Anda di halaman 1dari 5

PENYAKIT DAN PEROSAK KELAPA SAWIT

KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) adalah tanaman utama di Malaysia dari keluarga
Palmae yang menjadi bahan ekspot utama negara dalam sektor pertanian. Negara
Indonesia merupakan paling banyak menanam dan menghasilkan kelapa sawit dengan
jumlah pengeluaran sebanyak 21.534 juta metrik tan yang bernilai sebanyak USD 9.37
billion pada tahun 2010 (Laporan FAO Stat tahun 2011 seperti dibawah). Malaysia pula
merupakan negara kedua pengeluar produk kelapa sawit dengan pengeluaran
sebanyak 1.67 juta metrik tan berilai sebanyak USD 7.39 billion pada tahun yang sama.
Negara berikutnya adalah Thailand, Nigeria dan Colombia. Trend penanaman dan
pengeluaran kelapa sawit terus meningkat dengan penanaman dikawasan baru di
Benua Afrika dan di Indonesia. Artikel malam ini saya minat untuk menulis dalam 'Anim
Agro Technology' bertajuk penyakit dan perosak yang lazim menyerang tanaman
kelapa
sawit.

Tanaman Kelapa Sawit bermula biji benih yang hendak di semai di tapak semaian
sehingga sesuai untuk diubah ke Ladang. Biji benih sawit ada yang diserang Penyakit
'Brown Germ' iaitu embrio dalam isirong yang rosak atau hitam disebabkan oleh Kulat
Aspergillus spp, Penicillium spp dan Fusarium spp. Akibatnya biji embrio benih tidak
bercambah dan boleh dikawal dengan menggunakan racun mencozeb dan benomyl
iaitu direndam biji benih selama 15 minit. Penyakit kedua yang menyerang pada biji
benih
adalah Penyakit
Schizophyllum yang
disebabkan
olehShizophyllus
commune dimana miseliumnya masuk kedalam biji benih dan merosakkannya. Penyakit
ini menyerang biji sawit yang pecah dan mesokarp yang tidak bersih pada biji atau biji
yang disimpan ditempay yang lembab. Kawalan menggunakan racun kulat seperti
Thiram (0.2%), membuang mesokap dengan bersih dan juga pemilihan biji yang tidak
pecah
atau
retak.

Ketika di tapak semaian terdapat beberapa penyakit yang boleh menyerang tetapi ianya
mudah dikawal. Antara penyakitnya adalah seperti Penyakit Antraknos yang
disebabkan oleh Melanconium, Bortyodiploida danGlomerela. Bahagian anakbenih
yang derang akan berbintik-bintik perang dikelilingi kuning dimana berlaku pada benih
berumur 1-3 bulan. Kawasan keliling yang lembab, susunan anakbenih yang rapat dan
siraman air berlebihan adalah antara puncanya. Penyakit Bintik Daun (Curvularia
spp)akan menyerang daun yang terdedah terutama dikawasan tanah gambut (Foto
sebelah). Penyakit Karah Daun (Phytium spp) dan(Rhizoctonia spp) menyerang daundaun tua dan kemudian merebak kebhagian batang dan akar anak benih sawit.
Pemerhatian saya mendapati kawalan untuk penyakit di tapak semaian dengan
penyusunan polibeg yang sesuai, imbangan pembajaan yang sesuai, ada naungan

yang

optima

dan

penggunaan

racun

kulat

disyorkan.

Terdapat dua jenis penyakit Kelapa Sawit yang sering menyerang di ladang
iaitu Penyakit Reput Pangkal Batang (Ganoderma boninense)dan Penyakit Reput
Perdu (Collectotricum sppatau Fusarium spp). Penyakit Ganoderma menyerang pokok
bermur 10 tahun keatas walau pun ada kes menyerang pokok muda. Pucok pokok
diserang akan tidak mebgembang dan daun tua akan patah dimana jika dibelah
bahagian tosu akan berbau busuk. Biasanya pokok mati 6-12 bulan kemudian jika tidak
dikawal. Kerugian mencecah sehingga 50% jika kelapa sawit ditanam ditanah bekas
tanaman kelapa. Kawalan dengan memungut batang atau tunggul kelapa sawit
diserang daan mesti dibakar. Pokok yang dijangkiti peringkat awal boleh diracun.dahulu
dan jika tidak akan dibakar. Penyakit Reput Perdu (Crown disease) pula menyerang
pokok berumur 1-3 tahun dimana pucuknya tidak mengembang, pertumbuhan terbantut
dan daun melempai kebawah walau pun kemungkinan kadar serangan cuma 5 %
sahaja. Gunakan anak benih tahan serangan, pembajaan sempurna dan kebersihan
ladang
yang
optima.

Terdapat 6 jenis serangga perosak menyerang tanaman kelapa sawit. Serangga


tersebut adalah Kumbang Apogonia, Ulat Bungkus, Ulat Tandan Buah, Ulat Pemakan
Daun, Ulat Beluncas dan Kumbang Tanduk. Kumbang Apogonia(Apogonia
spp atau Adoretus spp) menyerang bahagian daun muda kelapa sawit terutama dalam
tapak semaian dan serangan berlaku pada malam hari (Foto sebelah). Kesan serangan
berlalu gigitan bergeriji pada daun. Kawalan dengan memasang perangkap lampu,
memasang jaring pelindung dan juga racun kimia seperti chloriphyfos. Ulat
Bungkus(Cremastopchyche pendula atau Metisa plana) yang dewasa adalah jenis
rama-rama tidak berkepak dan larvanya membentuk kelongsong pada daun sebaik
menetas. Walau pun perosak ini banyak musuh semulajadi tetapi jika seragan serius
boleh gunakan racun seperti metamidophos pada kepekatan 0.25%. Serangga Ulat

Tandan Buah (Tirathaba mundela) menyerang dimana rama-rama dewasa akan


bertelur dikudup bunga dan makan kudup dan putik buah kenudian gugur. Kawalan
dengan semburan racun Metamidiphos atau agen Bacillus thuringiensis (BT).

Serangga Pemakan Daun(Orthocrapeda trimadan dan Ploneta diduta) dimana


larvanya memakan bahagian tepi daun pada bahagian tepi daun. Serangan serius
menyebabkan daun hanya tinggal lidi dan perlu dikawal dengan semburan
menggunakan racun jenis Methamidophos atau penggunaan bahan BT seperti
diatas. Serangga Ulat Beluncas (Setora nitens)menyerang bahagian hujung daun
bergerigi sehingga tinggal lidi. Cara kawalan dengan menggunakan musuh semulajadi
iaitu BT dan juga menggunakan semburan racun serangga seperti Dieldrin pada
kepekatan 0.02%. Kumbang Tanduk (Oryctes rhinocerous)merupakan serangga yang
mudah dikenali kerana berwarna hitam dan memounyai tanduk. Kumbang ini bertelur
dibahagian pucuk pokok (khususnya pokok muda) dan larva akan makan bahagian tisu
lembut pokok. Akibatnya pucuk baru akan membentuk seperti kipas dan bomeh
membunuh pokok. Kawalan menggunakan perangkap fromon atau memasang lampu
perangkap. Musnah tempat pembiakan kumbang tanduk seperti tunggul kelapa dan
sabut dikawasan ladang. Pada masa ini telah di sebut kemungkinan serangan oleh Red
Palm Weevil yang didalam pemerhatian pihak berkuasa terhadap kelapa sawit.

Diantara haiwan lain yang menyerang tanaman kelapa sawit adalah Tikus, Gajah,
Lembu
dan Babi. Tikus
Belukar(Rattus tiomanicus), Tikus
Sawah(Rattus
argentiventer) dan Tikus Rumah (Rattus diardi) merupakan vetebret yang menyerang
diperingkat semaian dan juga buah kelapa sawit yang hampir matang. Serangan di
tapak semaian dengan tikus mengorek dalam polibeg dan mengorek pangkal pokok.
Kawalan dengan racun umpan tikus antikoagulant yang berkesan atau memasang
pagar xink keliling tapak semaian. Bagi mengawal serangan tikus pada buah bleh
menggunakan racun tikus yang diletakan di setiap pangkal pokok kelapa sawit setiap 3-

5 hari. Berhentikan pemberian umpan jika peratus umpan dimakan menurun sehingga
20% sahaja dan kawalan ini bertahan sehingga 6 bulan. Jika serangan pada tahap
teruk boleh gunakan umpan jenis Zink Phosphide pada kadar 1 0-30 graam pada setiap
pokok. Kawasan ladang sebaiknya sentiasa bersih untuk elakan populasi tikus. Gajah,
lembu dan babi hutan dikawal dengan kaedah membina parit ladang sempadan,
memasang pagar letrik atau menembak dengan senapang. Diharap artikel ini
memberikan maklumat tambahan kepada pembaca semua. Wassalam....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai