Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan

Pendidikan moral merupakan sebahagian daripada pendidikan negara.


Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral
adalah bertujuan untuk murid-murid mengenalpasti, menjelaskan dan membatinkan
nilai-nilai yang berasaskan kepada agama,tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
Begitu juga dengan penyemakan semula sukatan Pendidikan Moral pada tahun 1999
yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran. Ia adalah bertujuan untuk
membentuk

generasi

yang

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

boleh

menyumbang kearah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.


Negara kita Malaysia sedang menuju ke arah negara maju. Pelbagai dasar
yang dinamik dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial telah dan akan
dilaksanakan. Guru adalah agen sosialisasi dan agen perubahan serta agen
pembangunan negara yang sangat penting. Setiap tahun banyak wang negara yang
dilaburkan untuk kepentingan pendidikan dalam Negara. Guru merupakan salah satu
agen yang berperanan penting dalam merealisasikan aspirasi negara. Bagi
memastikan guru pendidikan Moral berperanan dalam merealisasikan aspirasi
negara, guru moral terlebih dahulu memperkukuhkan sahsiah sehingga boleh
menjadi contoh. Para guru perlu mengamalkan etika profesion perguruan supaya
peranan mereka sebagai pembimbing moral dan akhlak tidak dipertikaikan oleh
semua pihak. Kod etika perguruan merupakan satu panduan perlakuan dan etika
kerja untuk profesion perguruan. Sebagai golongan profesional, guru perlu
berperibadi mulia selaras dengan Kod Etika Profesion Perguruan.

Tugasan 1
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Negara kita Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap
keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua
murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan
memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan
menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian,
transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap
murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah
bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk
memahami dan menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam usaha untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah
menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka
pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan
secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang telah
diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan pembangunan ini
menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain, perubahan yang
dimaksudkan merangkumi aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan
guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan
pendekatan pengoperasian kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan
faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi
yang bakal dilalui. Sebagai guru pendidikan moral menjadi satu tanggungjawab
dalam merealisasikan aspirasi ini berdasarkan sebelas anjakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Anjakan yang pertama adalah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada
Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Murid dikatakan telah berjaya
menguasai ilmu apabila mereka berupaya menganalisa maklumat, berfikir secara
kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Inilah
ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah pun dimiliki oleh murid-murid di
negara-negara maju. Di samping itu, bagi memastikan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, para guru
serta ibu bapa perllu menitikberatkan betapa pentingnya supaya para pelajar
mahupun anak-anak mereka untuk menguasai kemahiran ICT. Hal ini kerana kita
ingin melahirkan murid yang holistik yang bukan sahaja, cerdik dan celik dari segi
intelektual tetapi ingin melahirkan para pelajar yang seba boleh dari semua aspek.
Tugas guru Pendidikan Moral ialah menggunakan segala kemahiran yang ada untuk
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Akses internet yang dibekalkan
di sekolah-sekolah hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin untuk murid
mengakses perkara-perkara yang boleh menjadi contoh yang baik kepada mereka
yang boleh mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian. Banyak contoh-contoh
yang boleh diambil daripada internet.
Sehubungan dengan itu juga, Kementerian telah melancarkan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) yang akan disemak semula pada tahun 2017. Kementerian juga akan
menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran
kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh menyampaikan hasil
pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum.
Sebagai guru pendidikan moral, guru hendaklah membantu pihak kementerian
pelajaran dalam merealisasikan kurikulum baru ini. Banyak perubahan yang dibuat
melalui kurikulum baru ini yang telah disesuaikan dengan peredaran zaman ini. Lebih
banyak nilai-nilai yang telah diterapkan melalui kurikulum baru ini. Guru hendaklah
menggunakan sebaik mungkin kurikulum baru ini dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral.
Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk
meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan
pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai guru pendidikan moral, guru hendaklah
menjalankan pentaksiran secara formal atau tidak formal kepada murid-murid.
Instrumen-Instrumen pentaksiran yang dijalankan hendaklah kearah Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dan menggalakkan murid berfikir tentang nilai-nilai yang
diterapkan di dalam pendidikan moral. Selepas setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran, penerapan nilai-nilai adalah sangat penting.

Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa


kepada semua murid, kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal
dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus. Murid Orang Asli dan
kumpulan minoriti, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran, akan
menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama
seperti murid lain.
Anjakan yang ketiga dalam PPPM ialah Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan
Penghayatan Nilai. Dalam anjakan ketiga ini beberapa perkara diperincikan, iaitu
pengukuhan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan memberi lebih
fokus kepada teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017. Seterusnya
pembangunan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan
murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform, dan pengukuhan dan
memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis
sekolah.
Murid pada masa kini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran
hebat, daripada kemusnahan alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata.
Untuk mengharungi semua cabaran ini, murid bukan sahaja perlu memiliki
kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan,
adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan
beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu
diimbangi dengan pembangunan identiti nasional.
Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai warga global yang
telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh.
Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya
menghasilkan tingkah laku sivil, sperti peningkatan dalam aktiviti sukarelawan,
penerimaan individu yang berlainan latar belakang, penghindaran perbuatan rasuah
dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti. Selain itu,
setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan
keluarga mereka, atau sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara.
Oleh itu sebagai guru pendidikan moral berperanan menerapkan nilai
perpaduan dan kerjasama. Banyak nilai-nilai universal yang boleh menjadi alat
perpaduan dan kerjasama yang boleh didedahkan secara formal dan informal di

sekolah. Selain daripada itu, guru berperanan menerapkan nilai kebebasan, cintakan
negara, keyakinan tinggi, tabah dan sanggup menghadapi cabaran. Aktiviti
persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform boleh memperkukuhkan
semangat gagasan ini. Penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum memberikan murid
peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran di luar
persekitaran bilik darjah yang formal. Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang
yang baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan murid. Oleh itu, setiap murid
dijangkakan akan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1Sukan, 1kelab,
dan 1Badan Beruniform. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan
penglibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat
pengajian tinggi. Bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di setiap sekolah,
Kementerian akan memberi latihan bersasaran kepada guru penasihat aktiviti.
Kerjasama dengan lebih banyak organisasi komuniti dan sektor swasta akan dijalin
bagi melaksanakan program ini.
Dalam mewujudkan masyarakat atau murid yang bermoral dan beretika pula,
guru hendaklah berperanan menerapkan dan mengamalkan semua nilai murni dan
agama serta menurut peraturan dan undang-undang negara. Guru pendidikan moral
adalah model dalam penghayatan nilai. Segala jenis arahan, larangan, ingatan dan
nasihat serta amalan tingkah laku di bilik darjah dan di sekolahperlu dikaitkan
dengan soal disiplin, dan etika. Pelaksanaan KSSR yang disemak semula dan KSSM
memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengan melibatkan diri dalam
khidmat komuniti.
Anjakan yang keempat dalam PPPM pula adalah Mentransformasi Profesion
Keguruan Menjadi Profesion Pilihan. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa
kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam
menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru.
Walaupun terdapat guru cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, hal ini
bermaksud, penyampaian mata pelajaran seharusnya setara dengan sistem.
Menurut kajian AKEPT pada tahun 2011, hanya pengajaran disampaikan dengan
berkesan. Hal ini bermakna penyampaian mata pelajaran tidak melibatkan murid
secukupnya, dan cara mengajarnya lebih pasif serta berbentuk syarahan. Mata
pelajaran yang disampaikan lebih berfokus kepada pemahaman kandungan yang
tidak mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi.

