Anda di halaman 1dari 5

Kekuatan yang terdapat sepanjang pameran berlangsung yang pertama adalah pelajar dapat

menimba ilmu dengan lebih jelas lagi tentang pengurusan semasa membuat pameran. Ini
termasuklah

dengan

terhasilnya

organisasi

yang

membahagikan

tugas-tugas

ahli

jawatankuasa. Sebagai contohnya ahli jawatankuasa pameran, ahli jawatankuasa jemputan,


ahli jawatankuasa alatan dan sebagai. Pameran ini juga secara tidak langsung telah
mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara para pelajar dengan bersama-sama
menguruskan pelbagai jenis tugsan sepangan pameran seni ini berlangsung.
Seterusnya pameran ini juga telah melatih kemahiran komunikasi dengan lebih baik. Ini
telah dinyatakan oleh Onong Uchjana Effendy yang berpendapat komunikasi adalah suatu
proses dalam menyampaikan pesan dari seseorang kepada orang lain dengan bertujuan untuk
memberitahu, mengeluarkan pendapat, mengubah pola sikap atau perilaku baik langsung
maupun tidak langsung. Sebagai contohnya semasa mengadakan perbincangan yang mana
kesemua pelajar dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik tanpa belaku
perselisihan faham. Hasil daripada perbincangan ini menjadikan pameran telah dapat
laksanakan dengan jayanya.
Selain itu, kepimpinan yang di tunjukan oleh semua pelajar amat memuaskan. Mereka
dapat melaksanakan tugasan-tugasan yang telah di beri dengan komitmen yang tinggi
sepanjang pameran ini berlangsung. Menurut Van Dyne dan Graham (2005, dalam Muchlas,
2008), faktor -faktor yang mempengaruhi komitmen organisasi adalah: personal. Sikap
Personal mempunyai ciri-ciri kepribadian tertentu iaitu teliti, ektrovert, berpandangan positif
(optimis), cenderung lebih komitmen.

Terdapat beberapa kelemahan sepanjang projek dilaksanakan yang perlu diambil


tindakan. Antaranya adalah komitmen yang kurang diberikan oleh segelintir ahli jawatan kuasa.
Perkara ini amat memberikan kesan yang amat buruk terhadap projek yang dilaksanakan.
Contohnya, terdapar segelintir ahli jawatan kuasa alatan yang kurang melibatkan diri di dalam
kerja-kerja yang memerlukan ramai ahli. Mereka seolah-olah lepas tangan dengan kerja yang
mereka di pertanggungjawab. Mereka lebih suka mengelakkan diri dan mempamerkan sikap
lepas tangan.
Selain itu, antara kelemahan yang timbul adalah dari kepimpinan ketua yang lemah. Hal
ini amat memberikan impak yang besar kepada perjalan projek. Arahan yang kurang jelas
kepada ahli jawatan kuasa menimbulkan kekeliruan di antara ahli-ahli. Tambahan pula,
pembahagian kerja diakhir masa amat memeningkan kepada ahli jawatan kuasa. Ini
mengakibatkan, kerja yang dihasilkan kurang kualiti dan memuaskan.
Kelemahan yang seterusnya adalah lemahnya ataupun kurang mahirnya komunikasi
oleh ahli jawatan kuasa. Kemahiran komunikasi amat penting untuk kita berurusan dengan
pihak-pihak yang terlibat. Contohnya, komunikasi amat penting untuk kita meminjam barang
dari pihak stor dan sebagainya. Kelemahan ini akan mengakibatkan barang-barang yang
diperlukan lambat untuk diselesaikan.

Tiada pengetahuan didalam aspek pengurusan projek juga merupakan kelemahan yang
timbul sepanjang projek berlangsung. Penegrusi juga dapat dilihat kurangnya pengetahuan
asas didalam bidang ini. Beliau juga kelihatan kurang bertanya dengan pensyarah-pensyarah
yang berkaitan. Ini menyebabkan projek dilaksanakan dengan kurang teratur. Kurang
pengetahuan di dalam bidang diantara ahli jawatan kuasa juga merupakan kelemahan yang
sering timbul. Ketua-ketua jawatan kuasa tampak kurang efektif didalam memimpin ahli masinmasing kerana kurangnya pengetahuan di dalam bidang yang ditadbirnya. Contohnya, ketua
jawatan kuasa lambat untuk mengagihkan tugas kepada ahli masing-masing sekaligus
menggagu proses perlaksanaan projek.

Bagi cadangan penambaikan pula, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang telah
saya dapati dimana dapat memperbaiki segala kekurangan sepanjang pameran diadakan.
Segala penambahbaikan ini akan saya gunakan pada masa hadapan.
Cadangan penambahbaikan yang pertama adalah, saya akan memastikan segala
peruntukkan yang diperlukan sepanjang pameran mencukupi. Tambahan lagi, saya perlu
memastikan peruntukkan tersebut cukup bermula dari sebelum pameran berlangsung. Selain
itu, saya perlu meminta kepada setiap jawatankuasa untuk menyenaraikan segala barang dan
bahan yang diperlukan untuk menjayakan pameran ini. Perkara ini seharusnya dilakukan
terlebih awal lagi. Ini bagi memastikan perjalanan pameran berjalan dengan lancer tanpa
sebarang masalah. Ketua bagi setiap jawatankuasa juga perlu peka dengan segala barang
yang diperlukan dan menyenaraikan terlebih awal.
Cadangan penambahbaikan yang kedua adalah, segala keperluan yang diperlukan
sepanjang pameran berlangsung haruslah jelas, terperinci dan lengkap. Contohnya, segala
barang dan alatan yang diperlukan haruslah jelas kuantiti yang diperlukan. Satu senarai yang
lengkap haruslah dibuat oleh jawatankuasa alatan terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkan
sebarang kekeliruan yang akan timbul. Ini merangkupi segala jenis alatan contohnya kerusi,
meja, dan sebagainya yang diperlukan sepanjang pameran.
Cadangan yang seterusnya antara yang amat penting untuk diperbaiki, iaitu kriteria
perlantikan ahli jawatankuasa perlu dikaji semula. Ini kerana terdapat ahli jawatankuasa yang
tidak mahir dengan jawatan yang dipegangnya. Ini akan mengakibatkan perjalanan pameran
berlangsung dengan tidak lancar. Contohnya, jika jawatankuasa kebudayaan dipegang oleh
orang yang tidak sesuai, acara gimik yang dirancang oleh jawatankuasa tersebut akan kelihatan
tidak menarik. Ini akan mencacatkan perjalanan majlis perasmian. Seharusnya, ahli
jawatankuasa perlulah ditapis dengan lebih cermat bagi memastikan perjalanan pameran
lancar.

Selain itu, integriti dan etika dalam pengurusan projek haruslah dimantapkan lagi
dikalangan ahli-ahli. Setiap ahli perlulah menyedari hal ini dalam meningkatkan integriti dan
etika masing-masing. Ahli-ahli yang kurang memberi komitmen haruslah menyedari dan
mengubah sikap masing-masing. Contohnya, apabila projek selesai, setiap ahli perlulah
bersedia untuk menyimpan dan menyusun semula alatan yang digunakan. Janganla terdapat
ahli yang berpeluk tubuh dan mengelakkan diri dari membantu ahli-ahli yang lain.
Cadangan

yang

seterusnya

adalah,

penggunaan

ICT

dan

inovasi

perlulah

dipertingkatkan lagi bagi menyelaraskan pembelajaran abad ke 21. Ahli-ahli perlulah sentiasa
berfikiran kedepan dengan menggunakan segala kemudahan inovasi yang ada contohnya
computer riba dan projektor. Ini akan membuatkan pengunjung berasa lebih tertarik dan lebih
berminat dengan paneran yang dijalankan. Sememangnya penambahbaikan ini amat penting
dalam melancarkan lagi perjalanan pameran.
Diharapkan pada masa hadapan, segala cadangan penambahbaikan tersebut dapat
dilaksanakan bagi projek yang akan datang seterusnya meningkatkan lagi kemahiran saya
dalam menguruskan sebarang projek.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai