Anda di halaman 1dari 13

Subjek : LAW 683

UNDANG-UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM

Tajuk Assignment : Wasiat, Wasiyah, Harta Penama Dan Harta Sepencarian

Pensyarah : Tuan Mohamad Firdaus Bin Mohed

Kumpulan : 2B

Nama Pelajar : 1. MOHD AFIQ BIN ABDULLAH [2023


2. M. HAFIZ BIN ZAINOL ABIDIN [2023195927]
3. SHARIFAH SHAHIRA BINTI SHARIF ADAM
[2023984789]
4. KHAIRIAH AFLIZA BINTI AHMAD SHA’ARI
[2023143729]
5. NABILA
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

ISI KANDUNGAN
1. Wasiat

i. Definisi & Jenis-Jenis Wasiat


ii. Dalil Pensyariatan & Hukum
iii. Rukun & Syarat Wasiat
iv. Kadar Wasiat
v. Isu Wasiat
vi. Wasiat Wajibah

2. Wasiyah

3. Harta Penama

4. Harta Sepencarian

2|Page
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

PENDAHULUAN
Wasiat merupakan salah satu instrument perancangan pembahagaina harta
bagi orang islam. Ianya amat digalakkan bagi memudahkan pengurusan harta
malahan ia juga boleh mengelakkan isu pertikaian harta di antara keluarga, waris
dan saudara si mati.

Prinsip asas dalam Wasiat boleh dibuat secara lisan atau bertulis menurut S.
3 Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999. Wasiat hanya
berkuatkuasa selepas kematian. Wasiat yang dibuat kepada bukan waris dan pada
kadar 1/3 harta pewasiat atau kurang adalah wajib dilaksanakan. Manakala Wasiat
yang dibuat pada kadar lebih daripada 1/3 harta pewasiat sama ada kepada waris
atau bukan waris boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris-waris yang lain.
Wasiat yang dibuat kepada waris boleh ditolak oleh waris-waris lain dan kembali
kepada hukum faraid.

Walaubagaimanapun, masih terdapat pelbagai isu-isu yang berbangkit di


kalangan masyarakat mengenai hal ini. Oleh itu, masyarakat perlu didedahkan
maklumat berkenaan wasiat dan juga memberi kesedaran betapa pentingnya
perancangan harta pusaka di peringkat awal dengan membuat wasiat.

i.DEFINISI WASIAT DARI SEGI BAHASA, ISTILAH, MAZHAB DAN PARA


FUQAHA

Definisi wasiat boleh dilihat dari segi peruntukan undang-undang, bahasa,


istilah, mazhab dan para fuqaha.

Menurut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 2, Enakmen Wasiat


Orang Islam (Negeri Selangor) 1999; Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa
hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi
maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak,
selepas dia mati.

Dari segi bahasa wasiat berasal daripada perkataan ‘wassa’ yang bererti
memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati.
Menurut Mazhab Syafi'i pula, wasiata merupakan pemberian atau sumbangan harta

3|Page
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

oleh seseorang kepada orang lain setelah dia mati sama ada disebut perkataan
wasiat atau tidak.

Manakala dari segi istilah pula, wasiat adalah pemberian atau sumbangan
oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada
perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak.

Menurut Mazhab Syafie, wasiat adalah pemberian suatu hak yang boleh
dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan
menggunakan lafaz atau tidak. Abdul Karim Zaydan, memberi milik kepada
seseorang secara sukarela yang dilaksanakan selepas kematian pewasiat sama ada
benda atau manfaat. Pandangan para fuqaha’ pula, wasiat adalah suatu pemberian
oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk
dimilik oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.

Menurut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bil.


2/2018; sesuatu wasiat yang dibuat kepada waris adalah tidak berkuatkuasa
melainkan jika dipersetujui oleh waris-waris lain selepas kematian pewasiat.

Terdapat empat (4) jenis wasiat iaitu wasiat mutlak, wasiat bersyarat, wasiat
am dan wasiat khas.

Wasiat Mutlak adalah wasiat yang bebas dan tidak terikat dengan mana-
mana syarat tertentu yang diletakkan oleh pewasiat. Menurut Imam Syafei dan
Hanbali, wasiat mutlak ini berkuatkuasa selama-lamanya.

Wasiat Bersyarat pula adalah wasiat yang mengandungi syarat oleh pewasiat.
Selagi syarat-syarat itu memenuhi kehendak hukum syarak, maka wasiat itu adalah
sah, sebaliknya jika tidak memenuhi hukum syarak, maka wasiat itu terbatal.

