Anda di halaman 1dari 2

MENGURUS FARAID 

Pengertian Faraid 
Ketetapan hak dan bahagian waris ke atas harta pusaka seseorang si mati berdasarkan hukum
syarak.
Pengurusan Faraid
Perintah Faraid adalah satu akuan rasmi yang mengandungi maklumat tentang nilaian harta
pusaka si mati dan waris-waris berhak yang beragama Islam serta bahagian-bahagian yang
berhak mereka peroleh ke atas harta pusaka selepas dibuat pengiraan faraid yang telah
disahkan dan dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah melalui kuasa yang diperuntukkan oleh
undang-undang.
Selepas berlaku kematian, tindakan segera perlu diambil untuk menguruskan harta pusaka si
mati tanpa bertangguh. Sikap yang suka bertangguh akan mengakibatkan tuntutan dan
pembahagian pusaka tergendala sekaligus memberi implikasi yang besar kepada ahli waris yang
berhak khususnya kepada anak-anak kecil (sekiranya ada) yang memerlukan harta pusaka
tersebut untuk kelangsungan hidup mereka.

Sebaik-baik pendekatan yang perlu dilaksanakan sebelum membuat permohonan rasmi


menerusi peruntukan undang-undang iaitu memohon Perintah Faraid. Waris-waris si mati
hendaklah terlebih dahulu menunaikan kewajipan-kewajipan tertentu mengikut syarak dan perlu
dilaksanakan mengikut aturannya. Kewajipan-kewajipan itu ialah belanja penyelenggaran
jenazah, penunaian hutang, pembahagian harta sepencarian, penyempurnaan wasiat dan
kemudian pembahagian harta pusaka kepada waris-waris yang berhak. Begitu juga perkara-
perkara seperti gadaian, tuntutan jual beli, sekatan hak kepentingan tanah dan lain-lain juga
perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian pusaka dilakukan.

Perintah Faraid mampu untuk meminimumkan perkara-perkara negatif yang berkaitan dengan
pengurusan harta pusaka daripada berlaku antaranya penipuan atau penyembunyian waris yang
berhak, penganiayaan hak waris, manipulasi sesama anggota waris kerana di dalamnya tercatat
butiran waris dan bahagian yang akan diterimanya yang mempunyai kesan dari sudut undang-
undang.
Klasifikasi Nilaian Kes Faraid untuk Permohonan Perintah Faraid
Penentuan nilaian harta pusaka sesuatu permohonan Perintah Faraid adalah penting untuk
melihat Mahkamah mana yang berbidang kuasa ke atasnya sama ada Mahkamah Rendah
Syariah ataupun Mahkamah Tinggi Syariah. Ia dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu:
a)  Mahkamah Rendah Syariah

Bagi kes permohonan Perintah Faraid yang didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah
hendaklah nilai keseluruhan harta pusaka tidak melebihi seratus ribu ringgit (RM100,000.00)..
b)  Mahkamah Tinggi Syariah

Bagi kes permohonan Perintah Faraid yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah
nilai keseluruhan harta pusaka melebihi seratus ribu ringgit (RM100,000.00). Selain mengikut
nilaian, kes faraid yang berlapis (munasakhat) juga diselesaikan di Mahkamah Tinggi Syariah.
Di mana Permohonan Sijil/ Perintah Faraid boleh dibuat?
Semua waris adalah berhak memohon bagi permohonan Faraid.
Permohonan Sijil/ Perintah Faraid adalah tertakluk kepada peruntukan negeri masing-masing.
Sila rujuk Majlis Agama Islam Negeri untuk maklumat lanjut.
Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut;
Senarai Semak Borang Faraid - JAKESS

Anda mungkin juga menyukai