Anda di halaman 1dari 7

Author

Message
Topic : Falsafah Pengajaran Saya
M20151000086
Norazlin Binti Mohd Rusdin
Replies :3
Views : 25

General Forum : FORUM 1 Posted On : 02 Oct 2016 01:52:13 AM


Subject : Re : Falsafah Pengajaran Saya

Selamat Sejahtera Shanti,

Saya sangat bersetuju dengan Shanti yang berpegang pada


falsafah mengajar sebagai seuatu yang menyeronokkan dan
dilakukan dengan penuh minat. Ia merupakan suatu falsafah
yang perlu dipegang oleh setiap insan bergelar guru.
Guru minat dan seronok mengajar
Guru minat dan seronok bersama-sama murid
Guru minat dan seronok merancang P&P yang bermakna
Guru minat dan seronok menyediakan bahan bantu P&P
Guru minat dan seronok mentaksir murid
Guru minat, seronok yang puas melihat murid mempelajari sesuatu pada
setiap sesi P&P
Guru minat, seronok dan puas melihat murid pada hari ini lebih baik
daripada semalam
Guru minat, seronok dan puas melihat murid menguasai pembelajaran
pada tahap optimum
Guru minat, seronok dan puas melihat murid berjaya, berjaya dan terus
berjaya.

Akhir kata, saya ingin berkongsi satu 'quote' yang menarik


daripada Elberts Eisntein.

Topic : Falsafah Pengajaran Nazrul


M20151000086
Norazlin Binti Mohd Rusdin
Replies :4
Views : 19

General Forum : FORUM 1 Posted On : 02 Oct 2016 01:39:36 AM


Subject : Re : Falsafah Pengajaran Nazrul

Assalamua'laikum Nazrul,

Saya sangat tertarik dengan falsafah Nazrul berkenaan guru


perlu mampu memberikan inspirasi kepada pelajarnya dan
'quote'
Bad Teacher complains, Good Teacher explains, Better
Teacher demonstrates, Best Teacher motivates, Great
Teacher inspires
Satu kelebihan yang sangat besar jika guru berupaya
menjadi sumber inspirasi kepada murid-muridnya. Pada
pendapat saya, ilmu pengetahuan guru yang luas,
kemahiran yang dikuasai oleh guru secara mendalam dan
bagaimana guru menggunakan kedua-duanya dengan caracara yang menarik dan berkesan dapat memberikan

inspirasi kepada murid-murid.

Rata-ratanya, murid-murid terutamanya murid cerdas


memandang tinggi kepada kebijaksanaan yang guru lahirkan
melalui kata-kata, perbuatan dan pengajaran yang
dilaksanakan dan mereka akan mencuba untuk 'meniru' dan
menjadi seperti guru mereka. Dalam hal ini, adalah amat
penting untuk guru menjadi role-model yang terbaik.

Ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya. Saya banyak


membina kuiz menggunakan perisian atas talian iaitu
Kahoot! dan Quizizz. Kuiz-kuiz ini dimuatkan di blog P&P
Matematik saya. Saya menggalakkan murid-murid
menjawab kuiz-kuiz ini semasa sesi P&P dan juga di luar
waktu P&P. Murid saya bukan sahaja berminat menjawab
kuiz-kuiz tersebut, bahkan mereka minat untuk cuba
menggunakan perisian-perisian tadi dan ingin membina kuiz
sendiri. Ia merupakan sesuatu yang sangat positif bagi diri
saya dan murid saya yang baru berada di Tahun 3.

Topic : Falsafah Pengajaran Saya


M20151000086
Norazlin Binti Mohd Rusdin
Replies :4
Views : 14

General Forum : FORUM 1 Posted On : 02 Oct 2016 01:22:11 AM


Subject : Re : Falsafah Pengajaran Saya

Salam sejahtera, Poovvanes,

Saya setuju dengan falsafah yang Poovvanes pegang. Saya


tertarik tentang falsafah Poovvanes "Saya mesti menguasai
topik". Bagi diri saya sendiri, ia juga sesuatu yang dipegang
teguh. Seorang guru yang hebat dengan isi kandungan mata
pelajaran yang dipelajari. Bukan sekadar itu sahaja, malah
guru juga perlu tahu bagaimana hendak memanipulasikan
pengetahuan yang 'extra' ini bagi menarik minat dan
memberikan inspirasi kepada murid. Murid-murid cerdas ada
kalanya
mempunyai
pengetahuan
melebihi
skop
pembelajaran mereka di dalam kelas. Pernah seorang murid
Tahun 2 bertanya kepada saya "Cikgu, bila kita akan belajar

yang dalam kurungan?". Ini bermaksud murid-murid


mempunyai pengetahuan melangkaui apa yang mereka
pelajari dalam silibus mereka dan sewajarnya guru perlu
sentiasa berpengetahuan tinggi dan mempunyai jawapan
kepada setiap pertanyaan murid.

Saya suka mendedahkan murid-murid cerdas saya dengan


pengetahuan Matematik yang lebih tinggi daripada silibus
mereka. Bukan tujuan untuk mereka memikirkannya secara
mendalam hanya untuk memberi pendedahan yang lebih
luas kepada mereka berkenaan ilmu Matematik.
Adakalanya, mereka boleh menjawab soalan membuka
minda yang saya berikan kepada mereka kerana mereka
juga suka membaca dan 'explore'. Sebagai contoh, dalam
topik Bentuk bagi Tahun 3, buku teks hanya
memperkenalkan tiga jenis prisma iaitu prisma segitiga,
prisma segiempat sama dan prisma segiempat tepat.
Namun begitu, saya mendedahkan mereka dengan prismaprisma lain seperti prisma segilima "pentagonal prism",
prisma segienam "hexagonal prism" dan sebagainya.
Contoh kedua, murid-murid Tahun 2 hanya belajar tentang
segiempat sama dan segiempat tepat. Saya meluaskan lagi
minda mereka dengan mendedahkan mereka kepada
kepelbagaian bentuk segiempat. Saya menguji mereka
dengan melukis gambar sebuah rombus dan meminta
sesiapa di kalangan mereka menamakannya. Sangat
mengujakan apabila ada murid yang boleh menamakannya
dengan tepat. Ini menggalakkan perasaan ingin tahu dalam
diri kebanyakan murid dan mendorong mereka untuk
meneroka ilmu Matematik dengan lebih gigih dengan inisiatif
sendiri menggunakan buku-buku mahupun teknologi.

Guru yang berpengetahuan tinggi dapat memberikan


inspirasi kepada murid-murid untuk berusaha menimba lebih
banyak ilmu berkaitan Matematik terutamanya dengan cara
meneroka dan pembelajaran terarah kendiri.
Topic : falsafah pengajaran
General Forum : FORUM 1 Posted On : 02 Oct 2016 12:50:31 AM
Subject : Re : falsafah pengajaran

M20151000086
Norazlin Binti Mohd Rusdin
Replies :5
Views : 15

Salam sejahtera, Cikgu Laavanya.


Saya bersetuju dengan falsafah pengajaran Cikgu Laavanya
dan saya tertarik untuk mengupas secara ringkas berkenaan
melatih pelajar untuk pembelajaran terarah kendiri (selflearning). Saya sendiri juga menggalakkan pelajar saya
untuk
pembelajaran
kendiri
melalui
aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang 'independent' atau tidak terlalu
bergantung kepada guru semasa proses belajar dan
melaksanakan tugasan yang diberikan sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah.
Sememangnya satu prinsip yang sangat baik untuk
dipegang; mendidik murid untuk berdikari, memiliki
keyakinan diri yang tinggi dan bermotivasi serta berupaya
untuk pembelajaran terarah kendiri. Murid juga dididik agar
mempunyai kesedaran yang optimum, komited dan
bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.
Saya juga menggunakan pendekatan ICT dalam
menggalakkan pembelajaran terarah kendiri dalam diri murid
saya selain aktiviti-aktiviti pembelajaran berasaskan
pembinaan pengalaman yang bermakna sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Saya menggunakan
blog P&P Matematik saya sebagai platfrom. Pelbagai bahan
P&P Matematik saya muatkan dalam blog tersebut dan saya
telah melatih murid saya untuk menggunakannya dengan
cekap. Jika saya tiada di sekolah kerana menghadiri kursus
dan sebagainya, saya akan menyediakan bahan dan latihan
yang berkenaan dalam blog tersebut. Guru ganti hanya perlu
membawa mereka ke makmal dan mereka dengan
sendirinya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan
dengan baik.
BLOG MATEMATIK SAYA

Topic : Forum 1: Falsafah Pengajaran


M20151000086
Norazlin Binti Mohd Rusdin
Replies :2
Views : 14

General Forum : FORUM 1 Posted On : 02 Oct 2016 12:27:40 AM


Subject : Forum 1: Falsafah Pengajaran

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera, Prof dan Rakanrakan Sepengajian yang Saya Hormati,

FALSAFAH PENGAJARAN

Pengajaran dilakukan sebagai satu ibadat dan


tanggungjawab dengan kesedaran minda dan jiwa untuk
memberikan yang terbaik kepada murid dengan hasrat
dapat mencetuskan perubahan positif pada diri murid
selepas setiap sesi pengajaran. Perubahan positif ini tidak
hanya tertumpu kepada perkembangan pembelajaran dan
kognitif murid tetapi juga dari segi tingkah laku dan akal budi
murid.
Menyuap murid dengan jawapan tidak akan menjadikan
murid leih bijak walaupun jawapannya mungkin semua betul.
Murid hanya akan benar-benar belajar melalui pembelajaran
berasaskan pengalaman sendiri;
Belajar Melalui Kesilapan;
Belajar Menerima Kesilapan;
Belajar Memperbetulkan Kesilapan.

Belajar Berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran;


Belajar Menerima Perkongsian;
Belajar Memberi dan Menerima Dalam Kumpulan dan
Dalam Kelas

Pengajaran ialah berkenaan usaha mendidik dalam


kesungguhandan cara terbaik, sesuai dengan keperluan dan
minat murid agar murid dapat belajar sesuatu ilmu atau
kemahiran atau pengalaman baru yang bermanfaat bagi
dirinya pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran pula berkenaan murid menerima atau


membina ilmu pengetahuan/ kemahiran/ pengalaman baru

yang bermanfaat bagi dirinya dari konteks yang positif


melalui aktiviti pembelajaran bersifat penerokaan,
menggalakkan penaakulan dan berasaskan pembinaan
pengalaman secara aktif dalam individu murid itu sendiri
yang diperkukuhkan melalui perkongsian bersama-sama
rakan-rakan.

Guru berperanan sebagai penggerak utama dalam


penyediaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dihasratkan.
Murid diterima sebagai gifted, bijak, berpotensi serta
berkeupayaan tinggi untuk belajar melalui pengalaman dan
bimbingan apabila perlu.

Guru sebagai role model


Guru sebagai Idola
Guru Pencetus Inspirasi

Cikgu Puan Norazlin binti Mohd Rusdin

Anda mungkin juga menyukai