi apabila siasatan telah tamat.

4) Dapatkan persetujuan waris

Mengikut sistem Faraid, semua ahli waris menurut Al-Quran mesti bersetuju untuk
memilih pentadbir yang sama. Perlantikan pentadbir tersebut juga mesti dilakukan
secara bertulis.

Siapakah waris menurut Al-Quran dan pentadbir?

 Waris menurut Al-Quran adalah waris yang berhak untuk mendapatkan bahagian
yang ditetapkan daripada harta si mati seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran.
 Pentadbir adalah seseorang yang dilantik untuk mentadbir harta peninggalan si mati
seperti waris, bukan waris, institusi pengurusan harta pusaka atau peguam
Content

Soalan Lazim Tentang Pembahagian Faraid


Berikut adalah antara soalan popular yang sering menjadi tanda tanya apabila ada
keluarga yang mahu membuat urusan Faraid:

1) Bagaimanakah harta si mati dibahagikan mengikut sistem Faraid?

Prosesnya sama sahaja seperti mempunyai wasiat yang sah, tetapi untuk kes
Faraid, harta si mati akan dibahagikan mengikut Hukum Syariah.

Keutamaan akan diberikan kepada peruntukan perbelanjaan pengebumian dahulu,


dan diikuti dengan bayaran hutang tertunggak termasuk zakat, haji yang tidak
lengkap, dan Nazar (janji kepada Allah untuk berbuat sesuatu jika hajat tercapai).

2) Bagaimanakah pula dengan waris di bawah umur 18 tahun atau mereka yang
kurang upaya?

Pembahagian akan didepositkan ke dalam Akaun Amanah Raya dan boleh dituntut
apabila waris mencapai umur 18 tahun, atau umur yang dipersetujui dalam Surat
Ikatan Amanah.

Bagi yang kurang upaya pula, pembahagian akan diberikan kepada penjaga yang
dipilih untuk proses penjagaan waris tersebut.

3) Apakah asas yang dipertimbangkan oleh Mahkamah untuk membolehkan


seseorang menerima pusaka atas sebab perkahwinan?

Antara asas-asas yang dipertimbangkan (mengikut portal rasmi E-Syariah) ialah:

 Sama ada perkahwinan itu sah atau tidak mengikut Hukum Syarak.
 Sama ada kematian berlaku sebelum atau selepas akad nikah.
 Adakah pasangan pernah bersama atau tidak?
 Adakah harta tersebut milik si mati atau tidak?
 Sekiranya bercerai hidup, adakah dalam eddah talak rajie?
4) Apakah status penama terhadap harta si mati?

Seperti yang dinyatakan di dalam portal rasmi E-Syariah, Jawatankuasa Fatwa


Kebangsaan tahun 1973 telah memberikan pendapatnya dalam Mesyuarat Raja-raja
pada 20 September 1973.

Telah dipersetujui bahawa penama-penama KWSP, wang simpanan pejabat pos,


bank, insuran, dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang
melaksanakan wasiat si mati atau wasi.

Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk


dibahagikan kepada orang yang berhak mengikut faraid.

5) Apa yang akan berlaku jika tiada ahli keluarga yang masih hidup dan tiada yang
menuntut harta pusaka si mati?

Di dalam kes tersebut, harta si mati akan diserahkan kepada Baitumal. Ia adalah
perbendaharaan atau badan pengurusan harta benda dan sumber kewangan
masyarakat Islam.

Pilihan Mana Yang Perlu Saya Ambil?


Tiada siapa yang boleh mengatakan wasiat itu lebih baik daripada Faraid ataupun
sebaliknya.

Namun, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kekecohan di masa akan


datang, anda dinasihatkan untuk membuat wasiat jika ada peluang.

Lagi satu yang kami ingin ingatkan, wasiat itu bukanlah sesuatu yang dibuat semasa
hendak meninggal atau berada di ambang maut, tetapi seeloknya dilakukan semasa
tengah sihat dan masih boleh berfikir dengan waras!

 
Content

Adakah Wujud Undang-Undang Hibah Di Malaysia?


Di Malaysia, tiada undang-undang khusus berkaitan hibah pernah diluluskan. Bidang
kuasa mengenainya hanya termaktub di bawah Butiran 1, Senarai II Jadual
Kesembilan Perlembagaan Persekutuan berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Bidang kuasa ni diterjemahkan dalam Seksyen 46(2)(b)(v) dan (vi), Akta Pentadbiran


Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993.

Peruntukan ni menetapkan yang Mahkamah Syariah berkuasa mendengar dan


memutuskan prosiding “penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai
dengan wang atau nilaian wang seseorang beragama Islam”.
Apakah Yang Perlu Saya Lakukan Untuk Buat Hibah?
Permohonan hibah biasanya dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah dan proses
penghibahan telah diringkaskan mengikut prosedur berikut, seperti di portal
rasmi Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS):

1. Penghibah perlu mengisi borang dengan lengkap


2. Pegawai yang mengurus menerima borang yang telah lengkap berserta
dengan yuran yang telah ditetapkan
3. Pegawai mendaftarkan permohonan ke dalam sistem rekod hibah
4. Penyediaan draf dokuman perisytiharan hibah
5. Penyemakan dokuman perisytiharan hibah
6. Temujanji dengan Penghibah dan Penerima Hibah untuk tandatangan
dokuman
7. Membuat pengesahan dokuman perisytiharan hibah di LHDN (Lembaga Hasil
Dalam Negeri)
8. Melaksanakan hibah melalui proses pindah milik di PTG (Pejabat Tanah dan
Galian) atau mana-mana jabatan yang berkaitan
9. Pendaftaran pindah milik (jika berkaitan)
10. Mengesahkan Hibah di Mahkamah Syariah (jika berkaitan)
11. Penyerahan Perisytiharan Hibah kepada penghibah
12. Simpan satu Salinan dokuman Perisytiharan Hibah dalam almari besi
berkunci
13. Terima permohonan pembatalan (jika berkaitan)
Content

Apakah Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB)?


Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) ni muncul sebagai penyelesaian kepada
mereka yang nak hibahkan rumah tapi masih belum habis bayar dengan bank.

HBRB akan membantu anda mendapatkan “pemilikan sempurna” tapi dengan syarat perlu
ada jaminan yang hutang rumah tersebut akan dilangsaikan bila pemberi hibah meninggal
dunia.

“Bolehkah saya hibahkan rumah yang masih ada hutang dengan pihak bank?”

Jawapannya ialah BOLEH, dengan syarat mendapat keizinan penggadai atau


peminjam, pendek kata, bank yang memberi pinjaman tu. 

Jadi, untuk pastikan ada jaminan yang baki pinjaman rumah habis dibayar jika pemberi
hibah meninggal dunia, perlindungan takaful ke atas pinjaman seperti MRTT atau
MLTT boleh digunakan.  

Bolehkah Perjanjian Perumahan Bersama Dihibahkan?


Kebanyakan daripada kita kalau dah berkahwin, barangkali akan buat pinjaman
bersama. Yerlah, kalau gaji seorang tak cukup, kenalah gaji berdua dengan
pasangan.

Tapi, apabila rumah yang dibeli itu tidak dilakukan HBRB, ia akan menjalani sistem
faraid jika salah seorang pasangan meninggal dunia.

Katakan pinjaman perumahan tu, separuh-separuh bayar, bila terjadi kematian


suami, isteri hanya berhak kepada 50% yang dibayarnya, sedangkan 50% lagi nilai
rumah tersebut akan dibahagikan mengikut faraid ikut pecahan tersedia.

Anda boleh lakukan hibah pinjaman bersama dengan syarat dapat kelulusan bank
atau pemberi pinjaman la untuk jadikan ia sah ikut rukun dan syarat penghibahan. 
Jadi, HBRB membolehkan pasangan menghibahkan bahagiannya kepada pasangan
yang masih hidup, sekiranya berlaku kematian. Disebabkan dah ambil perlindungan
insurans MRTT/MLTT tu, baki bayaran pinjaman pasangan yang meninggal dunia
dah selesai.

Kesimpulannya, sebelum menghibah, ambil kira semua baik buruk yang mungkin ada
dan pastikan anda bersedia sepenuhnya untuk menghibah.

Bukan apa, seringkali kita terdengar mengenai perebutan harta pusaka antara
pewaris selepas kematian. Perkara tulah yang kita semua nak elak kan?

Jadi berapa MRTT /MLTT perlu diambil, jawapannya mengikut perjanjian pinjaman,
jika nilai pinjaman hartanah adalah RM500K, suami membuat perlindungan
sebanyak RM250K DAN BEGITU JUGA ISTERI.

Anda mungkin juga menyukai