Statistik ini juga menunjukkan cabaran besar yang akan dihadapi kerana lebih
kurang 60 peratus guru pada hari ini akan terus mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi.
Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan
bakal guru hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara. Guru
pelatih akan menerima latihan yang sebaik mungkin dari mula mereka mengikuti
program latihan sehinggalah mereka bersara. Mereka akan memperoleh peluang
pembangunan kerjaya yang menarik dalam beberapa laluan kerjaya yang jelas
dengan kemajuan yang berasaskan prestasi dan kompetensi, dan bukan tempoh
perkhimatan. Sistem pendidikan negara akan memperkukuhkan budaya teladan
rakan setugas untuk meningkatkan kecemerlangan profesional menerusi program
guru mentor, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik, serta meningkatkan
kebertanggungjawaban rakan setugas dalam memenuhi standard profesion/
Pada masa akan datang, hanya calon terbaik sahaja yang akan dipilih untuk
mengikuti latihan perguruan. Kementerian akan meletakkan syarat kelayakan yang
tinggi kemasukan ke profesion perguruan bagi memastikan semua guru yang
mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.
Kementerian akan memastikan standard yang sama akan digunakan dalam program
latihan perguruan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Bagi memenuhi
hasrat melahirkan guru berkualiti. Kementerian akan memastikan kualiti kurikulum
dan pensyarah dipertingkatkan. Kementerian akan memeperkenalkan keperluan
kelulusan yang lebih ketat supaya hanya pelatih yang terbaik akan lulus dan dijamin
penempatan di sekolah awam.
Kementerian berhasrat untuk mengubah IPG kepada universiti latihan guru
bertaraf dunia bagi melahirkan bakal guru yang terbaik, untuk melahirkan generasi
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Maka dengan itu
guru Pendidikan Moral melalui mata pelajaran pendidikan moral merupakan salah
satu usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik
dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Transformasi Pendidikan di dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu usaha pihak
Kementerian Pelajaran untuk membentuk insan yang seimbang dan bersepadu atau
kata ringkasnya holistik, dari segi jasmani, rohani, intelek, emosi, dan sosial untuk
membentuk rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

Berdasarkan Wawasan 2020


Wawasan 2020 bukanlah satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas
kepada perkembangan ekonomi, sosial, dan politik yang berlaku di peringkat
nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara kita.
Wawasan ini juga telah diketengahkan sebagai salah satu garis panduan mengenai
pendekatan yang harus dilakukan untuk memulakan langkah bagi membentuk
negara Malaysia yang maju. Taraf negara maju yang hendak dicapai oleh Malaysia
bukanlah mengikut contoh negara-negara yang telah maju di dunia. Taraf kemajuan
yang hendak dicapai adalah mengikut acuan Malaysia sendiri. Justeru itu, negara
kita akan mencipta model majunya yang tersendiri.
Untuk mencapai aspirasi negara ini, pendidikan merupakan suatu alat
yang sangat penting dan dominan dalam proses pencapaian taraf maju tersebut, dan
guru sangatlah memainkan peranan penting dalam hal ini. Oleh yang demikian
wajarlah pendidikan dan prosesnya disesuaikan, diselaraskan dan diselarikan
dengan proses pencapaian matlamat Wawasan 2020 itu sendiri. Pendidikan telah
pun mempunyai wawasan dan misi sendiri ( Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993).
Wawasan dan misi pendidikan ini menjadi paksi segala kegiatan pendidikan yang
dirancang. Wawasan dan misi pendidikan ini bermatlamat untuk menjadikan institusi
pendidikan sebagai tempat penyuburan masyarakat penyayang dan sebagai pusat
pembinaan semangat cintakan negara. Ke arah itu, semua aktiviti pendidikan perlu
dijuruskan untuk membangunkan manusia yang cemerlang dan juga untuk
memantapkan nilai-nilai murni bangsa.
Wawasan dan misi pendidikan menjadi alat terpenting ataupu front
runner untuk mencapai objektif utama Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis yang percaya dan patuh kepada
Tuhan, berilmu dan berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan mampu
mencapai kesejahteraan diri dan memakmurkan masyarakat dan negara (Akta
Pendidikan,1996)
Apakah insan yang akan lahir daripada sistem pendidikan yang berteraskan
Falsafah Pendidikan Negara itu akan memenuhi ciri-ciri dan keperluan masyarakat
yang akan dilahirkan melalui Wawasan 2020 ? Inilah perkara yang perlu mendapat
perhatian para guru, terutamanya guru Pendidikan Moral yang akan mengajar

mengenai nilai-nilai murni masyarakat Malaysia di sekolah nanti. Falsafah


Pendidikan Kebangsaan juga telah meltakkan pendidikan nilai pada asas yang kukuh
dalam sistem pendidikan kebangsaan dengan meletakkan Pendidikan Islam dan
Pendidikan moral sebagai mata pelajaran wajib adalah selaras dengan hasrat dan
aspirasi wawasan 2020. Para guru pendidikan moral memainkan peranan penting,
terutamanya apabila dalam proses P & P iaitu dengan penerapan nilai-nilai murini
yang dibuat melalui pendekatan nilai merentasi kurikulum, perkara ini tidak terbatas
kepada guru pendidikan moral sahaja bahkan ia seharusnya diaplikasikan oleh
semua guru di sekolah.
Para guru pendidikan moral seharusnya sentiasa sedar bahawa teori dan ilmu
pengetahuan yang hanya akan memberi faedah kepada muridnya apabila ia
diseimbangkan dengan amalan. Bak kata pepatah arab yang bermaksud, ilmu tanpa
amal adalah ibarat pokok tanpa buah, tiada gunanya. Oleh itu para guru pendidikan
moral seharusnya menerapkan nilai-nilai murni kedalam diri muridnya agar mereka
menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara kelak. Selain itu latihan
yang mencukupi juga diperlukan oleh guru bagi memastikan p & p guru tersebut
mencapai tahap yang optimum dan cemerlang. Potensi murid juga seharusnya
digilap, memotivasikan mereka untuk mengembangkan lagi potensi tersebut serta
menghapuskan ciri-ciri negatif warisan keluarga mereka. Hal ini penting untuk
mencapai wawasan 2020 yang merupakan salah satu daripada aspirasi negara kita
Malaysia.
Sebagai rumusan, bagi mencapai sembilan cabaran wawasan 2020, negara
memerlukan generasi guru yang benar-benar berwibawa kerana keberkesanan
peranan guru pada masa kini akan mempengaruhi kualiti generasi yang akan
mewarisi negara pada masa akan datang.

Berdasarkan Rukun Negara


Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidupuntuk rakyat
Malaysia. Ideologi nasioanal ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat
berbagai kaum disamping memelihara cara hidup masyarakat yang harmoni,
berdemokrasi, adil, liberal, progresif dan beretika.
Guru disifatkan sebagai ejen utama dalam pembentukan generasi sesebuah
negara, terutamanya guru Pendidikan Moral. Pendidikan formal yang dimulakan oleh
guru adalah sebagai tunjang utama kepada sebuah negara untuk membina sebuah
negara bangsa yang maju dan berjaya. Malaysia ditunjangkan oleh 5 paksi yang
dipanggil Rukun Negara sebagai asas kepada pembentukan negara bangsa yang
maju dan bersatu padu serta aman dan makmur. Oleh itu, peranan guru dalam
menyampaikan elemen 5 Rukun Negara kepada murid adalah amat penting dan
amat diperlukan kerana ia adalah satu perkara yang amat penting untuk melahirkan
generasi yang intelek, bersatu padu dan bersahsiah mulia. Peranan ini bukan saja
terbatas kepada guru pendidikan moral semata-mata,tetapi kepada semua guru.
Walaugabaimanapun, penekan yang lebih diberikan kepada guru pendidikan moral
kerana banyak terdapat elemen mengenai moraliti dan kehidupan sebagai
warganegara. Ini kerana subjek teras yang lain hanya melibatkan penggabungjalinan
nilai moral manakala subjek pendidikan moral pula melibatkan nilai moral secara
terus dan langsung.
Prinsip rukun negara yang pertama ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Faktor
kepercayaan kepada tuhan dan agama adalah yang paling utama perlu diterapkan
kerana setiap ajaran agama membawa ke arah kebaikan. Individu yang berpegang
teguh dan percaya kepada agama dan Tuhannya akan sentiasa berusaha untuk
hidup dalam suasana aman dan harmoni dan sentiasa mengamalkan cara hidup
yang baik penuh dengan nilai-nilai murni. Penekanan prinsip ini dalam diri sejak
kanak-kanak akan terus menjadi pembimbing kepadanya untuk terus mengamalkan
nilai-nilai yang baik sehingga mereka menempuh kehidupan dewasa. Guru perlu
memberi penekanan yang berterusan ekoran pada masa ini kita dimuatkan dengan
banyak perkara-perkara yang mencabar minda dan moral hidup seperti teknologi dan
hiburan yang boleh dikatakan tiada sempadan.

Prinsip kedua ialah Kesetiaan kepada raja dan negara. Selepas kepercayaan
kepada Tuhan, prinsip kedua ini juga amat penting untuk melahirkan warganegara
yang cintakan negara. Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai
pemerintah, adalah penting untuk melahirkan warganegara yang menghormati raja
dan pemerintah. Prinsip kedua ini perlu ditekankan dan dihayati bersama untuk
membentuk warganegara yang patriotic dan bersatupadu di bawah pemerintahan
yang aman dan makmur. Guru juga perlu sentiasa memberi peringatan bahawa
institusi raja adalah sesuatu yang dipelihara dan dihormati sepanjang masa. Guru
perlu menimbulkan dan menyuntik semangat cinta dan sayangkan pemimpin dan
dalam masa yang sama guru mesti sentiasa gambaran kesan-kesan negatif yang
akan berlaku sekiranya mereka mengabaikan prinsip yang kedua ini. Gambaran
seperti peperangan, rusuhan, pertumpahan darah dan huru hara mungkin boleh
diberikan kepada murid ketika sesi PdP sebagai peringatan kepada mereka
sekiranya kita tidak memelihara keamanan melalui kesetiaan kepada raja dan
negara. Guru perlu entiasa memberi galakan kepada murid untuk sentiasa
memikirkan kesan-kesan buruk yang berkemungkinan akan berlaku sekiranya rakyat
tidak bersatupadu mempertahankan institusi raja dan pemerintahan. Guru juga boleh
menjalankan PdP dengan membuat tayangan filem berunsurkan patriotic yang
memaparkan perjuangan tokoh terdahulu dalam usaha menuntut kemerdekaan.
Kaedah ini menjadikan murid supaya menghargai dan bersyukur dengan kemudahan
yang mereka kecapi pada hari ini hasil perjuangan tokoh terdahulu.
Prinsip yang ketiga, Keluhuran Perlembagaan pula memberi keadilan kepada
semua kaum di Malaysia. Prinsip ini penting untuk menjamin keadilan, kesepakatan
dan kerjasama serta perpaduan antara kaum. Guru perlu menekankan kepentingan
perpaduan antara kaum di Malaysia yang telah sekian lama menjadi tonggak
keamanan dan kesejahteraan negara. Guru perlu mengingatkan murid agar
meneruskan

kesinambungan

perpaduan

dengan

setiap

kaum

menghormati

perlembagaan yang telah ditetapkan. Guru perlu menerapkan pemahaman kepada


murid bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat
yang berbilang kaum dan ia menjadi kebanggaan dunia kerana semua kaum hidup
aman dan bersatupadu tanpa ada sengketa. Perpaduan dan kesejahteraan yang
dikecapi selama ini perlu dijaga dan dipelihara selari dengan keluhuran

perlembagaan yang ditetapkan dan dipersetujui kerana ia terbukti berkesan dalam


menyatupadukan semua kaum di Malaysia selama ini.
Kedaulatan Undang-undang yang merupakan prinsip keempat memberi
maksud bahawasanya semua rakyat tidak mengira kaum dan pangkat adalah
tertakluk kepada peruntukan undang-undang. Guru perlu menekankan bahawa
undang-undang perlu dipatuhi untuk menjaga keamanan negara. Dalam hal ini, guru
boleh mengaitkan dengan disiplin sekolah dan kepentingan menurut peraturan dan
disiplin yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan kementerian. Guru boleh mengaitkan
dengan contoh mudah iaitu disiplin dan peraturan semasa di dalam bengkel
kemahiran hidup. Guru boleh membuat perbandingan kesan-kesan yang mungkin
berlaku sekiranya menurut peraturan dan tidak menurut peraturan tang ditetapkan.
Contoh paling hampir akan memudahkan murid untuk memahami situasi dan
seterusnya mengamalkan disiplin yang baik. Penerapan guru yang berterusan ini
tidak mustahil akan dibawa oleh murid-murid dan mengamalkannya sepanjang hidup
mereka tidak kira apa jua situasi samada di jalanraya, di tempat kerja atau di rumah.

Prinsip yang kelima dan terakhir rukun negara ialah Kesopanan dan
kesusilaan. Kesopanan dan kesusilaan ini merangkumi semua aspek termasuk
tingkah laku mahupun berpakaian. Semestinya guru di sekolah adalah contoh terbaik
kepada murid dalam kesopanan dan kesusilaan ini. Dalam hal ini, guru terlebih
dahulu perlu mengamalkan kesopanan dan kesusilaan ini dari aspek kekemasan
berpakaian dan kesopanan dalam pertuturan kerana ia akan kenjadi contoh dan
ikutan kepada semua murid. Guru akan menjadi perhatian samada di sekolah atau
diluar sekolah. Oleh itu amat penting untuk guru selalu menjaga bab kesopanan dan
kesusilaan ini kerana guru merupakan figurasi bukan saja kepada murid, bahkan
kepada masyarakat sekeliling. Kesopanan pakaian guru dan pertuturan guru semasa
menjalankan PdP adalah amat penting kerana di situlah permulaannya seorang guru
menerapkan unsur kesopanan dan kesusilaan kepada murid.
Sebagai guru, kita bukan saja mengajar dan menerapkan unsur-unsur rukun
negara kepada murid-murid. Para guru juga perlu mengamalkannya sejajar dengan
prinsip rukunegara itu sendiri. Para guru sesungguhnya mempunyai peranan yang

amat penting dalam menerapkan prinsip rukun negara kepada murid yang akan
mewarisi negara pada masa hadapan. Peranan penting para guru ini akan
menyumbang kepada generasi masa depan yang percaya kepada Tuhan, setia
kepada raja dan negara, menghormati perlembagaan, mematuhi undang-undang
dan besrsopan dan bertatasusila tinggi.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara


Falsafah Pendidikan Negara antara lain menyatakan Pendidikan di Malaysia
ialah suatu usaha berterusan kearah mengembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Maka adalah penting bagi guru untuk meneliti dan mentafsir
kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang
terkandung didalamnya.
Guru Pendidikan Moral bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada murid, tetapi bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai
hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya. Sebenarnya,teras utama
dalam aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak
murni. Jadi, dalam apa jua mata pelajaran yang diajar olehseseorang guru,
penerapan nilai murni itu tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan nilai merentas
kurikulum.
Hakikatnya semua guru memainkan peranan yang penting sebagai penggilap
potensi anak muridnya. Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan masingmasing, tetapi tetap jua mempunyai kelemahan tersendiri. Bagi seorang guru,bukan
kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu yang dicari dan digilap
agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk
masyarakat dan negara. Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat
serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang
mereka peroleh.

Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari
segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham
apa yang perlu dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka
diajar, selepas itu mereka akan belajar apa yang telah diajarkan kepada mereka.
Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan
dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal
insan.Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah
membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Negara kita.
Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu untuk
memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan
sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru
seterusnya

ialah

sebagai

pendorong

pemikiran

kritis

dan

kritis

anak

muridnya.Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif,
secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi daya pemikiran anak muridnya
supaya dapat menjana idea-idea yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan
murid yang kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.
Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pendidik kemahiran asas.
Maksud pendidik kemahiran asas disini tentulah guru menjadi orang yang
bertanggungjawab dalam mengajar kemahiran asas yang utama iaitu kemahiran
bertutur. Ini kerana keupayaan bertutur merupakan salah satu keutamaaan
kepentingan bagi seseorang manusia memandangkan kebolehannya bertutur
membolehkannya menyampaikan ilmu yang diperolehinya kepada orang lain.

Senarai Rujukan
Alias Mat Saad, N. M. (2011). Kajian Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Dengan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Pengajian Tinggi Malaysia.
Kajian Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 60-70.

Azizi Jaafar, A. R., & Abdullah, A. (2015). Falsafah Pendidikan Di Malaysia. Selangor:
Pelagi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan.


Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Mohamad Khairi, A. (2010). SEA Journal of General Studies. Peranan Sekolah Dan
Guru Dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai, 119-130.

Senarai Kandungan
Pengenalan...................................................................................................................1

Tugasan 1......................................................................................................................2

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.........................................2

Berdasarkan Wawasan 2020.....................................................................................7

Berdasarkan Rukun Negara......................................................................................9

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara..............................................................12

Senarai Rujukan..........................................................................................................14

Anda mungkin juga menyukai