Anda di halaman 1dari 2

(RESEPI LENGKAP) = Char Kuey Teow Penang Style

Bahan-bahan : (Char Kuey Teow)


500g kueyteow Jenis kecil (Penang style)
300g udang
200g kerang
150g taugeh
100g kucai
1 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu cili giling
4 sudu sos char kuey teow
3 biji telur
Air rebusan udang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan : (Kicap paste)
200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
250 ml air
4 biji bawang putih (dikisar)
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis
2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
Bahan-bahan : (Sampingan)
Cili jeruk
Cili Merah (dihiris)
Bawang Goreng
** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih.
Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja.
Cara-cara :
1) Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang
diketepikan dulu. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil
stoknya. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam
gula dan kiub ikan bilis. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh
simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
2) Tumis bahan tumisan hingga bau wangi. Masukkan cili boh & tumis hingga pecah minyak.

Masukkan sos char kueyteow dan kacau. Masukkan udang & kerang dan Gaul sehingga rata.
Masukkan kueyteow, kucai, taugeh dan gaul. Pecahkan telur bila kueyteow agak2 nak masak.
Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan air biasa untuk dapatkan kuahnya &
perasakan dengan garam. Gaul & terus angkat.
3) Hidangkan terus agar Char kuey Teow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.
Note :
- Paste ni seelok2nya sediakan lebih awal sebelum nak goreng char kuew teow. Katanya lagi sodapp
la kalau sediakan awal2 dari masak waktu nak goreng char kuey teow tu.

Cara buat kuah kicap char koey teow :


- Kicap manis + kicap masin + air (nisbah masin manis 1:1 dan air untuk banyakkan kuah)
Cara buat sambal cili char koew teow
- Cili kering + belacan + bawang putih + bawang besar + air (bahan dikisar halus)
Cara sediakan bawang putih
- Bawang putih+air dikisar halus (untuk tumis bagi naik aroma)

Anda mungkin juga menyukai