Anda di halaman 1dari 2

3.

0 PENGHASILAN PRODUK
3.1 Laporan Sesi Temubual Bersama Guru Bimbingan Kaunseling Di Sekolah
Kebangsaan Duyong , Kuala Terengganu

Tarikh : 10 Februari 2014


Hari

: Isnin

Masa : 8.00 pagi 9.00 pagi

3.1.1 Profil Guru Bimbingan dan Kaunseling


Pada satu sesi temubual yang telah kami lakukan, kami telah dipertemukan
dengan seorang guru bimbingan dan kaunseling. Nama beliau ialah Puan Yuzalwane
Binti Yusof atau lebih dikenali sebagai Cikgu Wani. Beliau dilahirkan di kediamannya
iaitu di Kuala Bekah pada tahun 1971. Kini usia beliau telah mencecah 43 tahun.
Beliau telah berkhidmat sebagai seorang pendidik selama 19 tahun bermula pada
tahun 1995 sehingga sekarang. Khidmat beliau sebagai seorang guru bimbingan dan
kaunseling bermula setelah 7 tahun beliau berkhidmat dalam bidang pendidikan.
Pada 2001, beliau telah menghadiri kursus kelayakan dalam bidang kaunseling
selama 14 minggu. Bermula pada tahun tersebut, beliau ditugaskan dari seorang
guru subjek Bahasa Melayu kepada guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.
Tugas beliau sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling bermula pada tahun
2002 di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga. Di sana, khidmat beliau sebagai
guru bimbingan dan kaunseling dari tahun 2002 sehingga 2013, iaitu selama 11
tahun. Kini, beliau telah bertukar Sekolah Kebangsaan Duyong dan mula berkhidmat
di sana.
3.1.2 Kemahiran Asas Yang Digunakan Semasa Sesi Kaunseling
Hasil daripada sesi temuabual bersama beliau mengenai kemahirankemahiran yang digunakan semasa sesi bimbingan dan kaunseling bersama klien,
beliau kebiasaannya menggunakan teknik penyoalan. Pada peringkat awal, beliau
cuba membina hubungan dengan klien beliau dengan cara memulakan sesi dengan
bertanya khabar dan sebagainya. Setalah hubungan diwujudkan, beliau mengajukan
beberapa soalan lain bagi merangsang murid untuk berinteraksi dan menyatakan

masalah kepada beliau. Selain itu, dalam sesi beliau, kebanyakannya beliau memberi
nasihat dan cuba memupuk kesedaran kepada murid yang bermasalah untuk
melakukan perubahan. Bagi murid yang mempunyai masalah dari segi bersosial,
beliau sentiasa menggunakan khidmat murid-murid lain untuk membantunya seperti
mewujudkan kumpulan. Murid yang bermasalah akan cuba berinteraksi dengan
rakan-rakan sebaya mereka seaktif yang boleh. Berdasarkan apa yang dijelaskan
oleh beliau, kaedah yang digunakan oleh beliau sesuai untuk murid-murid diperingkat
sekolah rendah ini. Tiada permasalahan yang serius berlaku di sekolah rendah
melainkan hanya masalah dari segi pembelajaran dan sosial.
3.1.3 Cabaran Yang Dihadapi Dalam Melaksanakan Program Bimbingan dan
Kaunseling di Sekolah.
Antara cabaran yang wujud dalam melaksanakan program bimbingan dan
kaunseling di sekolah ini ialah kerjasama daripada murid itu sendiri. Bagi beliau, agak
mencabar bagi menyediakan murid kearah berkongsi masalah. Kebanyakan muridmurid yang datang tidak memberitahu apa masalah yang dihadapi. Jadi, pelbagai
soalan beliau harus ajukan kepada murid. Namun kebanyakannya murid memilih
untuk berdiam dan tidak mahu menjawab segalanya soalan yang diajukan. Seperti
yang dinyatakan, klien yang datang ini adalah murid. Jadi, mereka masih tidak tahu
cara untuk mereka meluahkan masalah mereka. Pada masa ini, itulah cabaran yang
dihadapi memandangkan tugas beliau di sekolah ini masih baru dan jumlah klien
yang merujuk khidmat beliau masih kecil.

3.2 Rumusan
Rumusan yang dapat dibuat melalui temubual bersama beliau ialah khidmat
bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah hanyalah berkisar dengan jiwa kanakkanak yang sedang membesar. Tiada masalah yang terlalu serius yang dirujuk. Kaedahkaedah yang digunakan hanyalah kaedah yang biasa di mana bertujuan untuk murid
memberitahu masalah dan berinterkasi dengan beliau.

Anda mungkin juga menyukai