Bagi Wasiat Am pula, ia lebih kepada berbentuk umum contohnya kepada


penduduk sesebuah kampung ataupun bandar. Terdapat perbezaan pandangan
fuqaha berkenaan penerima wasiat ini. Imam Syafei menyatakan bahawa hanya 3
orang di dalam sekumpulan orang Sahaja. Manakala menurut mazhab Hanafi dan
Abu Yusuf pula, seorang sudah memadai dari sekumpulan orang tersebut. Berbeza
pula dengan pandangan Muhammad Hassan al-Sybani dimana sekurang-kuranya
hanya dua orang sudah memadai. Walaubagaimanapun, pendapat fuqaha, Imam

4|Page
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

Syafei, Hanafi, Hanbali dan lain-lain ialah hanya waris pewasiat yang berhak
menentukan maksud sebenar yang terkandung di dalam pemberian tersebut.

Wasiat keempat adalah wasiat khusus iaitu wasiat yang dikhususkan untuk
pihak-pihak tertentu sahaja.

ii. DALIL PENSYARIATAN & HUKUM

Pada zaman awal Islam, kesemua harta kepada ibu bapa dan sanak saudara
adalah wajib sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah ayat 180
yang bermaksud;

“Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati,


jika dia meninggalkan harta, hendaklah dia membuat wasiat untuk ibu bapa dan
kaum kerabat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang
yang bertakwa

Namun demikian, para sahabat sepakat bahawa ayat di atas dimansuhkan apabila
turunnya ayat al mawarith iaitu surah An Nisa ayat 11, 12 dan 176. Ayat-ayat ini
secara khusus menerangkan pembahagian harta yang telag ditetapkan kepada
waris-waris dalam pembahagian harta pusaka.

Pensyariatan juga diambil dariapda Surah An Nisa ayat 11 yang bermaksud;

“Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh


si mati dan sesudah dibayar hutangnya.”

Manakala menurut ayat Surah Al Maidah ayat 6-pula bermaksud,

“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi


kamatian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh
dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan agama dengan
kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya
kematian”.

Kedua-dua ayat di atas adalah jelas menerangkan bahawa bagaimana wasiat


itu dilaksanakan.

5|Page
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

Selain daripada itu juga, terdapat juga hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah
bin Umar R.A, dimana Rasulullah SAW bersabda bahawa,

“Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin


diwasiatkan tidur dua malam melainkan dia menulis wasiat di sisinya.” (Riwayat
Muslim)

Mengikut pendapat mazhab sunni yang empat dan al-Zaidiyyah bahawa


sesungguhnya wasiat itu tidak difardhukan ke atas setiap orang yang mempunyai
harta dan tidak juga difardhukan untuk kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang tidak
menjadi waris, akan tetapi hukumnya adalah bergantung kepada keadaan-keadaan
tertentu seperti berikut:-

a) Wajib – jika terdapat tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan


seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan.
Begitu juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar
tidak dikenali oleh orang lain.

b) Sunat – jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan


mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang
miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah.

c) Harus – jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mana
mereka bukan dari golongan yang berilmu dan beramal soleh.

d) Makruh – jika pewasiat seorang yang kurang berada dan mempunyai


wariswaris yang ramai serta memerlukan harta.

e) Haram – jika berwasiat kepada perkara yang haram.

iii.RUKUN & SYARAT WASIAT

Terdapat emapt (4) rukun wasiat dan syarat yang perlu kita ketahui apabila ingin
membuat wasiat.

a) Pewasiat (al-Musi)

Pewasiat adalah orang yang membuat tawaran (ijab) untuk berwasiat semasa
hidupnya. Pewasiat disyaratkan kepada syarat-syarat yang tertentu antaranya:

6|Page
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

i. Milikan sempurna - Pewasiat hendaklah pemilik harta secara milikan


sempurna pada masa kematian;
ii. Baligh - Bagi mazhab Hanafi, Syafie dan Zahiri, mensyaratkan baligh bagi
seseorang pewasiat manakala mazhab Maliki dan Hanbali pula
berpendapat bahawa pewasiat hendaklah seorang yang mumaiyyiz;
iii. Berakal (tidak gila) – Menurut mazhab Hanafi dan Syafie, gila yang
berterusan bagi satu tempoh waktu yang panjang akan membatalkan
wasiatnya jika dia mati dalam keadaan tersebut;
iv. Redha dan pilihan sendiri; dan
v. Cerdik (al-rusyd) – Mazhab Syafie mensyaratkan pewasiat adalah seorang
yang cerdik

b) Penerima wasiat (al-Muso lahu)

Penerima wasiat adalah orang yang menerima (qabul) wasiat yang dibuat
oleh pewasiat. Penerima wasiat terbahagi kepada dua (2) kategori sama ada
individu atau institusi. Disyaratkan penerima wasiat hendaklah terdiri daripada
syarat-syarat berikut iaitu:-
i. Penerima wasiat, institusi atau badan yang tertentu (seperti masjid)
dan disyaratkan bukan untuk tujuan maksiat;
ii. Penerima wasiat hendaklah wujud secara hakiki atau taqdiri;
iii. Penerima wasiat hendaklah diketahui dengan jelas;
iv. Penerima hendaklah seorang yang boleh menerima harta dan boleh
memberi milik harta. Bagi kanak-kanak yang belum mumaiyyiz,
penerimaan hendaklah dibuat oleh wali malnya;
v. Penerima wasiat bukan seorang pembunuh. Walaubagaimanapun,
mazhab Syafie mengharuskan seorang pembunuh menerima wasiat;
vi. Penerima wasiat bukan kafir harbi; dan vii. Penerima wasiat bukan dari
kalangan waris melainkan setelah mendapat persetujuan waris-waris
yang lain.

c) Harta yang diwasiatkan (al-Muso bih)

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:-

7|Page
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

i. Harta yang hendak diwasiatkan itu hendaklah mal hakiki seperti harta
alih dan harta tak alih dan mal hukmi iaitu manfaat;
ii. Harta itu hendaklah harta mutaqawwim iaitu harta yang boleh
dimanfaatkan di sisi syarak;
iii. Harta itu boleh dijadikan hak pemilikan;
iv. Harta itu wujud dalam pemilikan pewasiat pada masa wasiat itu
dilakukan;
v. Harta itu tidak terikat dengan hutang yang ditanggung oleh pewasiat
pada masa kematiannya; dan
vi. Harta itu hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 harta prwasiat kecuali
telah dipersetujui oleh ahli-ahli waris selepas kematiannya

d) Sighah iaitu ijab dan qabul.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:-


i. Sighah wasiat hendaklah dengan lafaz yang sorih, kinayah ataupun
isyarat;
ii. Qabul hendaklah diterima oleh penerima wasiat individu tertentu, jika
penerima institusi maka tidak disyaratkan qabul;
iii. Qabul oleh penerima wasiat hendaklah dibuat selepas kematian
pewasiat. Penerimaan atau penolakan yang dibuat pada masa hidup
pewasiat tidak diambil kira; dan
iv. Qabul oleh pewasiat tidak disyaratkan dengan segera

iv.KADAR WASIAT

Pewasiat digalakkan mewasiatkan harta tidak melebihi satu pertiga. Ia


berdasarkan hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. ketika Rasulullah SAW
melawat beliau yang sedang sakit:

‫ إَّن َك أْن‬،‫ والُّثُلُث َك ِثيٌر‬، ‫ فالُّثُلُث‬: ‫ قاَل‬، ‫ الُّثُلُث‬: ‫ ُقلُت‬،‫ ال‬: ‫ قاَل‬،‫ فالَّش ْط ُر‬: ‫ ُقلُت‬،‫ ال‬: ‫ ُأوِص ي بماِلي ُك ِّلِه؟ قاَل‬،‫يا َر سوَل ِهَّللا‬
‫َت َد َع وَر َث َت َك أْغ ِنياَء َخ ْيٌر ِمن أْن َت َد َع ُهْم عاَلًة َي َتَك َّفُفوَن الَّن اَس في أْيِديِه ْم‬

Yang bermaksud: “Ya Rasulullah, bolehkah aku ingin berwasiat semua


hartaku? Jawab baginda: “tidak”, Aku berkata: “setengah?” Jawab baginda: “tidak”,

8|Page
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

aku berkata lagi: “Satu pertiga” Jawab baginda: “Satu pertiga dan satu pertiga itu
banyak”, “sesungguhnya engkau meninggalkan waris itu kaya lebih baik daripada
dia meminta-minta daripada manusia dengan tangan mereka.” (Riwayat al-Bukhari)

1/3 dikira daripada harta bersih setelah dijelaskan kos urusan pengebumian dan
hutang pewasiat. Sekiranya pewasiat menanggung hutang yang banyak hingga
kehabisan segala hartanya, maka wasiatnya tidak perlu dilaksanakan.

Kesan positif daripada sekatan berwasiat hanya sekadar 1/3 sahaja daripada
harta peninggalan pewasiat adalah untuk memelihara kebajikan waris-waris
pewasiat yang berhak ke atas harta peninggalan tersebut. Ini ialah kerana
berkemungkinan sama ada secara sedar atau tidak pewasiat akan menafikan harta
peninggalannya kepada waris-waris yang berhak dengan melepaskan kesemua
hartanya atau mengurangkan bahagian mereka hingga menjejaskan kadar bahagian
mereka. Wasiat yang tidak dijelaskan kadar sebenar yang sepatutnya diterima oleh
penerima wasiat dan gagal mendapatkan penjelasan yang sebenar daripada
kenyataan pewasiat maka menurut mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali terpulanglah
kepada waris-waris pewasiat untuk menentukan kadar yang sebenar.

Walaupun telah ditetapkan kadar maksima harta yang boleh diwasiatkan adalah
1/3 tetapi para sahabat dan para fuqaha’ bersetuju bahawa kadar sebaik-baiknya
untuk berwasiat adalah tidak melebihi kadar maksimum tersebut. Ini bersandarkan
kepada beberapa hadis berkaitan wasiat yang menekankan bahawa berwasiat
dengan kadar 1/3 adalah banyak dan menurut hadis yang diriwayatkan oleh Sa’ad
bin Waqqas dan Sa’ad bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa
kadar 1/3 itu adalah banyak.

Para sahabat sendiri iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali tidak berwasiat
dengan kadar 1/3 di mana masing-masing berwasiat hanya sekadar 1/5 daripada
harta mereka dan begitu juga dengan Saidina Umar yang berwasiat dengan kadar
1/4 bahagian daripada hartanya. Menurut Qatadah, sebaik-baik berwasiat adalah
dengan kadar 1/5 bahagian harta dan demikian juga pendapat ahli-ahli fiqh Basrah.
Menurut al Sha’bi, kebanyakan ulama’ cenderung dengan kadar 1/4 dan 1/5
daripada bahagian harta sahaja.

9|Page
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

V.ISU WASIAT

Para jumhur fuqaha bersetuju bahawa wasiat kepada waris adalah tidak
diharuskan dan wasiat hanya sah dibuat kepada bukan waris yang menerima
bahagian harta di bawah peraturan faraid. Berdasarkan kepada pandangan ini, asal
hukum wasiat kepada waris adalah tidak sah melainkan jika waris lain bersetuju
dengan wasiat yang dibuat ketika pewasiat meninggal dunia. Dengan demikian,
pelaksanaan wasiat kepada waris adalah bergantung kepada persetujuan dan
keizinan daripada waris yang lainnya.

Ini adalah berdasarkan kepada sandarannya hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas
r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ال وصيَة لوارٍث إال أن يشاَء الورثُة‬

Yang bermaksud: “Tidak boleh berwasiat kepada waris melainkan jika


diizinkan oleh warisnya yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu, sesuatu wasiat yang dibuat kepada waris adalah tidak berkuatkuasa
melainkan jika dipersetujui oleh waris-waris yang lain selepas kematian pewasiat. Ini
dapat dilihat di dalam keputusan-keputusan kes mahkamah yang telah dibicarakan.

Di dalam kes NCMD v ARC (2019) 4 SHLR 45, mahkamah telah memutuskan
bahawa wang yang berjumlah RM4,317.58 yang diwasiatkan kepada MDHAR tidak
melebihi 1/3 kadar daripada keseluruhan harta simati. Oleh itu, wasiat adalah sah di
sisi hukum syarak dan memenuhi kehendak Seksyen 26 (1) Enakmen Wasiat
Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 walaupun MDHAR sebenarnya adalah anak
angkat kepada si mati.

Manakala di dalam kes Sheikh Abdul Latif dan lain-lain lwn Sheikh Elias Bux
[1915] 1 (FMSLR 204) pula Mahkamah Rayuan di Selangor telah memutuskan
bahawa sahnya wasiat dan pembahagian harta seorang Islam hendaklah mengikut
undang-undang Islam seperti yang ditadbir oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
dan di bawah undang-undang Islam seseorang Islam tidak boleh mewasiatkan lebih
dari 1/3 dari harta kepunyaannya pada masa ia meninggal dunia dan baki hartanya

10 | P a g e
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

hendaklah dibahagikan kepada ahli warisnya mengikut bahagian yang ditetapkan


oleh undang-undang Islam.

Mahkamah juga merujuk kepada kes Amanullah bin Haji Ali Hasan v Hajjah
Jamilah bte Sheik Madar [1975] 1 MLJ 30 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan
bahawa pewasiat yang cuba memberi lebih 1/3 dari hartanya kepada seorang anak
lelakinya adalah tidak sah dan diperintahkan diberikan kepada ahli waris yang lain
mengikut Hukum Syarak

Di dalam kes Siti binti Yatim v Mohamed Nor bin Bujai (1983) 3 JH 217;
[1928] 6 FMSLR 135, si mati telah mewasiatkan bahawa kesemua hartanya
diberikan kepada anaknya Mohamed Nor bin Bujal. Tujuan si mati berbuat
sedemikian adalah untuk menghalang isterinya daripada mendapat semua bahagian
dalam hartanya kerana beliau berpendapat isterinya telah pun diberi cukup harta
semasa hidupnya. Wasiat Bujal yang mengutamakan anaknya dengan
mengenepikan hak isterinya adalah tidak sah.

Begitu juga dengan keputusan kes In re the will of M Mohamed Haniffa


Deceased; AbdulJabbar v M Mohamed Abubacker [1940] 1 MLJ 286 dan kes
Katchi Fatimah v Mohamed Ibrahim [1962] MLJ 374, dimana mahkamah turut
memutuskan bahawa wasiat kepada ahli waris yang melebihi 1/3 tanpa persetujuan
ahli waris yang lain adalah tidak sah.

Selain daripada itu juga, timbul juga isu wasiat lain seperti sama ada wasiat
boleh dibatalkan ataupun dicabar.

Merujuk kepada S. 12 Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999,


Pewasiat boleh tarik balik atau batalkan wasiat selagi masih hidup; Pewasiat boleh
batalkan secara nyata atau tersirat dan dengan cara Pewasiat melakukan perbuatan
yang menunjukkan beliau menarik balik wasiatnya.

Wasiat juga boleh dicabar dimana wasiat kepada waris iaitu waris-waris boleh
pertikai dan boleh untuk tidak bersetuju; atau wasiat yang diragui kesahihannya
dimana waris menafikan kewujudan wasiat si mati dan wasiat yang bertentangan
dengan hukum syarak dimana wasiat si mati yang bersalahan dari segi arahan
wasiatnya.

11 | P a g e
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

VI.WASIAT WAJIBAH

Apa yang kita tahu mengenai wasiat wajibah?

Di Malaysia, wasiat wajibah adalah pembahagian sebahagian daripada harta


peninggalan si mati kepada cucu yang kematian ibu atau bapa sebelum datuk atau
nenek atau mereka mati serentak yang menyebabkan cucu tersebut tidak mendapat
bahagian daripada harta pusaka datuk atau nenek mereka kerana dihalang (mahjub)
oleh bapa atau ibu saudara.

Menurut fahamn biasa masyarat, wasiat wajibah adalah apabila seorang si


mati meninggal dunia, meninggalkan cucu, cucu itu tidak berhak ke atas harta
pusaka si mati (datuk) kerana datuk mempunyai anak lelaki yang lebih layak.

Akan tetapi, menurut Seksyen 27, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Selangor) 1999 (Pindaan 2016), setiap negeri berbidang kuasa membuat undang-
undang berhubung dengan perkara ini. Undang-undang memberikan agihan harta
peninggalan kepada cucu tersebut dengan kadar dan syarat-syarat tertentu sebagai
wasiat (bukan secara pusaka) ia adalah bertujuan bagi menjaga kebajikan cucu-
cucu yang telah kematian bapa tersebut supaya mereka juga memperoleh bahagian
daripada harta peninggalan datuk mereka.

VII.HIKMAH WASIAT

Apabila seorang Muslim yang meninggal dunia telah membuat wasiat, maka
terdapat beberapa hikmah antaranya mendekatkan diri kepada Allah dengan
amalan kebajikan melalui harta yang ditinggalkan; dapat menambah pahala dan
menampung kekurangan dalam ibadah yang dilakukan semasa hayat; melahirkan
kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT; membantu
menampung keperluan orang-orang fakir dan miskin yang tidak bernasib baik dan
mengeratkan silaturrahim dengan kaum kerabat yang tidak menerima harta pusaka.

12 | P a g e
Wasiat, Wasiyah, Harta Penama & Harta Sepencarian

13 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai