Anda di halaman 1dari 1

HTTP://BERITA.RTM.GOV.MY/INDEX.

PHP/NASIONAL/1641-DUA-PELAJAR-SEKOLAHMAUT-SEORANG-PENJAJA-CEDERA-DALAM-KEMALANGAN-DI-KAJANG

DUA PELAJAR SEKOLAH


MAUT, SEORANG PENJAJA
CEDERA DALAM
KEMALANGAN DI KAJANG

Januari 14, 2016

Ditulis oleh BeritaRTM

Published in Nasional

Kuala Lumpur - Dua pelajar perempuan maut manakala seorang penjaja cedera dirempuh sebuah van yang
dilanggar sebuah lori di hadapan sebuah sekolah di Bandar Damai Perdana, Kajang tengah hari tadi.
Dua pelajar yang maut itu dikenali sebagai Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, masing-masing berumur 13 tahun.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari, lori tanpa
pemandu itu menggelongsor menuruni bukit selepas lima minit diletakkan di kawasan itu.
Pemandunya difahamkan meninggalkan lori tersebut untuk makan tengah hari di kawasan berdekatan.
"Selain melanggar van tanpa pemandu yang diletakkan di bahu jalan, lori terbabit turut melanggar dua buah kereta
serta
34
buah
motosikal
yang
berada
di
hadapan
sekolah
itu.
"Kedua-dua mangsa yang tersepit di bawah van berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan Bomba dan
Penyelamat Kajang serta Jabatan Pertahanan Awam dan disahkan maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui
pemberita
di
lokasi
kejadian.
Willey berkata pemandu lori warga Indonesia itu kemudian ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat di
bawah
Seksyen
304
A
Kanun
Keseksaan.
Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat manakala penjaja wanita yang cedera dibawa
ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menerima rawatan.

Anda mungkin juga menyukai