Anda di halaman 1dari 2

BUNGA CENGKIH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya,


Bunyamin bin Mohd Yussof akan menyampaikan sebuah cerita
rakyat bertajuk Bunga Cengkih.

Di dalam sebuah negeri, raja dan sekalian rakyatnya malu


untuk bercakap. Ini adalah kerana mulut mereka berbau busuk.

Apakah wabak yang menyerang negeri kita ini? tanya raja.

Apabila raja dihadap oleh pembesar dan rakyatnya, semuanya


diam membisu. Mereka takut hendak bercakap kerana bau
busuk mulut mereka.

Pada suatu hari, di dalam taman larangan, puteri raja bersama


dayang-dayangnya keluar bermain. Mereka juga diam tidak
bercakap. Mulut mereka semuanya berbau busuk. Tiba-tiba
seekor burung murai terbang dan hinggap di sepohon bunga.
Murai itu berkicau dengan rancak. Ia seolah-olah sedang
bercakap dengan tuan puteri. Puteri raja tetap membisu.

Murai itu berkicau lagi dan mematuk-matuk bunga yang ada


pada pohon itu.

Puteri raja telah pergi ke pokok bunga itu. Bunga kecil itu
diambil dan dimakannya. Selepas beberapa hari dia berbuat
begitu, bau busuk di mulutnya hilang. Mulutnya berbau wangi
pula. Sejak hari itu, puteri raja seorang sahajalah yang tidak
malu untuk bercakap.

Raja pun bertanya akan rahsia puteri baginda itu. Perihal pokok
bunga itu pun diceritakan oleh puteri baginda. Baginda
memerintahkan rakyat-rakyatnya menanam dan memakan
bunga pokok itu.

Sejak itulah juga penyakit mulut berbau itu hilang. Semua


rakyat terlalu gembira. Mereka boleh berkata-kata dan tidaklah
diam lagi.
Semua rakyat menanam pokok itu. Akhirnya, bunga itu menjadi
hasil negeri. Bunga itu dikenali dengan nama bunga cengkih.
Saya sudahi kisah ini dengan serangkap pantun.

Tersebut kisah sebuah negeri

Dulu sepi kini berseri

bunga cengkih nama di beri

Kaya khasiat tidak terperi

Daripada kisah ini, kita dapat 2 pengajaran. Pertama, kita


mestilah berani mencuba sesuatu yang baru. Kedua, Kita
hendaklah selalu berfikir tentang keajaiban ciptaan Tuhan. Dari
itu, kita mungkin dapat selesaikan masalah yang kita hadapi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai